11 Hotel Menarik Di Melaka Mempesona nan Cantik!

Traveloka Accomodation
18 Dec 2022 - Bacaan 8 minit

Hotel Menarik di Melaka - Setiap kali bila sebut tentang Melaka, mesti kita teringat kembali subjek Sejarah ketika zaman persekolahan tentang Parameswara, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang (eh, tu negeri Melaka ke?) dan banyak lagi.

Melaka sudah menjadi lokasi tumpuan pelancong sejak berdekad-dekad lagi dan ia masih kekal sebagai destinasi pelancongan untuk warga Malaysia. Sebab itulah, kita akan lihat apa hotel-hotel menarik yang ada dekat Melaka ni.

Takkan kita nak pergi berkhemah pula bila di sana, bukan? Berkhemah pun seronok juga, tapi untuk kali ini, kita beri senarai hotel-hotel menarik di Melaka.

Hotel Menarik Di Melaka

1. Swiss Garden Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐⭐)

Swiss Garden Hotel Melaka - Hotel Menarik di Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

8.5/10

Melaka, Malaysia

RM 298

RM 268

Swiss Garden Hotel di Melaka memang sesuai untuk mereka yang inginkan rasa kemewahan atau fancy-fancy bila pergi bercuti. Ini bukan saja mewah dari imejnya, tapi kemudahan yang disediakan memang tip-top.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca
Jenis bilik:Bilik DeluxeSuite EksekutifBilik Keluarga
Kemudahan yang tersedia:Sekuriti 24 jam1,200 ruang letak kenderaan yang berbumbungTaman permainan kanak-kanakGelanggang bola keranjangPerkhidmatan kereta limusinGelanggang tenisKolam renangSauna
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 600 semalam

2. Bayou Lagoon Park Resort (⭐⭐⭐⭐)

Bayou Lagoon Park Resort - Hotel Menarik di Melaka

Bayou Lagoon Park Resort

7.9/10

Melaka, Malaysia

RM 131

RM 98

Bayou Lagoon Park adalah sebuah resort yang akan menjadi kegilaan mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Ini sememangnya menjadi taman tema air untuk mereka. Resort ini bukan saja mempunyai struktur yang mesra keluarga, tapi kawasan tema airnya sangat meriah. Ia pasti membuat keluarga anda terhibur.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75450
Jenis bilik:StudioApartment StudioApartment 2 BilikApartment 3 Bilik
Kemudahan yang tersedia:Ruang letak kenderaanBankuetKolam renangRuang merokokTaman tema airGelongsor airKafePusat memanahPerkhidmatan kereta bandar atau limusinMesra pengguna kelainan upaya
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 100 hingga RM 200 semalam

3. Masbro Village

Masbro Village

6.8/10

Melaka, Malaysia

Lihat harga

Jika anda inginkan keunikan bila datang bercuti ke Melaka. Kampung Masbro lokasi penginapan anda. Jika dilihat dari jauh, ia umpama perumahan yang dari dunia kartun kerana semuanya berbentuk segi tiga tepat. Ia sangat unik dan menjadi pengalaman bermakna untuk dilalui.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Lot 291, Jalan batu 7 1/2 Paya Rumput, Melaka City, Melaka, Malaysia, 76450
Kemudahan yang tersedia:Kolam renangPerkhidmatan kereta sewaPerkhidmatan bot sewaKafePerkhidmatan lawatan peribadiLawatan ke pulau-pulau berdekatan
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 280 semalam

4. The Pines Melaka (⭐⭐⭐⭐)

The Pines Melaka - Hotel Menarik di Melaka

The Pines Melaka

8.8/10

Melaka, Malaysia

RM 358

RM 313

The Pines Melaka antara hotel mewah yang sudah lama beroperasi. Ia mempunyai aura seperti Hotel Swiss Garden dan Hotel Equatorial Melaka. Jika anda inginkan penginapan yang memberikan keselesaan dan kemudahan hotel yang terbaik, anda harus tempah bilik di The Pines.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 33, Jalan Tun Sri Lanang, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75100
Jenis bilik:Bilik PremierBilik Twin PremierBilik King PremierBilik TwinSuite Junior KingSuite Junior TwinBilik King EksekutifBilik Twin Eksekutif
Kemudahan yang tersedia:Kawalan keselamatan 24 jamPusat penyimpanan bagasiPerkhidmatan dobiRuang letak kenderaanKemudahan aktiviti luarKolam renangKolam renang air tawarMakanan vegetarianMesra pengguna kelainan upaya
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 340 hingga RM 1,000 semalam

5. Hatten Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐⭐)

Hatten Hotel Melaka - Hotel Menarik di Melaka

Hatten Hotel Melaka

8.7/10

Melaka, Malaysia

RM 347

RM 338

Apa yang menarik tentang Hotel Hatten ini adalah lokasinya sangat strategik untuk mereka yang datang ke Melaka untuk bercuti, bekerja atau kedua-duanya sekali. Work from hotel katakan. Hotel ini mempunyai struktur yang moden dan ia turut dapat dirasai apabila menggunakan kemudahan yang mereka sediakan. Bukan itu sahaja, kalau anda lihat kolam renangnya, ia pasti buat anda terpaut.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75000
Jenis bilik:Suite StudioSuite City StudioSuite JuniorSuite Deluxe
Kemudahan yang tersedia:Perkhidmatan dobiPerkhidmatan kesihatanBankuetKedai serbanekaPeti simpanan di dalam bilikMesra pengguna kelainan upayaATMBarPerkhidmatan penyimpanan bagasi
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 240 hingga RM 350 semalam

6. The Nines Hotel Melaka (⭐)

The Nines Hotel Melaka - Hotel Menarik di Melaka

The Nines Hotel Melaka

7.7/10

Melaka, Malaysia

RM 184

RM 175

Kalau anda rasa Kampung Masbro sahaja tempat penginapan unik yang ada di Melaka, anda perlu lihat The Nines Hotel. Hotel ini tak nampak terlalu unik seperti rumah-rumah segi tiga di Kampung Masbro, tapi ia menampilkan elemen unik yang membawa anda kembali ke masa silam. Gaya pembinaannya yang mirip seni Eropah pada suatu ketika dulu membuat nilai keseniannya terserlah.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: No 1 Jalan Gajah Berang, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75200
Jenis bilik:Bilik DeluxeBilik EksekutifBilik SuperiorBilik Keluarga DeluxeBilik Keluarga SuperiorSuite Loft Deluxe
Kemudahan yang tersedia:Bilik KeluargaPerkhidmatan sewa basikalMesra pengguna kelainan upayaBar snekPerkhidmatan penyimpanan bagasiSalun rambutKedai serbanekaPeti simpanan deposit
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 380 semalam

7. Eco Tree Hotel (⭐⭐⭐⭐)

Eco Tree Hotel - Hotel Menarik di Melaka

Eco Tree Hotel

8.6/10

Melaka, Malaysia

RM 138

RM 104

Hotel Eco Tree lebih moden tapi bersifat minimalis berbanding yang lain. Dari luar, ia nampak sangat biasa, tapi tarikannya ketika malam melanda pasti akan buat anda terpesona. Anda tak perlu pergi jauh kalau nak tengok lampu lip-lap dekat Melaka ini. Dengan lokasi kolam renangnya di atap hotel tersebut dan diterangi dengan lampu warna-warni, ia jadikan malam anda sangat istimewa. Tak dilupakan anda juga akan dapat menikmati pemandangan Melaka secara 360 darah.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 1, Jalan Melaka Raya 9, Taman Melaka Raya, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75000
Jenis bilik:Bilik SuperiorBilik Twin Eksekutif DeluxeBilik Twin De LuxeBilik King Eksekutif Deluxe
Kemudahan yang tersedia:
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 110 hingga RM 400 semalam

8. Bayview Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐)

Bayview Hotel Melaka - Hotel Menarik di Melaka

Bayview Hotel Melaka

8.4/10

Melaka, Malaysia

RM 145

RM 141

Seperti Hotel Hatten, Hotel Bayview memberi peluang untuk anda yang datang ke Melaka untuk bekerja (atau bercuti sambil bekerja) menikmati keselesaan yang maksima selama anda berada di sana. Kemudahannya cukup untuk melengkapi hari-hari anda dan lokasinya sangat berhampiran dengan bandar Melaka. Ia menjadikan pergerakan anda lebih mudah.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: Jalan Bendahara, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75100
Jenis bilik:Bilik SuperiorBilik Deluxe CityBilik DeluxeSuite StudioBilik Suite DeluxeBilik Keluarga
Kemudahan yang tersedia:RestoranKolam renangKawasan merokokBilik keluargaPerkhidmatan dobiPerkhidmatan penyimpanan bagasiLawatanPerkhidmatan majlis perkahwinan
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 450 semalam

9. Imperial Heritage Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐)

Imperial Heritage Hotel Melaka - Hotel Menarik di Melaka

Imperial Heritage Hotel Melaka

8.5/10

Melaka, Malaysia

RM 128

RM 123

Imperial Heritage Hotel terkenal kerana kemewahan yang ia tampil kepada setiap pengunjung yang datang menginap di sini. Ia terletak berhampiran dengan bandar Melaka dan mempunyai pemandangan yang menarik, terutamanya pada waktu malam. Jika anda suka melihat dan alami suasana di bandar seperti orang tempatan, ini merupakan hotel untuk anda.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75000
Jenis bilik:Bilik Deluxe ImperialBilik Deluxe HeritageBilik Keluarga Tiga BilikBilik EksekutifBilik Deluxe SuiteBilik Keluarga Suite
Kemudahan yang tersedia:Restoran untuk makanan tengah hari dan makan malamPerkhidmatan penyimpanan bagasiATMKedai serbanekaBar miniBar snekRuang letak kenderaanPusat karaokePusat senamanKemudahan bilik mesyuarat
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 190 hingga RM 400 semalam

10. LaCrista Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐)

LaCrista Hotel Melaka - Hotel Menarik di Melaka

LaCrista Hotel Melaka

8.5/10

Melaka, Malaysia

RM 316

RM 237

Hotel LaCrista ada sedikit konspirasi menyelubungi tempatnya, tapi ia bukan konspirasi yang buruk. Ada yang menyatakan ia berhantu tapi seperti mana-mana konspirasi di luar sana, ia sesuatu yang subjektif. Apa yang pasti, hotel ini mempunyai reka seni bina yang sangat unik dan menarik. Ia seperti sesuatu daripada filem antarabangsa. Ia mempunyai campuran unsur-unsur Eropah dan Inggeris. Berhantu atau tidak, ia sememangnya hotel yang sangat indah untuk dilihat dan tak boleh dilepaskan peluang untuk bermalam di sini.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 146 Jalan Hang Tuah, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75300
Jenis bilik:Deluxe LacristaPremier LacristaStudioStudio EksekutifSuite Junior
Kemudahan yang tersedia:Ruang letak kenderaanPeti simpanan depositPerkhidmatan kereta sewaPerkhidmatan pengangkutan lapangan terbangPusat senamanKolam renangATM
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 288 hingga RM 750 semalam

11. ibis Melaka (⭐⭐⭐⭐)

ibis Melaka - Hotel Menarik di Melaka

ibis Melaka

8.8/10

Melaka, Malaysia

RM 411

RM 308

Jika anda inginkan penginapan yang terletak berhampiran bandar Melaka, ini hotel yang terbaik untuk anda. Di ibis Hotel, anda tak perlu risau tentang mencari pengangkutan ke bandar kerana kita semua tahu bagaimana kesibukan jalan raya di Melaka. Ini membuatkan penginapan di sini lebih mudah. Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan yang akan memenuhi keperluan anda sama ada anda menjelajah secara berkumpulan atau secara solo.

Berikut maklumat berkenaan hotel mewah ini:

Lokasi: 249, Jalan Bendahara, Melaka City Center, Melaka City, Melaka, Malaysia, 75100
Jenis bilik:Bilik StandardBilik Keluarga
Kemudahan yang tersedia:Kawalan keselamatan 24 jamPerkhidmatan penyimpanan bagasiKafeMenu vegetarianBarRestoranBankuetPusat kesihatanSalun kecantikan
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 250 semalam

Menarik bukan hotel-hotel tadi? Setiap hotel mempunyai ciri-ciri dan keunikannya sendiri. Jika anda rasa artikel ini menarik dan membuatkan anda ingin bercuti ke Melaka hujung tahun ini, jangan lupa Like artikel ini dan Share kepada kawan-kawan yang lain.

Kalau anda tertanya-tanya apa benda menarik yang boleh dilakukan di Melaka? Melaka negeri kecil, ada benda menarikkah di sana? Jangan main-main, Melaka antara lokasi yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Kami ada sediakan senarai tempat menarik di Melaka yang anda boleh lihat sendiri.

Jangan lupa untuk tempah hotel pilihan anda dengan Traveloka, sama ada di laman web atau dengan aplikasi telefon bimbit anda. Semuanya mudah dan termurah di Traveloka. Jumpa di Melaka!

Dalam Artikel Ini

• Hotel Menarik Di Melaka
• 1. Swiss Garden Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 2. Bayou Lagoon Park Resort (⭐⭐⭐⭐)
• 3. Masbro Village
• 4. The Pines Melaka (⭐⭐⭐⭐)
• 5. Hatten Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐⭐)
• 6. The Nines Hotel Melaka (⭐)
• 7. Eco Tree Hotel (⭐⭐⭐⭐)
• 8. Bayview Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐)
• 9. Imperial Heritage Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐)
• 10. LaCrista Hotel Melaka (⭐⭐⭐⭐)
• 11. ibis Melaka (⭐⭐⭐⭐)
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved