Cuti sekolah 2023 ni tak tahu nak bawa anak-anak anda ke mana? Ha, jom bawa anak-anak anda bercuti di Penang!
Penang mempunyai banyak destinasi percutian yang menarik yang boleh dilawati bersama keluarga. Ini termasuklah tempat-tempat menarik khusus untuk kanak-kanak bergembira, menerokai perkara baru serta belajar sesuatu di luar bilik darjah mereka.
Untuk itu, jom teruskan membaca untuk mengetahui senarai tempat menarik untuk kanak-kanak di Penang seperti yang dikongsikan dibawah.
Baca juga: ESCAPE Theme Park Penang Admission Tickets
Escape Theme Park atau Taman Tema ESCAPE ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang gemar dengan aktiviti lasak dan mencabar. Di taman tema ini terdapat pelbagai jenis permainan yang sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga.
Untuk pengetahuan anda, taman tema ini terbahagi kepada tiga zon iaitu pengembaraan, permainan air dan graviti. Anda boleh pilih mana-mana zon yang anda ingin untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.
Untuk bayaran tiket masuk, harga adalah bergantung kepada umur pengunjung bermula dengan harga RM 103 untuk kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun dan RM155 untuk dewasa berumur 13 - 60 tahun. Anda boleh dapatkan tiket masuk melalui laman web Traveloka.
Waktu operasi: Selasa – Ahad | 10.00 pagi – 6.00 petang
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Baca juga: Entopia by Penang Butterfly Farm
Tahukah anda, Entopia by Penang Butterfly Farm adalah merupakan taman rama-rama terbesar di Malaysia. Ia menempatkan lebih kurang 15 000 rama-rama dari 60 spesies. Memang syurga rama-rama la kat sini.
Di sini anak anda akan berpeluang untuk belajar tentang kepelbagaian spesies rama-rama, serangga, burung-burung yang berkeliaran dan pelbagai lagi. Anak anda pasti teruja mendapat pengalaman berinteraksi dengan rama-rama serta haiwan lain secara langsung.
Harga tiket untuk masuk ke Entopia by Penang Butterfly Farm adalah RM53 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan harga tiket masuk dengan lebih murah, pastikan anda beli melalui laman web Traveloka.
Waktu Operasi: Khamis-Selasa | 9.00 pagi-6.00 petang.
Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Baca juga: Tech Dome Penang Admission Tickets
Untuk memastikan cuti sekolah anak anda juga dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran secara seronok, anda boleh bawa mereka ke Tech Dome Penang. Anak-anak anda boleh menerokai dunia sains secara santai dan yang paling penting menyeronokkan.
Di Tech Dome Penang ini terdapat sebanyak 150 pameran di tujuh galeri yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Memang sesuai sangat untuk anak-anak yang sukakan pelajaran sains sekaligus boleh menarik perhatian mereka yang tidak begitu gemar sains. Jangan juga lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan robot. Ana-anak anda pasti teruja!
Tiket masuk adalah serendah RM16 untuk pelajar, manakala dewasa pula adalah RM 28 dan kanak-kanak (5-12 tahun) adalah RM 22. Anda boleh beli tiket tersebut di Traveloka.
Waktu operasi: Setiap hari | 10.00 pagi – 7.00 petang
Alamat: Geodesic Dome, KOMTAR, Jln Penang, George Town, Pulau Pinang.
Hah, cuba teka ini muzium apa? TeddyVille Museum adalah merupakan muzium anak patung beruang adalah pertama dan terbesar di Malaysia.
Anda berpeluang untuk mempelajari sejarah pembuatan anak patung yang mencecah ribuan ringgit serta anak patung berusia lebih 100 tahun. Di muzium ini terdapat banyak jenis anak patung dengan saiz yang berbeza, dari yang kecil sehinggalah melebihi saiz manusia!
Waktu operasi: Setiap hari | 9.00 pagi-6.00 petang
Alamat: Jalan Low Yat, Puncak Ria, Batu Ferringhi, Penang
Penang Hill terkenal dengan pemandangan indah dari puncaknya dan juga tempat tinjauan yang membolehkan anda melihat sekitar bandar Penang. Anda boleh ke Penang Hill dengan menaiki kereta kabel. Untuk kanak-kanak pula, anda boleh bawa mereka menaiki kereta kuda untuk mengelilingi kawasan tersebut. Memang menarik!
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan jangan lupa bawa topi serta kacamata untuk melindungi diri daripada cahaya matahari.
Waktu operasi: Setiap hari | 6.15 pagi-8.00 petang
Alamat: Air Itam, George Town, Penang
Di Habitat Penang Hill, pengunjung dapat menikmati alam semula jadi dengan melawat taman semula jadi, pameran dan trek alam semula jadi. Ia terletak lebih kurang 10 km dari Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
Kanak-kanak dapat mempelajari kepelbagaian flora dan fauna yang dapat ditemui di sepanjang laluan hutan hujan ini. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan dari sekitarnya apabila sampai puncak yang dikenali sebagai Curtis Crest Tree Top Walk yang berketinggian 13 meter.
Waktu operasi: Setiap hari | 6.15 pagi-8.00 petang
Alamat: Air Itam, George Town, Penang
Source: Facebook - Wonderfood Museum
Baca juga: Wonderfood Museum Tickets
Muzium Wonderfood Penang adalah muzium yang memaparkan replikasi makanan nasional dalam bentuk yang melazatkan. Sekilas pandang sebijik macam makanan sebenar!
Di muzium ini, kanak-kanak dan juga individu dewasa dapat mempelajari mengenai budaya makanan Malaysia yang unik dan pelbagai. Selain itu, di muzium ini terdapat peta dan juga cadangan tempat terbaik untuk menikmati hidangan lokal yang popular di Malaysia.
Tiket masuk ke Muzium Wonderfood Penang ini hanya RM16 untuk dewasa dan RM10 sahaja untuk kanak-kanak. Tempahan tiket boleh dibuat melalui laman web Traveloka.
Waktu operasi: Setiap hari | 9 pagi - 5 petang
Alamat: Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Baca juga: Penang 3D Trick Art Museum Tickets
Jika anak-anak anda sukakan seni, Penang 3D Trick Art Museum adalah pilihan tempat yang terbaik. Muzium ini menawarkan seni jalanan yang realistik dan interaktif untuk kanak-kanak. Selain itu, di sini anda bersama anak-anak boleh mengambil gambar sebanyaknya di depan mana-mana karya seni yang dipamerkan.
Menariknya, pameran karya seni yang adalah dalam bentuk 3D membuatkan pengunjung kelihatan seperti masuk ke dalam lukisan itu sendiri. Anda boleh dapatkan tiket masuk melalui Traveloka dengan harga hanya RM16 untuk dewasa dan RM10 sahaja untuk kanak-kanak.
Waktu operasi: Setiap hari | 9 pagi - 4 petang
Alamat: 595 Mukim 2, Jln Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia
Seperti namanya, Tropical Spice Garden adalah merupakan taman yang mempunyai pelbagai koleksi tumbuhan herba dan juga tumbuhan eksotik dari seluruh dunia. Di taman ini, kanak-kanak akan dapat belajar tentang tumbuhan dan jenis rempah. Untuk melawat keseluruhan taman ini, ia akan mengambil masa kira-kira sejam lebih sahaja.
Waktu operasi: (masih dalam proses pembaikan)
Alamat: Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
Penang Avatar Secret Garden adalah merupakan taman yang berinspirasikan cerita filem Avatar. Ia adalah taman yang indah dengan cahaya lampu neon yang memukau terutamanya pada malam hari. Biasanya, lampu di taman ini akan dibuka bermula pukul 7.30 malam. Ia menjadi spot terbaik untuk bergambar daripada pelbagai sisi.
Waktu operasi: Sabtu & Ahad | 8 pagi - 6 petang
Alamat: Air Hitam, George Town, Pulau Pinang
Kek Lok Si Temple adalah merupakan kuil Buddha terbesar di Malaysia. Ia merupakan pusat ziarah penting bagi penganut Buddha sama ada dari dalam mahupun luar negara. Di kuil ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman menaiki furnikular ke atas dan menikmati pemandangan indah dari tempat tinggi.
Anda boleh ke kuil ini dengan menaiki trem dari Penang Hill yang mengambil masa 36 minit sahaja.
Waktu operasi: 24 jam
Alamat: Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Pantai Batu Ferringhi merupakan salah satu pantai yang cukup terkenal di Penang. Di pantai ini, anak-anak anda boleh bermain pasir, merasai air laut yang jernih serta melakukan aktiviti bersama keluarga. Masuk pun percuma sahaja.
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam
Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang, Malaysia
Straits Quay Marina Mall adalah merupakan pusat beli-belah yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kedai dan restoran. Selain itu, ia juga menawarkan pemandangan yang indah di pelabuhan marina.
Anda boleh membawa anak-anak anda untuk menikmati suasana santai di sekitar pusat beli-belah ini sambil menikmati makanan tempatan yang sedap di samping membeli-belah.
Bukan sahaja Artikel tentang Cuti Sekolah 2023 Traveloka menyediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:
Rancang cuti sekolah 2023 anak anda sebaiknya sekiranya anda bercadang untuk membawa mereka bercuti di mana-mana destinasi menarik dan sesuai. Jangan lupa tempah tiket masuk seawal mungkin melalui laman web Traveloka untuk dapat potongan harga yang terbaik. Selamat bercuti!