10 Cadangan Hotel Berpatutan di Tanah Rata untuk Percutian Anda

Traveloka MY
26 Jun 2024 - Bacaan 6 minit

Tanah Rata adalah sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan pergunungan Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Bandar ini merupakan salah satu pusat utama bagi pelancong yang mengunjungi Cameron Highlands kerana lokasinya yang strategik dan keindahan alam sekitarnya. Di Tanah Rata, terdapat pelbagai kemudahan untuk pelancong termasuk penginapan seperti hotel, chalet, dan homestay. Selain itu, terdapat juga restoran, kafe, gerai makanan, dan pasar malam yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa.

Antara tarikan utama di Tanah Rata adalah keindahan alam sekitar yang menakjubkan, termasuk ladang teh yang hijau subur, kebun bunga, dan udara sejuk pegunungan. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti mendaki, berbasikal, dan lawatan ke ladang teh dan kebun strawberry. Pusat bandar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk membeli-belah, dengan kedai-kedai yang menjual barangan unik seperti teh, madu, produk tangan tempatan, dan cenderahati lain. Tanah Rata juga menjadi tempat transit untuk pelancong yang ingin mengunjungi kawasan-kawasan menarik lain di Cameron Highlands.

Artikel ini menyenaraikan beberapa cadangan hotel terbaik dan berpatutan di Tanah Rata untuk percutian Anda!

Hotel Berpatutan di Tanah Rata

SPOT ON 90449 Bed Station Guest House Dormitory

Alamat : Bed Station Guest House, Jalan Tapah - Cameron Highlands, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

SPOT ON 90449 Bed Station Guest House Dormitory ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Tanah Rata. Selain bertempat di kedudukan yang baik, SPOT ON 90449 Bed Station Guest House Dormitory juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Big Red Strawberry Farm dan BOH Sungai Palas Tea Centre.

Bagi anda yang ingin melancong dengan selesa mengikut bajet, SPOT ON 90449 Bed Station Guest House Dormitory ialah tempat yang sesuai untuk menginap dengan adanya kemudahan yang baik dan perkhidmatan yang hebat. Anda boleh sewa hotel ni dengan harga bermula dari RM 19.39 sahaja!

SPOT ON 90449 Bed Station Guest House Dormitory

Bed Station Guest Hous...

Lihat harga

Sleepbox Hotel

Alamat : 5-2, Marigold Square, Jalan Besar. Tanah Rata. 39000 Cameron Highland., Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Sleepbox Hotel juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Gaharu Tea Valley dan Parit Falls dalam 0.43 km. Sleepbox Hotel ialah pilihan yang tepat bagi anda yang sedang mencari penginapan mampu milik di Tanah Rata. Hostel ini pun sangat sesuai untuk pelancong solo yang igin mencari kawan baru kerana bentuknya mirip seperti asrama, namun juga memperhatikan privasi pengunjung.

Hostel ni pun sangat bersih dan selesa. Kakitangan mesra, ramah, dan respon cepat. Bilik mandi pun sangat bersih dan ada air panas. Penginapan ini juga sesuai untuk Anda yang melancong dengan bajet terhad. Anda boleh sewa hotel ni dengan harga bermula dari RM 30.30 sahaja!

Sleepbox Hotel

8.8/10

5-2, Marigold Square, ...

Lihat harga

Traveller Bunker Hostel

Alamat : No 82B, Persiaran Camelia 4, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Penginapan ini berbentuk asrama yang bersih dan mengalu-alukan dengan katil bertirai jenis kapsul. Ada kafe di tingkat atas, Anda boleh rasakan cuaca cerah dengan udara gunung yang sejuk walaupun berada di dalam ruangan dan terlindung daripada panas dan hujan. Ada kemudahan seperti perkhidmatan dobi, bantuan pelancongan dan jejak, dapur asas dengan air panas dan sejuk yang ditapis, wifi kencang dan lokasi yang sesuai untuk makanan.

Ada pula bilik gim dengan beberapa pemberat, dan terlalu banyak kemudahan lain lagi untuk ditambahkan di sini. Hostel Kapsul ni sangat sesuai untuk para pelancong solo maupun Anda yang melancong dengan bajet terhad. Anda boleh sewa hotel ni dengan harga bermula dari RM 37.04 sahaja!

Traveller Bunker Hostel

8.8/10

No 82B, Persiaran Came...

Lihat harga

Golden Lodge

Alamat: 4, Jalan Mentigi Utara, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Golden Lodge adalah penginapan berbentuk rumah tetamu yang amat mudah ditemui kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Bilik ini sangat selesa dan bersih. Kakitangannya sangat baik, mesra, fleksibel dan akomodatif. Persekitarannya tenang dan damai. Kedai dan tempat makan berada dalam jarak berjalan kaki. . Banyak pengunjung yang tinggal lebih lama daripada yang dirancang dan berkata akan menginap disini lagi jika melawat Tanah Rata. Anda boleh sewa rumah tetamu ni dengan harga bermula dari RM 35.16 sahaja!

Golden Lodge

8.6/10

4, Jalan Mentigi Utara...

Lihat harga

Cameronian Inn

Alamat : 16, Jalan Mentigi, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Cameronian Inn adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang dekat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Terdapat sejumlah tiga jenis bilik bervariasi yang terdiri daripada Dormitory, Single/Double/Twin dan Triple/Family. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang anda akan dapati.

Terdapat pelbagai restoran, kafe dan bar berdekatan dengan hotel untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari. Terdapat pelbagai tempat tarikan pelancongan berhampiran termasuk Cameron Highlands dan Tan’s Camelia Garden. Hotel ini akan menjadikan pengalaman percutian dan perjalanan perniagaan anda sukar untuk dilupakan. Anda boleh sewa rumah tetamu ni dengan harga bermula dari RM 44.36 sahaja!

Cameronian Inn

8.6/10

16, Jalan Mentigi, Tan...

Lihat harga

Evonne Budget Hotel

Alamat : 61b, Persiaran Camellia 3, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Hotel ni sesuai sangat untuk percutian keluarga. Setiap bilik di hotel budget ini menawarkan pemandangan bandar, dan tetamu boleh menikmati akses ke pusat kecergasan. Penginapan ini menawarkan perkhidmatan concierge dan penyimpanan bagasi untuk tetamu.

Di hotel ini, semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan televisyen skrin rata. Penginapan di Evonne Budget Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan layanan baik dan harga yang berpatutan. Anda boleh sewa hotel ni dengan harga bermula dari RM 54.71 sahaja!

Evonne Budget Hotel

61b, Persiaran Camelli...

Lihat harga

Madani Hotel

Alamat : No 15 Marigold Square, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Madani Hotel adalah penginapan bajet yang terletak di antara kedai-kedai di bandar. Selain di Tanah Rata, Hotel ini ada juga di Brinchang. Hotel Madani ni ialah hotel bertemakan Muslim, yang menyediakan berbagai jenis bilik, yang sesuai untuk pelancongan maupun perniagaan Ada. Akses Internet wifi percuma disediakan di hotel.

Terdapat banyak kedai, restoran, dan kemudahan yang boleh dicapai dengan berjalan kaki dari hotel Madani ini. Penginapan di Madani Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan layanan baik dan harga yang berpatutan. Anda boleh sewa hotel ni dengan harga bermula dari RM 72.98 sahaja!

Madani Hotel

6.5/10

No 15 Marigold Square,...

Lihat harga

Highlanders Hotel

Alamat : 80A, 80B, Persiaran Camellia 4, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Highlanders Hotel terletak di antara lot-lot kedai di samping jalan utama yang menjadikan akses ke hotel itu mudah. Ia juga dikelilingi oleh kedai-kedai, restoran dan juga bank-bank yang dekat antara satu sama lain. Highlanders Hotel menawarkan bilik-bilik mereka pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan keselesaan dan kebersihan.

Hotel Highlanders mempunyai sebuah restoran sendiri yang menyediakan makanan sepanjang hari, termasuk sarapan pagi. Bagi mereka yang mencari lawatan di Cameron Highlands tetapi tidak tahu ke mana hendak pergi, hotel ini menyediakan perkhidmatan pelancongan. Maklumat lebih lanjut mengenai lawatan yang disediakan oleh Highlanders Hotel boleh didapati di front office.

Hotel ni pun juga berhampiran dengan Big Strawberry Farm, hanya lima belas minit dari hotel. Anda boleh sewa hotel ni dengan harga bermula dari RM 70.45 sahaja!

Highlanders Hotel

8.2/10

80A, 80B, Persiaran Ca...

