Kokol Haven Resort: Idaman setiap pencinta alam semula jadi

Traveloka MY
10 Oct 2019 - Bacaan 5 minit

Diterjemahkan oleh: Farah Hanan Azahar

Ibu negeri Sabah ini bukan sahaja terkenal sebagai jalan masuk ke puncak tertinggi di Asia Tenggara dan taman marin yang indah. Kota Kinabalu — lebih dikenali sebagai KK, juga terkenal dengan penduduk tempatan yang mesra, panorama matahari terbenam yang menakjubkan, dan pelbagai pasar tempatan yang menawarkan makanan laut segar dan kraftangan unik.

Jika anda inginkan pengalaman yang terbaik di Kota Kinabalu, Kokol Haven Resort adalah titik permulaan yang sesuai, sama ada untuk island hopping, melihat hidupan liar, atau bersiar-siar menaiki kereta. Baca lebih lanjut untuk mengetahui ulasan kami tentang hotel ini!

Lokasi, lokasi, lokasi

Terletak di atas Bukit Kokol, kira-kira 2,700 kaki di atas paras laut, kami tahu bahawa pemandangan di sini pasti tidak mengecewakan. Semasa kami dipandu ke hotel pada awal pagi, kami dapat melihat suasana tanah tinggi ini dilitupi kabus tebal, dan setelah kami turun dari kereta, bunyi riang-riang menyapa kami. Ternyata kami berada dekat dengan alam semula jadi!

Bangunan utamanya mempunyai 12 buah suite yang menghadap taman dan menawarkan pemandangan bandar Kota Kinabalu, sementara Rose Villa mempunyai 20 buah bilik menghadap lembah yang menghijau dan Gunung Kinabalu dari jauh. Resort ini sangat terkenal dengan panorama matahari terbenam, dan ini terbukti oleh orang ramai yang sanggup ke sini semata-mata untuk menikmati pengalaman ini.

Hampir senja, perubahan langit yang diwarnai merah terang dan jingga membuatkan landskap yang terbentang luas ini nampak seperti sebuah lukisan. Memang sah, inilah tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam di Kota Kinabalu! Jika anda tertanya-tanya tentang pilihan bilik yang terbaik, anda perlu tahu pemandangan apa yang diinginkan — matahari terbenam pada waktu petang, atau Gunung Kinabalu yang dilitupi kabus pada waktu pagi? Agak sukar untuk membuat keputusan!

Resort ini mempunyai reka bentuk yang rustic, dengan hiasan bilik seperti perabot kayu bergaya Melayu yang mengingatkan kami tentang zaman kanak-kanak semasa berada di kampung halaman. Kami berasa sangat selesa! Berkeluasan 67 meter persegi, bilik Executive Corner Suite yang lapang ini dilengkapi katil bersaiz king, ruang tamu kecil dengan sofa dan TV flat-screen, serta kelengkapan membuat teh dan kopi. Ia turut menyediakan sebuah balkoni besar yang memang best untuk bersantai sambil menikmati pemandangan KK yang indah.

Saat kegemaran kami ialah semasa bangun awal pagi untuk menyaksikan matahari terbit (ya, kami sanggup!). Menghayati panorama tanah tinggi yang berkabus ini memberikan kami ketenangan, dan kami sangat mengesyorkan resort ini sekiranya anda ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar.

Dikelilingi alam semula jadi

Walaupun penginapan ini agak jauh dari bandar, anda tidak perlu risau tentang pilihan makanan yang ada. Resort ini menawarkan menu yang menyeluruh untuk memuaskan selera anda. Hidangan cadangan kami ialah asam pedas ekor lembu dan nasi ayam penyet yang lazat dan mengenyangkan! Mereka juga menyediakan pelbagai jenis hidangan Barat.

Diwarnai oleh kehijauan semula jadi yang menyegarkan mata, kami berasa cukup tenang semasa berjalan-jalan di kawasan resort ini. Kami turut berkesempatan untuk melihat pokok buah-buahan tempatan seperti pokok nenas, nangka, langsat, dan durian!

Keputusan: Resort ini memiliki tempat pemandangan terbaik untuk melihat matahari terbenam di Kota Kinabalu di samping persekitarannya yang dipenuhi kehijauan alam nan indah. Tempah penginapan anda di Kokol Haven Resort melalui Traveloka segera!

Tarikan dan Aktiviti

Daripada menikmati makanan tempatan hinggalah melawat perkampungan kebudayaan, anda tidak akan pernah kekeringan idea untuk mencari aktiviti menarik di Kota Kinabalu. Lihat beberapa tempat yang mesti dikunjungi semasa percutian anda di sini!

Makan dan bersantai di The Waterfront

Jika anda hanya mempunyai sehari di KK, inilah tempat yang perlu dikunjungi. Selain memberikan pemandangan matahari terbenam yang indah menghadap Laut Cina Selatan, The Waterfront adalah spot lepak terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong kerana terdapat banyak pilihan restoran dan pusat hiburan. Suasananya juga lebih meriah pada waktu malam!

Selami kebudayaan tempatan

Pelajari tentang budaya etnik tempatan Borneo di Kampung Budaya Mari Mari. Kampung ini menampilkan lima etnik yang berbeza — Kadazan-Dusun yang mengusahakan tanaman padi, Rungus yang menetap di rumah panjang, Lundayeh yang terdiri daripada pemburu dan nelayan, kaum koboi dan gipsi laut Bajau, serta komuniti Murut iaitu pemburu kepala yang paling digeruni — semuanya dalam satu kampung. Pengalaman wajib sekiranya ini pertama kali anda ke Sabah!

Tak perlu beratur panjang dan tempah tiket lebih awal di Traveloka.

Jelajah dari pulau ke pulau

Percutian anda di Kota Kinabalu tidak lengkap tanpa lawatan menyelam untuk melihat dunia bawah laut yang mengagumkan di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Selam snorkel dan berenang bersama ikan berwarna-warni, atau nikmati saja pemandangan pulau-pulau ini yang indah sambil berkelah dan berjemur di tepi pantai. Jika anda bertuah, anda dapat melihat sekumpulan penyu berenang di sekitar terumbu karang di sini!

Mudahkan perjalanan dan tempah lawatan island hopping anda di Traveloka.

_________________________________________________________________________

Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved