10 Aktiviti dan Tempat Menarik di Georgetown untuk Malam Hari

Nikmati Keindahan Georgetown di Malam Hari
Traveloka Accomodation
03 Jul 2023 - Bacaan 7 minit

Hotel di Georgetown Penang - Georgetown adalah merupakan ibu kota Pulau Pinang dan juga merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Terdapat pelbagai tarikan di bandar ini seperti rumah warisan dan seni jalanan, keindahan budaya, flora fauna, makanan tempatan, dan pelbagai lagi. Ia menawarkan macam-macam tempat menarik yang sudah pasti tidak akan menghampakan anda. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Jika anda belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Georgetown Pulau Pinang ini, berikut kami kongsikan beberapa tempat menarik, aktiviti yang boleh dilakukan pada malam hari serta hotel penginapan yang terbaik ada di sekitar bandaraya ini.

Tunggu apalagi, jom semak senarai di bawah!

6 Tempat Menarik di Georgetown untuk Malam Hari

1. Clan Jetties

Alamat: Pengkalan Weld, 10300 Georgetown, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Clan Jetties - Hotel di Georgetown Penang

Sekiranya anda berkunjung ke Georgetown, jangan lepaskan peluang untuk melawati Clan Piers atau Clan Jetties. Ia juga dikenali sebagai kampung terapung. Clan Jetties adalah merupakan sebuah perkampungan yang bertapak di atas air dan menjadi lokasi tempat tinggal kaum Cina.

2. Blue Mansion - Cheong Fatt Tze

Alamat: 14, Lebuh Leith, George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: 24 jam
Harga: RM20 untuk dewasa

Blue Mansion - Hotel di Georgetown Penang

Blue Mansion, Cheong Fatt Tze adalah merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco yang terkenal dengan seni bina yang menggabungkan gaya Eropah dan juga Cina. Bangunan yang tersergam indah ini pernah ditampilkan dalam sebuah filem yang berjaya memenangi anugerah Oscar.

Bangunan ini juga merupakan warisan penting di Georgetown yang kini dijadikan sebagai hotel dan sebahagian daripadanya muzium. Sekiranya anda berminat untuk menginap di sini, anda boleh buat tempahan melalui Traveloka.

3. Jalan Masjid Kapitan Keling

Alamat: Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Jalan Masjid Kapitan Keling - Hotel di Georgetown Penang

Jalan Masjid Kapitan Keling atau dikenali sebagai 'Jalan Harmoni' adalah merupakan salah satu lokasi masjid Arab-India pertama dibina di Malaysia dan kawasan itu juga menyerlahkan budaya silang agama yang berbeza dalam masyarakat tempatan dan penduduknya.

Terdapat beberapa tarikan lain di sekitar jalan ini selain masjid, antaranya ialah muzium Sun Yat Sen, restoran nasi kandar popular dan sebagainya.

4. Armenian Street

Alamat: Lebuh Armenian, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Armenian Street - Hotel di Georgetown Penang

Salah satu jalan yang paling menarik di Georgetown ialah Armenian Street. Di sekitar jalan ini terdapat tempat menarik seperti Muzium Peranakan, bekas Bangunan MPH, Pencawang, Bible House dan Perpustakaan Bersatu Cina.

Ia dikenali sebagai Armenian Street kerana kemasukan pedagang Armenia yang tinggal di sepanjang jalan ini pada suatu masa dahulu. Untuk pengetahuan anda, jalan ini juga termasuk dalam zon teras Tapak Warisan Dunia Unesco. Apabila ke sini, jangan lupa cuba makanan tempatan yang ada dijual di sepanjang jalan ini.

5. Hin Bus Depot

Alamat: 31A, Jalan Gurdwara, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam
Harga: Percuma

Hin Bus Depot- Hotel di Georgetown Penang

Hin Bus Depot adalah merupakan ruang seni komuniti yang menyokong dan memupuk artis baru muncul dengan menyediakan saluran untuk kreativiti mereka. Ia sebenarnya adalah merupakan bekas depot bas yang ditukar menjadi hab kreatif, penuh dengan galeri seni, kafe, bar dan studio artis.

Waktu terbaik untuk datang ke sini adalah pada hari Ahad kerana ia lebih meriah dengan pasar lambak, live music dan gerai makanan jalanan.

6. Penang City Hall & Town Hall

Alamat: Georgetown, 10200 George Town, Penang.
Waktu operasi: 11 pagi - 10 malam
Harga: Percuma

Penang City Hall- Hotel di Georgetown Penang

Bagi individu yang sukakan sejarah, ini adalah tempat yang ideal untuk anda lawati. Dengan rekaan bangunan ala-ala Victoria yang serba putih, bangunan ini kelihatan seolah-olah sebuah istana. Kalau nak ambil gambar di sini, memang spot yang baik.

Bangunan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, City Hall & Town Hall. Bangunan yang lebih kecil adalah Town Hall. Pada waktu malam, kedua-dua bangunan ini dihiasi lampu berwarna-warni.

4 Aktiviti di Malam Hari Di Georgetown

1. Nikmati Makanan Tempatan di Gurney Drive

Alamat: Persiaran Gurney, Georgetown, 10250 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Harga: Bermula dari RM5

Gurney Drive terkenal dengan makanan ‘street food’ yang dijual oleh rakyat tempatan. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan juga makanan Cina dengan harga yang sangat berpatutan. Pokoknya, jika anda lapar pada waktu malam, anda boleh pertimbangkan untuk datang ke sini.

Pengunjung boleh beli makanan dan bawa balik atau makan di meja yang disediakan secara ‘open air’. Antara makanan yang anda wajib cuba disini ialah Lok Lok, Pasembur, Laksa Penang, Char Kuey Teow dan sebagainya.