Lihat harga

Cameron Golden Hills Resort

Alamat : S2-G-3A Somersquare Golden Hill, Jalan Golden Hill 9, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

Cameron Golden Hills Resort adalah resort yang menarik, dan dijamin menyediakan pengalaman menginap yang selesa dan menyenangkan sepanjang perjalanan anda. Selain itu, resort dua bintang ini menawarkan kadar yang bernilai untuk wang yang dibayar jika diambil kira saiz bilik dan pangsapurinya, yang bagus untuk keluarga besar dan kumpulan rakan-rakan yang ramai.

Apabila para tetamu memasuki bilik pula, mereka akan mendapati bahawa setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik dalam resort dengan beberapa ciri tambahan termasuk bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut, meja, cerek elektrik, periuk nasi, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, sofa, rak pakaian, peti keselamatan dalam bilik, balkoni/teres, televisyen dan sambungan Wi-Fi. Rasai berbagai kemudahan dengan menginap di resort ini! Anda boleh sewa resort ni dengan harga bermula dari RM 80.81 sahaja!

Cameron Golden Hills Resort

8.3/10

S2-G-3A Somersquare Go...

Lihat harga

KRS Pine

Alamat : No. 7 Jalan Mentigi, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000

KRS Pine adalah sebuah penginapan rumah tetamu yang terdapat di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Rumah tetamu ni mempunyai banyak kehijauan di sekelilingnya yang memberikan suasana yang sangat menenangkan dan santai. Ia menyediakan dapur berkongsi, ruang makan dan ruang tamu di mana tetamu mereka boleh gunakan pada bila-bila masa sepanjang hari. Penginapan ni juga menyediakan permainan papan dan perkhidmatan pertukaran buku untuk mereka yang ingin menghibur diri mereka semasa waktu lapang mereka di sana.

Terdapat juga ruang duduk bersama dengan televisyen. Pada dasarnya rumah tetamu ini menyediakan keperluan di dalam bilik dan juga menyediakan keperluan bersama di luar bilik. Oleh itu, mereka yang tinggal di sini boleh menikmati ruang persendirian dan pada masa yang sama membuat kawan baru. Anda boleh sewa resort ni dengan harga bermula dari RM 69.54 sahaja!

KRS Pines Guesthouse

7.9/10

No. 7 Jalan Mentigi, T...

Lihat harga

Sudah siap nak melawat Tanah Rata?

Itulah dia senarai 10 penginapan berpatutan di Tanah Rata untuk percutian Anda.Hotel-hotel yang kami sediakan dalam artikel ini menawarkan harga bermula purata RM50 yang sesuai untuk anda yang melancong dengan bajet terhad. Jika Anda melawat Tanah Rata jangan lupa bawa jaket dan baju tebal kerana ia berada di dekat dengan dataran tinggi. Tapi perlu juga bawa sunblock, topi dan cermin mata hitam apabila cuaca panas. Untuk mendapatkan pelbagai diskaun hotel dan penginapan lain di Tanah Rata, Anda boleh menyemak dan menempah melalui Traveloka !

Discover flight with Traveloka

Tue, 9 Sep 2025

Batik Air Malaysia

Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)

Harga bermula dari RM 168.23

Sun, 14 Sep 2025

AirAsia Indonesia

Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)

Harga bermula dari RM 245.36

Tue, 9 Sep 2025

KLM

Jakarta (CGK) to Kuala Lumpur (KUL)

Harga bermula dari RM 201.87

Dalam Artikel Ini

• Hotel Berpatutan di Tanah Rata
• SPOT ON 90449 Bed Station Guest House Dormitory
• Sleepbox Hotel
• Traveller Bunker Hostel
• Golden Lodge
• Cameronian Inn
• Evonne Budget Hotel
• Madani Hotel
• Highlanders Hotel
• Cameron Golden Hills Resort
• KRS Pine
• Sudah siap nak melawat Tanah Rata?

Penerbangan yang Disyorkan dalam Artikel Ini

Tue, 9 Sep 2025
Batik Air Malaysia
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 168.23
Tempah Sekarang
Sun, 14 Sep 2025
AirAsia Indonesia
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 245.36
Tempah Sekarang
Tue, 9 Sep 2025
KLM
Jakarta (CGK) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 201.87
Tempah Sekarang
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved