Apa khabar semua? Percutian hujung tahun bakal tiba dan apa lagi nak buat kalau bukan pergi melancong, kan? Blog hari ini, kita akan berkongsi tentang percutian tiga hari dua malam di Krabi, Thailand, syurga segala keindahan alam semula jadi.
Kita mulakan itinerari tiga hari dua malam ini dengan imbasan tentang kecantikan Krabi, Thailand. Pantai-pantainya yang memukau, hutan lebat yang menakjubkan dan tebing batu kapur yang megah memang akan buat anda jatuh hati dengan tempat ini. Tak kira la anda menjelajah solo atau bersama keluarga sekali, Krabi memang menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang memang tak boleh dilupakan.
Oleh itu, blog ini akan menawarkan pandangan dari dua sudut, iaitu sebagai penjelejah solo dan bersama keluarga supaya senang anda nak merancang nanti. Mari kita lihat!
Kalau anda menjelajah secara solo, hari pertama ini boleh bermula dengan mendaftar masuk ke hotel yang selesa di Krabi Town. Tengok-tengok hotel macam Dee Andaman Hotel atau Centara Anda Dhevi Resort & Spa. Kalau dengan keluarga, memang lebih seronok kalau menginap di dalam villa atau apartment. Korang punya family kan besar, jadi best kalau semua ada dalam satu tempat.
Lepas itu, anda boleh mulakan aktiviti pertama di Wat Tham Sua. Penjelajah solo yang sukakan aktiviti lasak, mereka boleh teroka gua-gua dalam kuil ini. Kalau keluarga yang ada anak-anak kecil, anda boleh ajak anak-anak bersiar-siar di persekitaran kawasan ini sebab banyak benda yang boleh dipelajari juga di sini, dapatlah anak-anak mengamati serba sedikit sejarah yang ada di sini.
Lepas dah puas menerokai Wat Tham Sua, kita pun gerak ke Railay Beach. Kalau solo, anda boleh cuba aktiviti rock climbing. Tapi kalau dengan family, snorkeling memang lebih sesuai dan lebih santai untuk dinikmati bersama. Lepas penat main air, makan malam di restoran tepi pantai memang akan buat semua senyum sampai ke telinga.
Bagi kami yang suka menjelajah solo, pagi hari itu, anda harus pergi ke Emerald Pool. Air dia hijau menghijau, memang rasa dekat dengan alam semulajadi. Lepas tu, pergilah kita ke Poda Island untuk melakukan aktiviti snorkeling. Di sini, terumbu karang dia cantik betul, jadi, anda akan rugi kalau tak cuba snorkeling di sini.
Bagi penjelajah bersama keluarga, mungkin lebih praktikal untuk pergi ke Ao Nang Beach atau pantai yang lebih dekat untuk membuat aktiviti air bersama anak-anak. Poda Island boleh jadi pilihan ke dua selepas Ao Nang Beach. Akan tetapi, pastikan anak-anak dah cukup besar dan tahu berenang sebelum snorkeling atau diving. Ingatlah, keselamatan adalah yang utama.
Lepas dah puas berendam, memang tak sah kalau tak makan malam di restoran tepi pantai. Kami rasa takde benda yang lebih seronok dari makan sambil layan matahari terbenam. Itulah nikmatnya Krabi!
Mulakan pagi anda dengan kunjungan ke Big Buddha yang memukau. Apabila anda berdiri di hadapan patung megah ini, anda pasti terpukau dengan saiz dan keunikannya. Pada masa yang sama, anda boleh rasa ketenangan yang ditemani dengan pemandangan panoramik yang terbentang luas di depan mata. Ia pengalaman spiritual yang menarik untuk dirasai.
Seterusnya dalam senarai ialah Taman Negara Khao Sok, tempat perlindungan sejati untuk peminat alam semula jadi. Penjelajah solo boleh melakukan aktiviti mencabar seperti trekking hutan, menunggang kayak di air zamrud, atau mengharungi arus air putih di Sungai Sok. Kecantikan asli taman negara ini akan menjadikan anda terpana ketika melalui hutan yang tebal, berjumpa dengan hidupan liar eksotik dan menikmati ketenangan sekeliling.
Bagi penjelajah yang bersama keluarga, anda boleh berjalan santai di Taman Negara Khao Sok. Ia aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda, sambil menikmati kehijauan lebat dan peluang untuk melihat monyet, burung dan haiwan-haiwan menarik yang lain. Selain itu, anda juga boleh berkayak bersama anak-anak di Tasik Cheow Lan, mencipta kenangan yang keluarga akan ingati selama bertahun-tahun.
Setelah seharian penuh dengan penerokaan dan pengembaraan, tibalah masanya untuk memuaskan deria rasa anda dengan makan malam yang enak di salah satu restoran menarik di Krabi Town. Seni kuliner bandar ini menawarkan pelbagai pilihan, dari hidangan Thai tradisional hingga cita rasa antarabangsa, memastikan semua anggota keluarga mendapati sesuatu yang mereka sukai.
Masa terbaik untuk merancang lawatan ke Krabi adalah sepanjang musim kering, iaitu dari November hingga April. Pada tempoh ini, cuaca cenderung panas dan kering, menjadikan suasana yang selesa untuk aktiviti-aktiviti luar dan penerokaan. Suhu yang sederhana dan cerah memungkinkan anda menikmati pantai-pantai cantik dan aktiviti-aktiviti air tanpa risau tentang hujan.
Mata wang rasmi di Krabi adalah Baht Thailand (THB). Sebelum pergi, pastikan anda menukar wang Malaysia kepada Baht Thailand di bank atau pusat pertukaran wang yang sah. ATM juga mudah ditemui di serata Krabi, jadi, tidak sukar untuk anda mencari tempat untuk mengeluarkan atau menukar wang ketika memerlukannya.
Bahasa rasmi di Krabi adalah Bahasa Thai. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau tentang berkomunikasi kerana ramai penduduk tempatan juga fasih dalam Bahasa Inggeris, terutama di kawasan pelancongan yang popular. Ini membuatkan pengalaman perjalanan anda lebih mudah dan menyenangkan.
Sama ada solo atau bersama keluarga, jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam pelancongan budaya yang tersedia di Krabi. Korang boleh mengikuti lawatan ke desa-desa nelayan tempatan, menyer tai kelas memasak Thai tradisional, atau mengunjungi ladang karet untuk belajar tentang proses menghasilkan getah karet. Ini adalah cara yang baik untuk memahami budaya tempatan dan memperkaya pengalaman perjalanan anda.
Krabi menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk memenuhi pelancong dengan pelbagai bajet dan minat. Dari hotel mewah dengan kemudahan lengkap hingga guesthouse yang lebih ringkas, anda pasti akan menjumpai penginapan yang sesuai dengan citarasa dan bajet anda. Ada juga resort tepi pantai yang menawarkan akses mudah ke pantai yang menakjubkan dan pemandangan indah. Anda beruntung sebab Traveloka menawarkan banyak hotel di Krabi untuk pilihan anda.
Jika anda dari Malaysia, tidak perlu risau tentang bagaimana nak sampai ke Krabi. Terdapat perkhidmatan udara yang menawarkan penerbangan terus ke Krabi. Ini menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan cepat. Selain itu, perkhidmatan bas dan feri juga tersedia jika anda ingin merasai pengalaman menaiki pengangkutan darat atau laut ke Krabi.
Kos perjalanan ke Krabi bergantung pada jenis pengangkutan yang anda pilih dan bajet peribadi anda. Penerbangan mungkin memakan sebahagian besar bajet, tetapi kos makanan, penginapan, dan aktiviti-aktiviti lain juga perlu dipertimbangkan. Jika anda ingin menjimatkan bajet, anda boleh mencari penginapan murah atau memilih untuk menikmati makanan tempatan di kedai-kedai kecil.
Tak kira sama ada anda seorang solo traveler atau membawa keluarga, terdapat banyak aktiviti percuma yang boleh dinikmati di Krabi. Melawat Krabi Town adalah satu pengalaman yang wajib. Jelajahi pasar-pasar tempatan yang meriah seperti Walking Street Market di Ao Nang dan Night Market di Krabi Town. Di sini, anda akan menemui pelbagai barangan unik seperti cenderamata tempatan, pakaian, dan hidangan khas Thailand yang memukau lidah.
Bagi penjelajah bersama keluarga, Krabi juga menyediakan banyak kemudahan yang mesra keluarga. Terdapat hotel dan resort yang menawarkan kemudahan kelab kanak-kanak yang dikendalikan oleh penyelia yang terlatih, memberi peluang kepada ibu bapa untuk berehat sejenak sambil anak-anak bermain dan beraktiviti. Selain itu, beberapa destinasi tarikan turut menawarkan taman permainan dan kawasan rehat yang sesuai untuk keluarga.
Dengan itu, kesimpulan artikel ini adalah, Krabi, Thailand, adalah destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman dan aktiviti untuk semua jenis pelancong, dari penjelajah solo hingga penjelajah bersama keluarga.
Sama ada anda suka aktiviti lasak, keindahan semulajadi, atau budaya tempatan, Krabi mempunyai sesuatu untuk semua orang. Jadi, jangan tunggu lagi, rancanglah perjalanan anda ke Krabi sekarang, dan nikmati pengalaman yang penuh dengan keajaiban dan kenangan indah.