2. Street Art Georgetown

Alamat: Lebuh Armenian, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Georgetown terkenal sebagai salah satu ibu kota seni jalanan di dunia.Tidak lengkaplah percutian anda sekiranya tidak singgah ke Street Art Georgetown yang popular yang ada di sini. Salah satu karya yang terkenal disini adalah daripada artis Lithuania, Ernest Zacharevic.

Kebanyakkan karya yang ada disini adalah seperti lukisan 3D. Memang nampak macam situasi sebenar kalau ambil gambar dengan pose yang sesuai.

3. Pasar Malam Warisan - Lebuh Keng Kwee

Alamat: Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: Bermula 5 petang hingga tengah malam (Sabtu dan Ahad)
Harga: -

Lebuh Keng Kwee terkenal dengan cendol Teochew pada waktu siang tetapi agak lengang pada waktu malam. Walaubagaimanapun, jalan ini menjadi ‘hidup’ apabila Pasar Malam Warisan dibuka kepada orang ramai.

Selain menampilkan tema budaya yang berbeza setiap , di pasar malam ini juga terdapat banyak deretan kedai makan yang menjual pelbagai makanan dan minuman tempatan. Terdapat juga gerai yang menjual barang kemas perak, topi, kemeja-T, seluar pendek dan macam-macam lagi.

4. The Top Penang

Alamat: 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 11 am – 9 pm
Harga:

The Top Penang adalah merupakan salah satu tarikan terbaru yang ada di Georgetown, Pulau Pinang. Ia terletak di tingkat paling atas bangunan pusat membeli belah, KOMTAR. Apabila berkunjung ke sini, anda akan berpeluang untuk melihat pemandangan bandar Georgetown. Memang cantik sangat pemandangan pada waktu malam.

Selain itu, antara tarikan yang utama di sini ialah Rainbow Skywalk, iaitu laluan gantung berlantaikan kaca pada ketinggian 244.6 meter dari aras laut.

4 Hotel di Georgetown Penang

1. Seven Terraces

Alamat: 2, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Harga: Bermula dari RM500 semalam

Seven Terraces Hotel- Hotel di Georgetown Penang

Untuk tempat penginapan yang unik dan menarik, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di hotel Seven Terraces. Dengan konsep Cina Peranakan, hotel ini mempunyai reka bentuk yang unik, kaya dengan budaya dan sejarah.

Hotel ini bukan sahaja menawarkan kemudahan penginapan yang mewah tetapi menempatkan salah satu restoran gabungan Peranakan terbaik di Pulau Pinang. Memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan apabila berpeluang menginap di sini.

2. Eastern & Oriental Hotel

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Harga: Bermula dari RM800 semalam

Eastern & Oriental Hotel- Hotel di Georgetown Penang

Eastern & Oriental Hotel juga dikenali sebagai ‘E&O’ hotel. Dengan reka bentuk bangunannya yang masih bercirikan kolonial serta sejarah disebaliknya, hotel ini juga secara tidak langsung menjadi salah satu tarikan di Georgetown.

Dari segi kemudahan dan perkhidmatan, hotel ini sememangnya memberikan yang terbaik. Terdapat banyak review baik ditinggalkan oleh pengunjung yang pernah menginap di sini. Untuk membuat tempahan dengan harga yang menarik, anda boleh tempah di Traveloka.

3. Muntri Grove Hotel

Alamat: 127, Jalan Muntri, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Harga: Bermula dari RM300 semalam

Muntri Grove- Hotel di Georgetown Penang

Baca juga: Muntri Grove

Terletak di sudut Jalan Muntri, Muntri Grove Hotel merupakan tempat penginapan yang ideal untuk percutian santai, tenang dan romantis. Bangunannya dibina dengan 10 ruang tamu yang telah diubah suai menjadi bilik-bilik.

Terdapat hanya satu jenis bilik di Muntri Grove, iaitu Bilik Deluxe King. Bilik-bilik di hotel ini berinspirasikan Bali, dengan motif kayu dan jati di seluruh bilik. Salah satu tarikan terbaik hotel ini ialah kolam renang peribadi di tingkat dua.

4. The Edison George Town

Alamat: 15, Lebuh Leith, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Harga: Bermula dari RM400 semalam

The Edison George Town, Penang - Hotel di Georgetown Penang

Reka bentuk hotel The Edison George Town ini sudah cukup buat anda tertawan. Ditambah lagi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan, ia cukup memberikan anda kepuasan yang tidak terhingga sepanjang menginap di sini.

Bukan sahaja Artikel tentang Hotel di Georgetown Penang Traveloka menyediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:

Sesungguhnya, percutian anda tidak akan sia-sia sepanjang anda berada di Georgetown, Pulau Pinang. Terdapat begitu banyak tempat menarik dan juga aktiviti malam di Georgetown yang anda boleh lakukan. Tidak kurang juga, kemudahan tempat penginapan yang terbaik yang ada di sekitarnya.

Dalam Artikel Ini

• 6 Tempat Menarik di Georgetown untuk Malam Hari
• 1. Clan Jetties
• 2. Blue Mansion - Cheong Fatt Tze
• 3. Jalan Masjid Kapitan Keling
• 4. Armenian Street
• 5. Hin Bus Depot
• 6. Penang City Hall & Town Hall
• 4 Aktiviti di Malam Hari Di Georgetown
• 1. Nikmati Makanan Tempatan di Gurney Drive
• 2. Street Art Georgetown
• 3. Pasar Malam Warisan - Lebuh Keng Kwee
• 4. The Top Penang
• 4 Hotel di Georgetown Penang
• 1. Seven Terraces
• 2. Eastern & Oriental Hotel
• 3. Muntri Grove Hotel
• 4. The Edison George Town
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved