10 Hotel Menarik di Kuala Lumpur! Mesra Dompet dan Mesra Keluarga

Traveloka Accomodation
31 Dec 2022 - Bacaan 10 minit

Hotel Menarik di Kuala Lumpur - Pejam celik, pejam celik. Untuk itu, kita perlu tutup tirai tahun ini dengan megah! Bak kata orang putih, “End it with a bang!”.

Artikel kali ini, kami akan ceritakan tentang hotel-hotel menarik yang ada di Kuala Lumpur. Mana tahu tiba-tiba anda nak bawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur, tengok lampu dan membeli-belah, tak ada tempat lain yang lebih sesuai berbanding di Kuala Lumpur.

Okay, mungkin ada tapi KL pun ada dalam senarai itu sekali. Jom kita baca tentang 10 hotel menarik di Kuala Lumpur!

Hotel Menarik Di Kuala Lumpur

1. Banyan Tree Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)

Banyan Tree Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Banyan Tree Kuala Lumpur

9.1/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 1,517

RM 1,433

Banyan Tree antara hotel yang terkenal di Kuala Lumpur kerana pemandangannya yang bertahap lima bintang. Ia sebuah hotel yang mewah tapi pemandangannya lagi mewah. Anda boleh menikmati persekitaran Kuala Lumpur di atap Banyan Tree sambil menikmati minuman ringan bersama rakan-rakan atau peneman anda.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 02, Jalan Conlay, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Jenis bilik:Bilik King Banyan RetreatBilik Twin Signature Banyan RetreatBilik King Signature Banyan RetreatBilik Twin Signature Sky RetreatBilik Kind Signature Sky RetreatSuite Sky
Kemudahan yang tersedia:Minuman selamat datangSalun rambutDobiKedai serbanekaRestoranKemudahan akses kerusi rodaPusat kesihatanKolam renangSaunaSpaKelab kesihatan
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 1,100 hingga RM 2,000 semalam

2. Dorsett Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)

Dorsett Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Dorsett Kuala Lumpur

8.6/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 354

RM 346

Sebuah lagi hotel yang memberikan anda pemandangan suasana Kuala Lumpur yang menarik. Dorsett sudah lama beroperasi di Kuala Lumpur dan walaupun ia antara hotel-hotel awal di sini, ia masih mempunyai kemudahan bertaraf tinggi. Tarikan utama yang anda patut alami adalah kolam renang di atas atapnya. Ia sebuah memori yang tak dapat dilupakan.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 172 Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
Jenis bilik:Bilik DorsettBilik Dorsett StaycationBilik Premier DeluxeBilik Premier Deluxe StaycationBilik KeluargaBilik Keluarga StaycationBilik Suite DorsettBilik Suite Dorsett StaycationBilik Twin Suite QueenBilik Suite EksekutifBilik Suite Eksekutif Staycation
Kemudahan yang tersedia:LawatanRuang letak kenderaanPusat kesihatanKemudahan aktiviti luarPerkhidmatan dobiKolam renang kanak-kanakPerkhidmatan kereta bandar atau limusinPerkhidmatan kereta sewa
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 290 hingga RM 1,100 semalam

3. Grand Millennium Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)

Grand Millennium Kuala Lumpur  - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Grand Millennium Kuala Lumpur

8.7/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 897

RM 673

Grand Millenium, seperti namanya, memberi pengalaman yang grand untuk anda. Strukturnya yang bersifat unik di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur memberi anda dua kedudukan menarik untuk mengamati suasana di sana. Jika anda sukakan pengalaman menginap di hotel mewah berserta suasana bandar yang hidup di waktu malam, inilah tempat anda.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
Jenis bilik:Bilik SuperiorBilik DeluxeBilik Club
Kemudahan yang tersedia:BarLawatanPerkhidmatan majlis perkahwinanSpaKolam renangSaunaKemudahan barbekuPerkhidmatan kereta sewaPusat kesihatanKedai serbanekaPerkhidmatan penjagaan kanak-kanak
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 400 hingga RM 1,400 semalam

4. De King Boutique Hotel KLCC / Le Apple Boutique Hotel KLCC (⭐⭐⭐)

de King Boutique Hotel KLCC - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

de King Boutique Hotel KLCC

8.6/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 160

RM 153

Inginkan sesuatu yang lebih simple tapi masih dapat merasai suasana Kuala Lumpur yang asli, anda boleh menginap di De King. Ia sebuah hotel butik yang terletak berhampiran KLCC. Apa yang menarik tentang hotel ini, anda tak perlu menaiki kereta untuk ke KLCC, anda boleh berjalan sahaja kerana ia sangat hampir! Anda boleh amati pemandangan KLCC dari dalam bilik anda juga.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: No. 160, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Jenis bilik:Bilik Twin SuperiorBilik Queen SuperiorBilik King Deluxe
Kemudahan yang tersedia:Penyambut tetamu 24 jamBilik bersambungSalun rambutBar miniSalun kecantikan
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 290 hingga RM 330 semalam

5. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence (⭐⭐⭐⭐⭐)

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences

8.7/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 552

RM 414

Pullman Kuala Lumpur merupakan hotel bertaraf lima bintang yang mempunyai keunikannya tersendiri. Dari luar, ia nampak seperti hotel mewah yang lain dengan ketinggiannya dan seni bina yang direka untuk menampak lebih elegan, namun, ia sering menjadi tempat penginapan penjelajah atas urusan kerja. Kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka yang datang bercuti dan bekerja sangat mengagumkan.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: No. 4 Jalan Conlay, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Jenis bilik:Bilik Twin DeluxeBilik King DeluxeBilik ApartmentBilik EksekutifBilik King EksekutifBilik Suite EksekutifBilik Penthouse Club
Kemudahan yang tersedia:TamanSaunaPerkhidmatan penyimpanan bagasiPusat perniagaanBar di tepi kolam renangRuang letak kenderaanLawatanPerkhidmatan dobi
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 433 hingga RM 1,800 semalam

6. Mandarin Oriental Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)

Mandarin Oriental Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Mandarin Oriental Kuala Lumpur

9.0/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 1,326

RM 1,280

Mandarin Oriental Kuala Lumpur mempunyai antara struktur kolam renang yang menarik untuk dilihat. Ia dibentuk umpama anda berada di pantai, walhal anda berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Jika anda pilih untuk menginap di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, anda takkan rugi bila bercakap mengenai pemandangan suasana Kuala Lumpur yang asli.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50088
Jenis bilik:Bilik King Deluxe Park ViewBilik Twin Park ViewBilik Twin Twin Towers View
Kemudahan yang tersedia:Ruang letak kenderaanBar snekGelanggang tenisPusat kesihatanPusat perniagaanKolam renang kanak-kanakPerkhidmatan penjagaan kanak-kanakBankuetSaunaSpaTaman
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 600 hingga RM 4,700 semalam

7. Novotel Kuala Lumpur City Centre (⭐⭐⭐⭐)

Novotel Kuala Lumpur City Centre - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Novotel Kuala Lumpur City Centre

8.3/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 617

RM 463

Novotel Kuala Lumpur menampilkan seni bina hotel yang minimalis dengan tarikan yang tersendiri. Ia sesuai untuk mereka yang datang bercuti hanya untuk beberapa hari atau mereka yang ingin bercuti dalam tempoh yang lama.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Novotel Kuala Lumpur City Centre
Jenis bilik:Bilik DeluxeBilik EksekutifBilik Suite Junior
Kemudahan yang tersedia:Kolam renangTempat letak kenderaan dengan caj tambahanPenyambut tetamu 24 jamTelevisyenAkses Wi-Fi di kawasan awam
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 324 hingga RM 911 semalam

8. Concorde Hotel Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐)

Concorde Hotel Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Concorde Hotel Kuala Lumpur

8.8/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 345

RM 321

Siapa tak kenal Hotel Concorde di Kuala Lumpur? Ia antara hotel lama di Kuala Lumpur dan ini bukan bermakna ia segan hidup mati tak mahu ya. Ia memberikan nilai estetika kepada mereka yang menginap di sini. Walaupun ia sudah lama beroperasi, ia masih memberikan kemudahan yang optimum seperti hotel-hotel baru.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 2 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50250
Jenis bilik:Bilik SuperiorBilik DeluxeBilik PremierBilik Eksekutif PremierSuite Classic
Kemudahan yang tersedia:Pusat perniagaanATMSalun kecantikanPerkhidmatan pengangkutan lapangan terbangKolam renangPusat kesihatanPerkhidmatan penjagaan kanak-kanakPenggunaan Wi-Fi percuma
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 290 hingga RM 900 semalam

9. Oasia Suites Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐)

Oasia Suites Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Oasia Suites Kuala Lumpur

8.3/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 262

RM 246

Jika anda inginkan penginapan yang tenang dan elegan, inilah tempat anda. Oasia Suites Kuala Lumpur terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur dan mempunyai landskap yang sangat indah di sekeliling kolam renangnya. Ini membuatkan suasana di kolam renang sangat tenang sambil ditemani Menara Kuala Lumpur.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: No 10, Lorong P Ramlee, KLCC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50250
Jenis bilik:Bilik DeluxeBilik PremierSuite PremierBilik SuperiorSuite Junior
Kemudahan yang tersedia:Perkhidmatan penyimpanan bagasiKawasan bebas rokokKolam renangPusat kesihatanMesra pengguna kelainan upayaPerkhidmatan pengangkutan lapangan terbangPeti simpanan deposit
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 210 hingga RM 680 semalam

10. TRILLION SUITES by SLG (⭐⭐⭐⭐)

TRILLION SUITES by SLG - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

TRILLION SUITES by SLG

8.7/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 592

RM 444

Jika anda menjelajah bersama keluarga atau rakan-rakan, anda pasti akan rasa lebih selesa di TRILLION SUITES by SLG. Di sini, anda akan mempunyai ruangan bilik yang luas dan setiap kelengkapan untuk tetamu yang ramai akan disediakan oleh pihak penginapan. Ia sememangnya tempat yang terbaik untuk menginap secara beramai-ramai.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Block A, 338 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50400
Jenis bilik:Bilik Apartment DeluxeBilik Apartment PremierBilik Apartment Eksekutif
Kemudahan yang tersedia:SkuasyRuang letak kenderaanKedai serbanekaPerkhidmatan penyimpanan bagasiBilik keluargaPenggunaan Wi-Fi percumaSalun rambut
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 315 hingga RM 1,500 semalam

11. Hotel Maya Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)

Hotel Maya Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Hotel Maya Kuala Lumpur

8.4/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 286

RM 268

Inginkan pengalaman hotel yang selesa, murah dan bersifat minimalis pada masa yang sama? Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan semua aspek itu dan lebih lagi. Ia terletak di Jalan Ampang yang juga merupakan kawasan tarikan untuk warga tempatan pergi membeli-belah dan meneroka Kuala Lumpur pada waktu malam. Ia semestinya kawasan yang hidup dan anda pasti akan menikmatinya.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 138 Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Jenis bilik:StudioStudio HeritageSuite JuniorSuite Deluxe
Kemudahan yang tersedia:BankuetKolam renangKemudahan akses kerusi rodaRuang letak kenderaanMenu vegetarianKafePerkhidmatan dobiPerkhidmatan penyimpanan bagasiRestoran untuk sarapan, makanan tengah hari dan makan malam
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 300 hingga RM 400

12. Traders Hotel Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)

Traders Hotel Kuala Lumpur - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Traders Hotel Kuala Lumpur

8.8/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 979

RM 734

Terletak hanya 12 minit dari Fahrenheit 88, iaitu sebuah pusat beli-belah yang sangat popular di Kuala Lumpur, Traders Hotel menawarkan banyak kemudahan untuk anda. Ia mempunyai lebih 500 bilik dengan tingkap kalis bunyi yang membolehkan anda menikmati suasana bandar tanpa terganggu dengan bunyi-bunyi kenderaan dari luar.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50088
Jenis bilik:Bilik DeluxeBilik Twin EksekutifBilik Club TradersBilik Club TwinSuiteSuite Twin
Kemudahan yang tersedia:Kolam renangKedai serbanekaBar miniPerkhidmatan penyimpanan bagasiKawalan keselamatan 24 jamPeti simpanan depositSalun rambutPusat kesihatanPerkhidmatan penjagaan kanak-kanak
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 383 hingga RM 1,129 semalam

13. Impiana KLCC Hotel (⭐⭐⭐⭐)

Impiana KLCC Hotel - Hotel Menarik di Kuala Lumpur

Impiana KLCC Hotel

8.7/10

Kuala Lumpur, Malaysia

RM 490

RM 478

Jika anda seorang yang suka membeli-belah, anda patut menginap di Impiana KLCC Hotel kerana hotel ini mempunyai akses yang boleh membawa anda terus ke Pavilion dan KLCC. Pavilion dan KLCC merupakan pusat membeli-belah yang paling popular di Kuala Lumpur. Oleh itu, menginap di sini boleh memberikan kemudahan itu kepada anda. Tarikan hotel ini bukan setakat di situ saja, ia mempunyai pelbagai kemudahan lain dan pemandangan yang ditawarkan daripada setiap bilik mereka sangat memuaskan.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 13 Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Jenis bilik:Bilik SuperiorBilik DeluxeBilik Twin SuperiorBilik King DeluxeBilik Twin DeluxeBilik Club DeluxeBilik Club TwinBilik Club PremierSuite Eksekutif
Kemudahan yang tersedia:Bar miniKolam renangKafeSalun rambutSalun kecantikanATMPerkhidmatan pengangkutan lapangan terbangPusat perniagaanKemudahan akses kerusi rodaPerkhidmatan kereta sewa
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 230 hingga RM 630 semalam

Makin cerita tentang hotel menarik di Kuala Lumpur, jadi tertarik pula nak pergi staycation di Kuala Lumpur hari ini juga. Jangan lupa sebarkan artikel ini dekat kenalan korang supaya senang mereka nak pilih hotel yang terbaik untuk percutian mereka.

Nak lebih senang, boleh tempah terus di aplikasi Traveloka sebab kami pun sedang merancang tawaran-tawaran best untuk pengguna kami sempena musim cuti panjang ini. Tunggu apa lagi, jom pergi KL, kami gerak lu!

Dalam Artikel Ini

• Hotel Menarik Di Kuala Lumpur
• 1. Banyan Tree Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 2. Dorsett Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 3. Grand Millennium Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 4. De King Boutique Hotel KLCC / Le Apple Boutique Hotel KLCC (⭐⭐⭐)
• 5. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 6. Mandarin Oriental Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 7. Novotel Kuala Lumpur City Centre (⭐⭐⭐⭐)
• 8. Concorde Hotel Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐)
• 9. Oasia Suites Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐)
• 10. TRILLION SUITES by SLG (⭐⭐⭐⭐)
• 11. Hotel Maya Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 12. Traders Hotel Kuala Lumpur (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 13. Impiana KLCC Hotel (⭐⭐⭐⭐)
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved