0

Traveloka MY

18 May 2018 - 6 min read

Penginapan hebat: Bersantai di pulau yang sempurna dan mesra poket

Ah, percutian di pulau… Tiada tempat yang lebih baik untuk bercuti dan melupakan kehidupan harian. Tapi percutian yang bagaimana pilihan anda?

Anda sukakan aktiviti mencabar seperti pelbagai aktiviti air, seperti parasailing atau menyelam? Atau anda lebih suka mendekati alam dengan mendaki melalui hutan tebal dan menikmati pemandangan yang cukup indah untuk dilupakan? Bagaimana pula kalau hanya bersantai di pantai sambil melihat ombak?

Jika anda perlu berehat sebentar, Pulau Pangkor, Perhentian dan Tioman ialah pulau-pulau yang patut ada dalam senarai anda - dan di sini kami sertakan penginapan bajet hingga ke mewah untuk anda:

$ - Hotel Nelayan

Terletak di persisiran pantai Perak, Pulau Pangkor adalah antara pulau-pulau cantik yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan kurang sesak berbanding Pulau Pinang dan Langkawi - kecuali cuti sekolah. Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menaiki feri selama 45 minit dari Jeti Lumut, dengan tiket pergi-balik berharga RM10. Feri datang pada selang waktu sekitar setiap 45 minit.

Hotel Nelayan terletak di bahagian barat pulau di Pantai Pasir Bogak dan berdekatan dengan kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan restoran makanan laut yang digemari seperti Restoran Pasir Bogak. Sebagai hotel yang baru, reka bentuknya agak berbeza dari resort keluarga yang lama. Dengan konsep mewah dan urban serta sedikit sentuhan industri seperti dinding batu-bata hotel ini juga bertemakan nautika. Tema ini digunakan untuk memberi penghormatan kepada para nelayan di Malaysia.

Tetamu-tetamu hotel akan mendapat tawaran pakej penginapan yang sempurna untuk hujung minggu, termasuklah pengangkutan dari Lumut ke hotel, sarapan dan makan malam, penginapan untuk satu malam, serta pelbagai aktiviti menarik seperti island-hoping, snorkeling dan banana boat ride.

Aktiviti untuk dilihat dan dilakukan

Pangkor ialah rumah kepada populasi yang besar bagi burung enggang, jadi jika anda mahu melihat haiwan eksotik ini dengan lebih dekat, datang ke Pantai Teluk Nipah pada awal pagi atau Sunset View Chalet untuk sesi memberi makan pada jam 6.30 petang.
Jelajah Tokong Foo Lin Kong, yang terletak di bahagian timur pulau berdekatan dengan kaki Gunung Pangkor. Tokong yang berbaloi untuk dilawati ini mempunyai kolam cantik dan replika mini Tembok Besar China, sementara Tokong Lin Je Kong mempunyai patung haiwan berwarna-warni.
Bersantai sambil berkelah di pantai yang putih di Pulau Giam. Di sini, anda juga boleh berjalan-jalan di Pantai Teluk Nipah ketika air surut. Pastikan anda memakai sandal atau selipar untuk mengelak daripada terpijak batu-batu tajam atau terumbu karang. Jangan lupa, kembali sebelum air pasang atau anda akan terperangkap!

Kadar bermula dari: RM95 / semalam

*****

$$ - The Barat Perhentian

Perhentian mempunyai dua pulau - Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Pulau kecil lebih popular di kalangan backpacker dan mempunyai aura parti yang lebih meriah berbanding dengan Perhentian Besar, yang lebih tenang dan mesra keluarga. Untuk ke pulau itu, anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Kuala Besut. Dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit, bergantung pada keadaan cuaca dan arus. Tiket pergi balik berharga RM 70, diikuti dengan bayaran tambahan sebanyak RM 5 untuk pemuliharaan marin.

The Barat Perhentian terletak di Perhentian Besar, yang menawarkan pengalaman pulau yang memuaskan kepada pengunjung. Di luar, bangunannya menyerupai rumah-rumah panggang kayu yang biasanya anda lihat di kampung-kampung Melayu, tetapi di dalamnya, bilik yang luas dan dilengkapi dengan kelengkapan kontemporari menyambut tetamu.

Menyelam skuba ialah aktiviti yang popular di Perhentian sehinggakan resort ini mempunyai sekolah menyelamnya sendiri: The Barat Dive Center. Di sini, anda boleh mengambil Kursus Open Water PADI (OWC), Discovery Scuba Dive atau Advanced OWC. Anda juga boleh menyewa peralatan snorkeling jika anda ingin melihat pelbagai tempat snorkeling di pulau tersebut atau mengupah juru pandu resort untuk membawa anda menerokai alam semula jadi yang membawa anda ke trek hutan melalui laluan persimpangan pulau.

Aktiviti untuk dilihat dan dilakukan

Kredit: Ye Choh Wah / Shutterstock

Menurut beberapa pelawat, perairan jernih di Perhentian dapat menyaingi Maldives, jadi tidak ada tempat yang lebih baik di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan Sijil Open Water Diver anda - kebanyakan laman web yang disyorkan termasuk Sugar Wreck dan The Pinnacle (juga dikenali sebagai Tokong Laut). Musim menyelam biasanya bermula dari April hingga Oktober.
Jika anda tidak suka menyelam, jangan risau: terumbu karang dan hidupan marin juga sesuai dilihat dengan aktiviti snorkel. Pantai Turtle Sanctuary dan Teluk Keke adalah tempat snorkeling yang popular, tetapi tetamu di The Barat tidak perlu untuk pergi jauh, kerana terdapat terumbu karang yang berdekatan pantai resort.
Di Perhentian, anda tentu tidak mahu terlepas merasai makanan laut yang segar! Terdapat banyak restoran makanan laut di sepanjang pantai yang menawarkan makanan laut BBQ yang sedap-sedap. Hasil tangkapan harian selalunya segar-segar dan sedia untuk dinikmati. Restoran The Barat Perhentian adalah salah satu yang terbaik di pulau itu, jadi jika anda tinggal di sana, bon appetit!

Kadar bermula dari: RM198 / semalam

*****

$$$ - Berjaya Tioman Resort

Terletak di tepi pantai yang luas dengan perairan biru, Berjaya Tioman Resort adalah tempat percutian seindah syurga. Pulau ini terletak kira-kira 2 jam perjalanan dengan feri dari Jeti Berjaya di Tanjung Gemok ke Jeti Kampung Tekek. Sama seperti Perhentian, tiket pulang berhargaRM70, ditambah dengan bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk pemuliharaan laut.

Pilih dari pemandangan taman atau pemandangan tepi pantai apabila anda menginap di chalet yang selesa di resort ini, yang menawarkan banyak ruang dan privasi. Kami cadangkan anda menginap di chalet Seaview atau Beach - setiap satu mempunyai balkoni sendiri dengan pemandangan laut yang terbuka.

Berjaya Resort Tioman

Resort ini menawarkan aktiviti yang pelbagai untuk tetamunya seperti menyelam (mereka mempunyai pusat menyelam PADI) dan aktiviti air yang lain hinggalah ke trekking hutan dan tarikan popular lain di pulau itu. Mudahkan! Dan jika badan anda rasa kurang selesa selepas seharian, berehatlah di rawatan spa di Ayura Spa.

Aktiviti untuk dilihat dan dilakukan

Luangkan masa anda di pantai atau melakukan aktiviti seperti berkayak, snorkeling, banana boat dan bola tampar pantai. Pantai-pantai popular di Tioman termasuklah Pantai Genting, Pantai Tekek dan Pantai Salang.
Lakukan aktiviti trekking selama 40 minit di hutan untuk ke Air Terjun Asah. Di sana, anda boleh menyejukkan badan di bawah air yang segar dan jernih. Mulakan trek anda dari Kampung Mukut, kerana anda juga boleh berbual dengan penduduk atau merasai masakan tempatan.
Lakukan peranan anda untuk melindungi penyu dengan melawat Projek Penyu Juara untuk mempelajari tentang haiwan elegan dan terancam ini serta mengetahui proses pemuliharaan populasi di kawasan ini. Musim penyu adalah dari pertengahan bulan Mac hingga akhir Oktober setiap tahun, jadi jika anda melawat sekitar masa ini, anda mungkin dapat melawat tempat penetasan, di mana sukarelawan telah meletakkan telur yang dikumpulkan dari sarang untuk melindungi mereka daripada pemangsa atau pemburu haram.

Kadar bermula dari: RM331 / semalam

___________________________________________________________________

Hati-hati: kalau anda bercuti ke pulau-pulau ini, anda mungkin tidak mahu pulang ke kehidupan seharian anda. Tapi apakah hidup tanpa risiko, betul tak? Jom, tempah percutian anda dengan Traveloka sekarang!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved