Beach Clubs in Canggu - Canggu menjadi salah satu destinasi pilihan yang popular di Bali dan menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Ia juga menjadi lokasi kegemaran para ekspatriat dan digital nomad untuk menetap dalam jangka waktu tertentu. Dengan kemunculan banyak villa moden di antara sawah padi yang tumbuh subur dan menghijau, sememangnya ia menjadi pilihan untuk pengunjung yang mencari kelainan dan sesuatu yang berbeza dalam percutian mereka.
Sesungguhnya, Canggu mempunyai segala-galanya. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di Canggu. Dari kafe-kafe hipster, pelbagai pilihan makanan tempatan yang unik, sawah padi yang menghijau sehinggalah pantai yang begitu indah serta kemudahan penginapan yang moden.
Apabila bercadang untuk bercuti dan staycation di Canggu, pastikan anda memilih hotel dengan kelab pantai (beach clubs) yang menawarkan tawaran terbaik dan kemudahan yang lengkap untuk pengalaman percutian yang tidak terlupakan.
Nak tahu pilihan hotel dengan kelab pantai di Canggu yang terbaik? Jom teruskan membaca!
Lokasi: Jalan Pantai Batu Mejan, Echo Beach, Canggu, Canggu, Kuta Utara, Bali, Indonesia, 80361
COMO Uma Canggu
•
8.6/10
Canggu, Kuta Utara
Lihat harga
Untuk pengetahuan anda, COMO Uma Canggu adalah merupakan hotel yang terbesar dan paling mewah di Canggu. Ia menawarkan pemandangan laut serta pantai yang cukup indah. Selain itu, kelab pantai hotel ini juga menyediakan kerusi pantai, payung, dan kawasan bersantai di tepi pantai.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti spa, kolam renang, restoran, bilik yang luas, dan macam-macam kemudahan moden untuk keselesaan pengunjung.
Hotel ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga sesuai untuk menjadi destinasi pilihan berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin. Walaupun terletak agak terpencil dari tarikan utama Canggu iaitu Batu Bolong, tetapi itu bukan perkara yang buruk. Anda dapat rehat dari kesibukan kota dan menikmati keindahan alam semula jadi tanpa gangguan.
Di sini anda dapat meluangkan masa untuk beraktiviti bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan dengan privasi yang terjaga. Terdapat pelbagai aktiviti di sekitar hotel yang anda boleh lakukan seperti beryoga di tepi pantai, melihat matahari terbit dan terbenam, bermain golf di Nirwana Bali Golf Club, menikmati makanan di restoran terkenal di sekitar Canggu, berinteraksi dengan penduduk tempatan dan sebagainya.
Lokasi: Jalan Raya Pantai Batu Bolong Canggu beach, Canggu, Kuta Utara, Bali, Indonesia, 80361
Hotel Tugu Bali
•
9.3/10
Canggu, Kuta Utara
Lihat harga
Hotel Tugu Bali adalah merupakan hotel pertama dibina di Canggu dan menjadi perintis dalam industri perhotelan di daerah ini. Ia dibina pada waktu Canggu masih lagi dipenuhi dengan sawah padi yang terbentang luas.
Melangkah masuk sahaja ke hotel ini, ia serta-merta membawa anda ke Indonesia pada masa lalu. Ia dihiasi dengan dekorasi tradisional Bali yang cukup unik dan nostalgik serta pelbagai koleksi antik. Di tengah-tengah lobi, terdapat monumen patung Garuda yang besar yang menjadi ‘identiti’ hotel ini.
Hotel ini menawarkan anda pengalaman menginap yang menarik sepanjang percutian anda. Bilik-biliknya terdiri daripada vila yang berbeza, kebanyakannya berdasarkan rumah kayu Jawa, dan setiap satunya adalah unik. Paling unik sekali, ia mempunyai kawasan mandian tradisional dengan tab mandian yang diperbuat daripada timah dan dilengkapi dengan sebuah katil kayu untuk anda ber-spa.
Kelab pantai hotel ini menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan kemudahan pantai yang lengkap seperti kerusi pantai, payung, dan kawasan bersantai. Pada waktu malam, terdapat parti di kelab pantai dan ia boleh menjadi sedikit bising.
Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sekitar hotel ini bagi memaksimumkan percutian anda ialah, surfing di Pantai Batu Bolong, membeli-belah di kedai cenderamata, merasai makanan tempatan di restoran terkenal di sekitar Canggu, menikmati keindahan pantai, matahari terbit, mandi kolam dan sebagainya.
Poin bonus untuk hotel ini adalah, ia berada betul-betul di Batu Bolong.Jadi anda boleh ke pusat bandar Canggu dengan hanya berjalan kaki.
Lokasi: Jalan Pantai Batu Bolong 97, Canggu, Kuta Utara, Bali, Indonesia, 80361
The Slow
Canggu, Kuta Utara
Lihat harga
The Slow adalah merupakan hotel yang dimiliki oleh seorang pengasas label fesyen Australia dan isterinya. Hotel ini mengetengahkan konsep estetika tropika-brutalisme yang menggabungkan reka bentuk artisan tempatan dan minimalisme bandar. Memang lawa sangat.
Hotel ini menawarkan anda pengalaman percutian yang bergaya modern dengan suasana desa yang santai. Suasana di sekitar hotel ini terasa sangat nyaman dan menenangkan dengan tata hiasnya yang minimum namun menghidupkan suasana.
Seperti hotel-hotel yang lain, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan anda sepanjang menginap disini. Para staff hotelnya juga sangat mesra dan bersedia membantu sekiranya diperlukan.
Hotel ini hanya mempunyai 12 bilik tetamu yang sangat luas dan dihiasi dengan tona-tona natural. Untuk pengetahuan anda, kemudahan di dalam biliknya tidak ada menggunakan bahan plastik sekaligus menambahkan estetika setiap bilik. Bilik di tingkat bawah masing-masing mempunyai kolam renang peribadi.
Apa yang uniknya lagi, tiada televisyen disediakan di dalam bilik untuk menggalakkan anda benar-benar menikmati percutian di sini. Tetapi anda boleh menonton filem bersama-sama tetamu hotel yang lain di bumbung hotel pada waktu malam.
Hotel ini terletak hanya 500 meter dari Pantai Batu Bolong dan lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke Pantai Echo. Anda boleh menikmati keindahan pantai, berjemur, berehat, bersantai dan beraktiviti bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan.
Lokasi: l. Pura Dalem, Canggu, Kec. Kuta Utara, Kabupaten Badung, Bali 80361
Terletak di Pantai Batu Bolong yang terkenal di Bali, The Lawn telah dikenali oleh penduduk tempatan sebagai salah satu tempat yang paling sesuai untuk berehat dan jauh daripada pelbagai bebanan masalah dunia.
Ia merupakan lokasi yang terbaik untuk menikmati matahari terbenam, menjamu selera yang dihidangkan di atas katil sofa yang menghadap ke Lautan Hindi dan mendengar muzik. Di sini, anda boleh merehatkan fikiran anda dan menghirup udara laut yang segar. The Lawn Canggu sememangnya adalah merupakan lokasi popular dan kelab pantai yang kecil tetapi cukup sempurna dan bersih.
Selain itu, kelab pantai ini juga menawarkan kemudahan pantai yang lengkap dan makanan yang luar biasa di restoran yang terletak tepat di tepi pantainya. Antara hidangan wajib di sini adalah koktel yang dibuat dengan bahan-bahan tempatan. Seperti minuman, makanan memberi tumpuan kepada bahan-bahan tempatan serta teknik, menyediakan hidangan dalam daun pisang misalnya.
Sepanjang berada di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang di pantai, surfing dan menikmati hiburan muzik live pada malam hari.
Lokasi: Jl. Petitenget No. 51B, Seminyak. Kuta Utara, Badung, Bali, Seminyak, Kuta, Bali, Indonesia, 80361 (Potato Head Suites & Studios)
Potato Head Suites & Studios
•
9.2/10
Seminyak, Kuta Utara
Lihat harga
Terletak di Seminyak, Bali, Desa Potato Head telah ‘menghasilkan’ tempat penginapan yang kreatif dengan perincian reka bentuk dan seni bina Brutalis yang tetap mengekalkan kehijauan yang mendamaikan. Apa yang menariknya, perabot-perabot hotel ini diperbuat daripada bahan terpakai yang dihasilkan sendiri oleh pihak hotel!
Anda akan dihidangkan dengan pemandangan laut yang indah dan juga kemudahan moden yang lengkap untuk keselesaan anda. Kelab pantai hotel ini menawarkan kerusi pantai untuk anda bersantai, payung bagi melindungi cahaya matahari serta berbagai kemudahan lain seperti kolam renang, restoran, dan bar.
Selain menjadi tempat untuk dilawati atau menginap, Desa Potato Head menawarkan setiap tetamu pengalaman unik untuk bersama mempelajari mengenai kelestarian alam semesta, gastronomi, kesihatan, dan sebagainya. Di sini terdapat studio rakaman muzik, galeri, spa, bengkel kelestarian, perpustakaan, listening lounge, ruang bekerja, stesen penstriman dan enam jenis restoran.
Sepanjang menginap, anda boleh berenang di kolam renang hotel, menikmati spa, berbelanja di pusat beli-belah yang mewah di Seminyak, menikmati hiburan musik live dan sebagainya. Terdapat juga yoga, latihan olahraga, senaman (untuk dewasa dan kanak-kanak) dan gimnasium 24 jam untuk mereka yang ingin kekal aktif walaupun sedang bercuti.
Sememangnya, Desa Potato Head ini menawarkan penginapan dengan pengalaman yang cukup menakjubkan, seperti Potato Head Suites & Studios.
Lokasi: Jl. Petitenget, Kerobokan, Seminyak, Kuta, Bali, Indonesia, 80361
W Bali - Seminyak - CHSE Certified
•
9.3/10
Seminyak, Kuta
Lihat harga
W Bali Seminyak adalah hotel yang mempunyai reka bentuk dan konsep yang moden. Walaubagaimanapun, ia tetap mengekalkan budaya Bali. Resort ini terletak di Pantai Seminyak dan berdekatan dengan beberapa lokasi popular.
Ketika memasuki resort ini, para tetamu akan disambut oleh sebuah pintu masuk berbentuk lengkungan yang diperbuat dari bambu. Ia menawarkan beberapa jenis bilik sehingga villa peribadi yang dilengkapi dengan tab mandi dan kemudahan lain. Di hotel ini, terdapat tujuh restoran yang bersedia untuk memberikan anda pengalaman makan makanan yang terbaik di Bali.
Kemudahan yang paling unik adalah kolam renang outdoor bertingkat yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa yang memberikan kesan seperti anda berada di sebuah pulau tropika. Kolam renang ini dibuat bertingkat berdasarkan kedalaman kolam.
Jangan lepaskan pelung menikmati keindahan pantai dan pemandangan laut apabila berada disini. Kelab pantai hotel ini menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anda bersantai di tepi pantai dengan selesa. Semestinya, ia juga mempunyai banyak ‘spot’ yang menarik untuk anda mengambil gambar dan video untuk tujuan membuat ‘content’ mahupun simpanan peribadi.
Setiap hotel dengan kelab pantai di Canggu yang disenaraikan diatas mempunyai kelebihan masing-masing. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan citarasa dan juga bajet anda. Apapun, jangan lupa buat tempahan awal melalui Traveloka untuk dapatkan diskaun hebat dan tawaran harga yang menarik!