
Diterjemahkan oleh: Raja Nadhirah Raja Hasnan
Dek indahnya Bali, kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Dewata. Namun, bukan dalam kalangan para dewa sahaja, pulau ini turut berjaya menawan hati rakyat marhaen seperti kami. Jika anda menonton filem terkenal Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love, anda dapat melihat sekilas keindahan Bali — berbasikal melewati sawah padi di Ubud, atau bersiram dalam tab mandi yang dipenuhi dengan bunga mawar merah, sambil mencari kebebasan atau ketenangan.
Bukan destinasi romantis semata, Bali juga turut dikunjungi ramai kerana kepulauan ini punya segalanya. Ingin meluncur? Ada di Kuta. Ingin membeli beg rotan yang terkenal di media sosial? Seminyaklah destinasi tujuan anda. Ingin merasai budaya Bali? Kunjungi Ubud. Atau ingin bercuti romantis? Jimbaran jadi pilihan.
Atau, apa kata jika anda merasai segala-gala yang istimewa di Bali? Ikuti itinerari 4H3M ke Bali yang boleh yang boleh dimuat turun ini. Tunggu apa lagi? Ayuh ke Bali!
_________________________________________________________________________
Bukan mudah untuk merancang perjalanan ke bandar yang baru. Dengan siri itinerari Traveloka yang diterbitkan dua kali sebulan, perancangan perjalanan anda bakal jadi lebih baik.






