Kebanyakan pasti menghabiskan hari-hari kita di pejabat yang sejuk beku atau trafik yang menyeksakan...mengira hari dan jam hingga hujung minggu tiba. Tapi sebaik saja hari yang dinantikan tiba, kita tidak tahu bagaimana nak mengisi hari minggu kita.
Jika anda mahu sesuatu menyegarkan kembali minda dan fizikal anda, alam semula jadi adalah yang terbaik. Tak perlu lihat di carian Google lagi, ini resort dengan inspirasi semula jadi yang sesuai dengan bajet anda:
Jika anda sememangnya orang bandar sejati, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana agaknya kehidupan di ladang. Jadi, di Perak Agrotourism Resort, anda akan dapat merasai sendiri kombinasi alam semula jadi, pertanian dan pelancongan luar bandar.
Resort yang tenang dan nyaman ini terletak di Tanjung Tualang, Perak, hanya dua jam dari Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan ladang sebenar dan tasik yang indah!
Walaupun chalet-chalet di resort ini bertemakan ala rumah tradisional Melayu, ia lengkap dengan kemudahan moden yang lengkap dan selesa.
Kadar bermula dari: RM220/semalam
*****
Hanya memandu 90 minit dari Kuala Lumpur ke oasis yang tersembunyi, air terjun segar dan hutan hijau menanti anda di Philea Resort & Spa. Resort 5 bintang yang memenangi anugerah ini diiktiraf sebagai percutian mesra-eko, menampilkan kabin log yang unik untuk penginapan.
Philea hanya beberapa minit dari tol Ayer Keroh dan 30 minit dari bandar Melaka jika anda memandu. Anda mungkin tidak mahu meninggalkan kawasan resort ini kerana fasiliti yang lengkap di sini termasuklah pusat permainan kanak-kanak hinggalah spa bertaraf dunia, membolehkan anda berehat bersama keluarga.
Resort ini seperti jawapan kepada ibu bapa yang mahu meredakan tekanan.
Bilik di sini juga merangkumi suite dan vila yang dibina menggunakan kayu pokok pain yang terbaik dan direka dengan hiasan dalaman yang elegan dan kontemporari.
Kadar bermula dari: RM388/semalam
*****
Terletak di tengah-tengah Borneo, Borneo Natural Sukau Bilit Resort hanya 2.5 jam dari Sandakan.
Terletak di tepi sungai Sungai Kinabatangan, anda akan berpeluang menginap dalam harmoni dengan flora dan fauna yang subur di Sabah, kerana segalanya berada dekat dengan anda.
Chalet resort yang mesra alam yang dibina oleh pedagang tempatan menggunakan Kayu Iron Borneo - pokok kayu yang berasal dari Borneo - dan dihiasi dengan bahan tempatan untuk menyatukan chalet-chalet yang dibuat dengan landskap semula jadi hutan hujan.
Kadar bermula dari: RM454/semalam
_________________________________________________________
Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali