Petaling Jaya adalah merupakan salah satu bandar yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak hanya lebih kurang setengah jam daripada pusat ibu negara Malaysia. Ini menjadikannya sebagai bandar yang turut pesat membangun dan merupakan pusat komersial serta perindustrian utama.
Tidak dinafikan, Petaling Jaya juga merupakan destinasi pelancongan yang popular dengan pelbagai tarikan untuk ditawarkan kepada pengunjung termasuklah lokasi-lokasi menarik yang wajib dilawati. Anda boleh pilih destinasi mana yang ingin dilawati di bandar yang dinamik ini mengikut kesesuaian anda.
Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan membaca!
[Waktu buka: 10 pagi - 11 malam, setiap hari kecuali Selasa]
Apabila berkunjung ke Petaling Jaya, anda wajib masukkan Sunway Lagoon sebagai lokasi untuk diterokai lebih-lebih lagi apabila bercuti bersama keluarga. Ia merupakan salah satu taman tema yang paling popular dan terbesar di Malaysia tau!
Sunway Lagoon menawarkan lebih 90 jenis tarikan menarik yang sesuai untuk setiap peringkat umur. Anda boleh nikmati semuanya sehingga puas dengan tempahan tiket bermula serendah RM55 sahaja di Traveloka.
Secara umumnya, terdapat 6 bahagian tarikan utama di Sunway Lagoon iaitu; taman tema air (water park), taman hiburan (amusement park), taman hidupan liar (wildlife park), taman ekstrem (extreme park) dan taman menjerit (scream park), Sunway Lost Lagoon.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh terokai pelbagai pilihan tempat makan yang terdapat di taman tema ini. Jika anda memerlukan tempat untuk menginap, anda boleh tempah Sunway Resort Hotel & Spa yang terletak benar-benar bersebelahan dengan taman tema ini.
[Waktu buka: 10 pagi hingga 10 malam, Sabtu & Ahad]
Secret Garden adalah merupakan sebuah taman botani yang mempunyai lebih 3,000 jenis tumbuhan. Taman Botani ini berkeluasan lebih kurang 30,000 sq ft dan pernah memenangi anugerah daripada Tourism Malaysia.
Uniknya, taman botani ini terletak di dalam pusat beli-belah One Utama yang cukup terkenal di Petaling jaya. Anda boleh singgah ke taman ini setelah puas membeli-belah atau berjalan-jalan di dalam One Utama untuk menghirup udara segar dan melihat keindahan pelbagai tumbuhan terutamanya pokok bunga seperti kaktus, bunga teratai, hydrangea, dan macam-macam lagi.
Untuk ke sini, anda hanya perlu mengambil lif atau menaiki tangga untuk ke bahagian atas sekali (rooftop) pusat beli-belah One Utama. Sebelum masuk, anda dikehendaki untuk menulis nama dan paling seronok, tiada bayaran dikenakan. Nak ambil gambar pun banyak-banyak pun boleh.
[Waktu buka: 10 pagi - 10 malam, setiap hari]
Pusat beli belah Sunway Pyramid in terletak sangat berdekatan dengan Sunway Lagoon. Anda boleh terokai lebih dari 1000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan juga tempat makan di pusat beli-belah yang popular di Petaling Jaya ini.
Ia juga merupakan tempat yang ideal untuk anda luangkan masa beraktiviti bersama keluarga selain menghabiskan masa untuk membeli belah. Hal ini kerana, terdapat pelbagai tarikan aktiviti mesra keluarga yang anda boleh lakukan di sini, antaranya ialah meluncur ais (ice skating), memanah atau menonton wayang. Terdapat juga beberapa tarikan permainan dalaman (indoor) di pusat beli-belah ini yang tidak kurang menariknya.
Anda juga boleh jadikan Sunway Pyramid sebagai pelan sandaran sekiranya perancangan anda ke taman tema Sunway Lagoon terbatas disebabkan faktor tertentu seperti cuaca tidak mengizinkan.
[Waktu buka: Bergantung pada waktu acara bermula]
Galeri Seni Halus Shalini Ganendra atau juga dikenali sebagai Galeri Shalini Ganendra Fine Art adalah destinasi yang tepat untuk individu yang meminati seni halus dan kreativiti. Ia terletak di sebuah rumah banglo lama yang telah diubahsuai di Seksyen 16, Petaling Jaya.
Selain menjadi tempat pameran seni halus, ia juga sering menjadi tempat berkumpul para seniman, tokoh-tokoh korporat dan individu-individu penggemar seni halus.
Di galeri ini juga terdapat unit konsultasi mereka tersendiri yang memberi nasihat dan berkongsi kepakaran dalam menjayakan sebuah projek seni tidak kira di dalam cabang seni apa sekalipun.
Galeri yang sangat eksklusif ini dibuka pada umum sekiranya terdapat acara yang diadakan. Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai acara-acara yang bakal berlangsung melalui media sosial mereka.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk melawat ke galeri ini sekiranya berpeluang semasa anda berada di Petaling Jaya!
[Waktu buka: 6 pagi hingga 7 petang, setiap hari]
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menawarkan peluang unik untuk anda ‘melarikan diri’ dari suasana bandar dan merasai keindahan hutan hujan di Malaysia. Ia adalah merupakan rizab hutan hujan yang mempunyai luas lebih 400 hektar!
Di sini anda boleh dapatkan gambaran tentang penyelidikan dan pengurusan salah satu ekosistem yang paling penting di dunia. Ini menjadikannya destinasi ideal untuk pencinta alam semula jadi, percutian bersama keluarga, dan sesiapa sahaja yang berminat dalam kelestarian alam.
Anda boleh melihat pameran, taman botani, pelbagai flora dan fauna serta melawat ke kawasan hutan untuk menerokai keindahannya apabila berkunjung ke sini. Anda boleh mula menerokai dengan berjalan di atas jalan tar di untuk membiasakan diri dengan persekitaran sebelum menerokai denai alam semula jadinya.
Tambahan pula, terdapat banyak sudut yang sesuai untuk dijadikan latar belakang bagi sesiapa yang minat mengambil gambar kehijauan alam. Bak kata generasi sekarang, “instagenic spot”. Memang tidak hairanlah ia menjadi salah satu tempat kunjungan terbaik yang ada di Petaling Jaya.
[Waktu buka: 11 pagi - 10 malam, setiap hari]
Jika anda tercari-cari destinasi menarik mana lagi yang ingin dikunjungi di sekitar Petaling Jaya, apa kata anda berkunjung ke spa pula. Salah satu spa yang cukup terkenal di Petaling Jaya tidak lain tidak bukan ialah Urban Retreat Spa Curve.
Urban Retreat Spa menawarkan pelbagai jenis rawatan yang menarik daripada urutan seluruh badan hingga urutan yang ringkas. Setelah penat beraktiviti dan berjalan-jalan di sekitar Petaling Jaya, anda bolehlah singgah ke sini untuk mencergaskan diri anda semula.
Untuk pengetahuan anda, spa ini juga menawarkan pakej khusus untuk ibu mengandung, pasangan serta pakej onsen. Terdapat juga pakej-pakej lain dengan harga tawaran yang memang berbaloi.
Apabila berada di Petaling Jaya, inilah masanya untuk anda merasai pengalaman di pusat rawatan diri atau spa yang telah memenangi pelbagai anugerah ini. Dijamin puas hati!
[Waktu buka: 10 pagi - 10 malam, setiap hari]
Paradigm Mall adalah satu lagi pusat beli-belah yang terdapat di Petaling Jaya yang tidak asing dalam kalangan pelancong serta penduduk tempatan.
Selain menempatkan lebih 800 kedai dan restoran, ia juga terkenal sebagai pusat beli-belah yang menawarkan aktiviti dalaman dan hiburan yang mesra keluarga seperti Kkids Playground, lorong boling, pawagam dan sebagainya.
Sekiranya anda meminati aktiviti lasak, anda boleh cuba Escape Challenge iaitu sebuah taman tema indoor yang sememangnya menjadi tarikan di Paradigm Mall ini. Lebih kurang macam taman tema di pusat beli-belah Berjaya Times Square, namun konsepnya berbeza sedikit. Ia lebih menjurus kepada aktiviti bersifat sedikit ekstrim yang bersesuaian dengan aktiviti fizikal.
Paradigm Mall ini memang sangat sesuai untuk dikunjungi bersama kawan-kawan ataupun ahli keluarga. Disyorkan seratus peratus!
[Waktu buka: 10 pagi - 10 malam setiap hari]
Untuk pengalaman membeli-belah yang santai, anda boleh pilih untuk berkunjung ke Atria Shopping Gallery. Ia merupakan sebuah pusat membeli-belah dengan keluasan sederhana yang menempatkan lebih kurang 180 lebih kedai sahaja termasuklah restoran.
Selain membeli-belah dan menjamu selera, Atria Shopping Gallery juga menawarkan pelbagai pilihan hiburan, termasuk pawagam, arked dan bilik karaoke. Pusat beli-belah ini juga sering menganjurkan pelbagai acara dan persembahan. Ini menjadikannya sebagai pusat beli-belah yang meriah dan dinamik untuk aktiviti sosial.
Apa yang menariknya lagi, pusat beli-belah ini juga mempunyai pusat jagaan kanak-kanak. Ibu bapa boleh pergi membeli-belah dan menjamu selera dengan santai sambil anak-anak bermain di pusat jagaan kanak-kanak tersebut. Jarang-jarang pusat beli-belah ada kemudahan ini kan?
Atria Shopping Gallery ini sememangnya destinasi membeli-belah dan hiburan yang mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang melawat Petaling Jaya.
[Waktu buka: 9 pagi - 5 petang, setiap hari]
Kuil Thai Chetawan atau nama glamornya Wat Chetawan adalah sebuah kuil Buddha Thai yang terletak di Petaling Jaya, Malaysia. Apa yang menjadi tarikan di kuil ini ialah, seni bina kuil yang cukup unik dan mempunyai perincian yang seperti kuil-kuil yang terdapat di Thailand.
Untuk pengetahuan anda, kuil ini masih aktif digunakan sebagai tempat ibadat sehingga kini. Namun begitu, pengunjung boleh melawati kuil ini untuk melihat keunikannya serta mempelajari mengenai sejarahnya.
Tambahan lagi, di sini anda boleh menikmati Thai Tea setelah penat bersiar-siar disekitarnya. Terdapat juga sebuah kafe kecil di kawasan kuil ini yang mempunyai aura suasana seperti berada di Thailand. Anda boleh mengisi perut di kafe ini sebelum melangkah balik sambil berehat sebentar.
Sekiranya anda ingin merasai percutian berteraskan budaya di Petaling Jaya, anda sangat disyorkan untuk berkunjung ke Wat Chetawan ini. Anda boleh menginap di hotel Hilton Petaling Jaya yang terletak hanya 5 minit daripada kuil ini untuk memudahkan pergerakan anda.
[Waktu buka: 10 pagi - 10 malam, setiap hari]
Pernah dengar pusat beli-belah seperti berada di dalam taman? Hah, inilah dia, pusat beli-belah The Starling. Pusat beli-belah ini terletak di Dataran Emas Petaling Jaya yang juga dikenali sebagai Damansara UPtown.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah ini, anda akan dihidangkan dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh alam semula jadi. Lokasi strategik pusat beli-belah ini menjadikannya sebagai destinasi membeli-belah yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pada waktu cuti.
Tambahan lagi, di sekitarnya terdapat beberapa tempat menarik lain yang menarik serta mesra bajet untuk dikunjungi seperti Taman KLCC, Taman Tasik Kelana Jaya serta beberapa pusat beli-belah lain.
Hotel yang berdekatan pun agak banyak juga, antara yang popular ialah One World Hotel, hotel mewah 5 bintang. Untuk hotel yang mesra poket pula, anda boleh tempah Lighthouse Hotel & Shortstay Uptown Damansara.
Terdapat banyak lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Petaling Jaya, Malaysia selain daripada senarai di atas.
Apapun, semoga senarai ini memberi manfaat untuk anda jadikan rujukan apabila anda mencari tempat menarik untuk dikunjungi di Petaling Jaya kelak. Dengan pilihan lokasi yang ada, bolehlah anda rancang perjalanan anda sebaik mungkin untuk merasai pengalaman yang tidak terlupakan.
Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi: