Kota Kinabalu, atau dikenali sebagai KK, terletak di pantai barat laut Borneo, Malaysia. Ia berperanan sebagai ibu kota Sabah, salah satu negeri di Malaysia, dan merupakan pintu masuk utama bagi pelancong yang ingin meneroka Borneo. Kota ini menawarkan pelbagai pemandangan budaya, termasuk museum, galeri seni, masjid, dan taman botani. Dikelilingi oleh hutan hujan yang hijau, pantai yang menarik, dan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, KK menawarkan keindahan alam yang tidak terbatas dan peluang yang meluas untuk aktiviti seperti trekking, menyelam, dan melihat flora dan fauna yang pelbagai.
Di sini, pelawat dapat menjelajahi Taman Negara Kinabalu, Situs Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepelbagaian ekosistemnya, atau mengunjungi Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada lima pulau indah, sesuai untuk snorkeling, menyelam, dan aktiviti air lain. Bagi mereka yang mencari pengalaman budaya, KK juga menawarkan banyak destinasi menarik. Sebagai contoh, Pasar Filipina yang sibuk, di mana pedagang dari Filipina menjual produk kerajinan tangan dan mutiara yang terkenal. Atau, pelawat boleh melawat Kampung Budaya Mari-Mari, sebuah desa di mana lima suku utama Borneo Timur tinggal. KK adalah destinasi yang sempurna untuk pelancong yang menghargai alam dan budaya. Kehidupan masyarakat yang sibuk dan masyarakat yang mesra menjadikan KK destinasi yang tak terlupakan untuk semua pelancong.
Artikel ini menyenaraikan 10 cadangan hotel terbaik dan berpatutan di Kota Kinabalu untuk Anda!
Alamat : Lot 4, 2nd Floor, Block M, Sinsuran Shopping Complex, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100
Iskandar Sinsuran Guesthouse ialah salh satu hotel terbaik yang berpatutan di Kota Kinabalu, Sabah. Hotel ini berada di bangunan Pusat Membeli Belah Sinsuran. Hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. Sehubungan dengan itu, Anda boleh pergi ke mana-mana destinasi pelancongan dengan mudah! Iskandar Sinsuran Guesthouse menjanjikan penginapan yang sangat selesa untuk anda. Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan tetamunya. Jika anda mencari tempat penginapan yang murah tetapi selesa, Iskandar Sinsuran Guesthouse adalah sesuai untuk anda. Harga hotel pun berpatutan, bermula dari RM 45.01 sahaja!
Iskandar Sinsuran Guesthouse
•
8.1/10
Lot 4, 2nd Floor, Bloc...
Lihat harga
Alamat : Block A, Lot 6.7.8, Bundusan Plaza Penampang, Beverly Hill, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88300
Lokasi Aristo Hotel 81 ni berdekatan Icon steamboat, Pusat urutan Janet, Bistro & Pub berhampiran, kedai runcit hanya beberapa minit jauhnya, lebih daripada 3 kedai mamak hanya beberapa blok dari hotel, 3 farmasi tersedia, 4 minit dari restoran. Wifi ada, Seterika, Air Mineral boleh minta reception sediakan pembantu. Kakitangan mereka teramat baik dan mesra. Harga bilik juga berpatutan, bermula dari RM 41.21 sahaja. Aristo Hotel 81 ialah pilihan yang tepat bagi anda yang sedang mencari penginapan mampu milik di Pusat Bandar Kota Kinabalu.
Aristo Hotel 81
•
8.2/10
Block A, Lot 6.7.8, Bu...
Lihat harga
Alamat : Block F, Lot 2, 1st Floor, Segama Jln Tun Razak, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
H2 Segama Backpacker ialah hostel yang mempunyai lokasi baik, berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu International Airport (BKI), dan hostel ini terletak hanya 0.97 km dari Jesselton Point (Ferry to Tunku Abdul Rahman Marine Park). Setiap katil cukup besar dan pancuran-jamban bersih dan terang. Sarapan disediakan roti putih, planta, dan jem yang boleh Anda gunakan untuk membuat roti bakar. Hostel ini sangat sesuai untuk pelancong solo dan Anda yang mempunyai bajet terhad dan tidak memerlukan banyak keperluan selain tempat untuk tidur semalam. Anda boleh sewa hostel ni dengan harga RM 17.89 sahaja!
H2 Segama Backpacker
•
8.8/10
Block F, Lot 2, 1st Floor, Segama Jln Tun Razak
RM 27
RM 23
Alamat : Lot 6, Lorong Inanam Sentral 3, Inanam Township, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88450
D Hotel ialah sebuah hotel bertaraf 1 bintang di Kota Kinabalu yang merupakan kawasan yang ramai pelancong. Ia adalah sebuah hotel yang mempunyai banyak kemudahan dan pada masa yang sama terletak di banyak tarikan yang menarik. Berdasarkan ulasan tetamu, ramai yang mengatakan hotel ini bersih dan cantik.
Tambahan lagi, hotel ini dikatakan terletak jauh dari kesibukan bandar tetapi masih dalam jarak yang bagus untuk ke bandar. Tetamu hotel ini juga mengatakan bahawa pekerja di hotel ini sangat mesra dan juga suka membantu tetamu mereka apabila mereka memerlukan sebarang bantuan. Harga hotel pun berpatutan, bermula dari RM 45.46 sahaja!
D Hotel Kota Kinabalu
8/10
Lot 6, Lorong Inanam S...
Lihat harga
Alamat : Lot 19, Block C, Sedco Complex, Jalan Laiman Diki, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88300
Terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu, hotel Stay Inn menawarkan 22 bilik tamu yang serba lengkap dan kemudahan yang sangat baik serta perkhidmatan yang unggul. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang selesa seperti televisyen, penyaman udara, meja dan bilik mandi peribadi. Selain itu, tetamu juga boleh menikmati Wi-Fi percuma di semua bilik, pengemasan harian, perkhidmatan teksi, kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan simpanan bagasi.
Untuk pilihan tempat untuk bersiar-siar dan tempat daya tarikan tempatan, pelancong tidak perlu pergi jauh dari hotel kerana ianya berdekatan dengan KK City Waterfront, Perbadanan Promosi Pelancongan Sabah dan Kompleks Bandaraya Asia. Hotel yang berpatutan ini juga terkenal di kalangan pelancong dan menikmati akses mudah ke semua yang ditawarkan di bandar yang menakjubkan. Anda boleh sewa bilik di hotel ini hanya dengan RM 50.57 saja!
OYO 2720 Sutomo Inn
•
7.2/10
Jl. Sutomo No.29D, RT....
Lihat harga
Alamat : Lot 12, Lorong Perpaduan, Kampung Air, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
Lokasi hotel ni memang strategik sebab ia terletak di tengah-tengah bandar, mau pegi night market memang senang! Bilik pun luas dan selesa.Dekat dengan mana-mana tempat seperti Lapangan Terbang Kota Kinabalu International Airport (BKI), Jesselton Point (Ferry to Tunku Abdul Rahman Marine Park), Centre Point Sabah dalam 0.27 km, dan KK Plaza dalam 0.48 km. Kakitangan pun mesra dan ramah. Perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda berpuas hati sepanjang penginapan anda di Impiana Mutiara Hotel @ Kampung Air. Anda boleh sewa bilik di hotel ini hanya dengan RM 53.33 sahaja!
Impiana Mutiara Hotel @ Kampung Air
•
7.7/10
Lot 12, Lorong Perpaduan, Kampung Air
RM 101
RM 76
Alamat : 12, Jalan Masjid Lama, Bandaran Berjaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
Terletak di lokasi yang strategis, mudah untuk mencari hostel ni dan mudah pula untuk daftar masuk maupun keluar. Bilik sangat bersih dengan katil selesa dan empuk. keselamatan yang baik. Kakitangan diorang mesra dan berpengetahuan tentang bandar. Tandas dan kemudahan lain pun bagus! Hostel ini sesuai untuk Anda yang melancong solo untuk menambah kawan baru ataupun Anda yang mempunyai bajet terhad. TOOJOU Kota Kinabalu ialah pilihan yang tepat bagi anda yang sedang mencari penginapan mampu milik di Pusat Bandar Kota Kinabalu. Anda boleh sewa bilik di hostel ini hanya dengan RM 52.94 sahaja!
TOOJOU Kota Kinabalu
•
8.9/10
12, Jalan Masjid Lama, Bandaran Berjaya
RM 66
RM 50
Alamat : Block D, Lot D20 - D24, Kompleks Alapbana, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89157
Tang Dynasty Lodge Kota Belud ialah sebuah hotel bertaraf tiga bintang dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Kota Belud. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Tang Dynasty Lodge Kota Belud juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Kundasang War Memorial dan Crocker Range National Park. Tang Dynasty Lodge Kota Belud adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Bagi anda yang ingin melancong dengan selesa mengikut bajet, Tang Dynasty Lodge Kota Belud ialah tempat yang sesuai untuk menginap dengan adanya kemudahan yang baik dan perkhidmatan yang hebat. Anda boleh sewa bilik di hotel ini hanya dengan RM 60.61 sahaja!
Tang Dynasty Lodge Kota Belud
•
8.2/10
Block D, Lot D20 - D24...
Lihat harga
Alamat : Lot 10, Pekan Tanjung Aru Jalan Pinang, Tanjung Aru, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100
Golden Hill Hotel adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 4.9 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Terdapat pelbagai restoran, kafe dan bar berdekatan dengan hotel yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari.
Memandangkan lokasi hotel ini yang sangat strategik, terdapat pelbagai tempat tarikan pelancongan berhampiran termasuk Taman Tanjung Ara Perdana, Kelab Golf Gunung Kinabalu, Pantai Tanjung Aru dan Gleneagles Kota Kinabalu. Hotel ini akan menjadikan pengalaman percutian dan perjalanan perniagaan anda sukar untuk dilupakan. Anda boleh sewa bilik di hotel ini hanya dengan RM 62.96 sahaja!
Golden Hill Hotel
•
8.3/10
Lot 10, Pekan Tanjung Aru Jalan Pinang, Tanjung Aru
RM 204
RM 153
Alamat : No. 1, Lorong Inanam, Off Jalan Nounton, Inanam, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88450
INHOTEL terletak secara strategik di Jalan Tuaran di tengah-tengah bandaraya Inanam yang terkenal, Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat pelbagai kemudahan seperti Pasar Inanam, pasar raya, bank, kedai-kedai komersial, restoran dengan hidangan tempatan, sekolah, pejabat pos, gereja, kuil, dan sebagainya berdekatan dengan hotel ini. Keadaan bilik tidur dan bilik mandi memuaskan, selesa dan sangat bersih. Kakitangan diorang pun teramat mesra dan ramah. InHotel Inanam adalah pilihan hotel yang sesuai untuk Anda yang inginkan penginapan terbaik dengan harga berpatutan di Kota Kinabalu! Anda boleh sewa bilik di hotel ini hanya dengan RM 69.03 sahaja!
InHotel Inanam Kota Kinabalu
•
8.4/10
No. 1, Lorong Inanam, ...
Lihat harga
Itulah dia senarai 10 penginapan berpatutan di Kota Kinabalu untuk percutian Anda.
Hotel-hotel yang kami sediakan dalam artikel ini menawarkan harga purata sekitar RM50 yang sesuai untuk anda yang melancong dengan bajet terhad. Jika Anda melawat Kota Kinabalu, jangan lupa bawa topi, cermin mata hitam dan pelindung matahari. Juga payung dan baju ganti untuk berjaga-jaga jika hujan. Untuk mendapatkan pelbagai diskaun hotel dan penginapan lain di Kota Kinabalu, Anda boleh menyemak dan menempah melalui Traveloka !
Tue, 24 Jun 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 141.01
Tue, 3 Jun 2025
Scoot
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 262.15
Wed, 11 Jun 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 132.52