Liu Men Melaka: Selami kemegahan reka bentuk Peranakan

Traveloka MY
13 Sep 2019 - 6 min read

Diterjemahkan oleh: Farah Hanan Azahar

Tidak hairanlah mengapa bandar bersejarah Melaka menjadi kegemaran orang KL dan Singapura untuk percutian hujung minggu, kerana di sini terdapat pelbagai hidangan tempatan yang lazat dan tempat tarikan bersejarah yang masih terpelihara!

Kredit: Liu Men Melaka

Sama ada anda mengembara solo, bersama pasangan atau kumpulan, cara terbaik untuk meneroka Melaka adalah sambil berjalan kaki. Jika anda ingin mendekati tarikan di bandar ini, tempat terbaik untuk memulakannya ialah dari Liu Men Melaka. Terletak di bahagian barat Jonker Walk, anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke tempat makan wajib pergi dan tapak bersejarah yang popular di sini. Staf hotel mereka yang mesra juga bersedia untuk memberikan cadangan tempat menarik dan menjawab pertanyaan anda.

Hotel butik mewah ini baru saja dibuka pada awal tahun ini. Apabila melangkah masuk ke dalam lobi, terasa seperti dibawa kembali ke masa lampau dengan kerlipan lampu candelier dan bunga orkid mekar yang menyambut kedatangan tetamu. Kami rasa berharga kerana dapat menginap dalam bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1930-an. Liu Men bermaksud “enam pintu”, dan nombor enam adalah nombor yang bertuah bagi kaum Cina kerana melambangkan perjalanan yang lancar — ternyata sesuai dengan hotel inI!

Reka bentuk klasik sepanjang zaman

Hotel ini mengekalkan warisan Peranakan sebenar melalui hiasan gaya kolonial dengan bentuk geometri vintaj dan elemen berona merah terang yang dipengaruhi dari kawasan Timur, melambangkan kegembiraan dan tuah. Sambil menanti bilik disediakan, kami menikmati secawan kopi percuma di ruang rehat awam yang dihias cantik. Di sini juga terdapat kudap-kudapan seperti dodol, muruku, dan pelbagai keropok untuk dinikmati oleh tetamu.

Kredit: Liu Men Melaka

Tersembunyi di Jalan Tokong dan dalam jarak berjalan kaki ke Kuil Cheng Hoon Teng, penginapan ini menawarkan sembilan jenis bilik, masing-masing dengan hiasan dalaman yang tersendiri. Antaranya termasuklah Lekir yang menampilkan lantai blackwood herringbone dengan tingkap besar, bilik loteng unik yang diberi nama Hang Tuah, serta Parameswara Suite di tingkat atas yang cukup luas untuk memuatkan keluarga kecil anda. Semasa staycation ringkas ini, kami menginap di bilik Jebat yang menawarkan pemandangan jalan yang cantik.

Suasana vintaj hotel ini turut menyerlah dalam bilik tetamu, dan ia boleh dilihat pada perabot kayu gelap yang dipadankan dengan lampu tanglung dan set meja solek bergaya Peranakan. Walaupun dengan stail perabot yang antik, hotel ini dilengkapi semua kemudahan moden yang memberi keselesaan untuk tetamu. WiFi percuma tersedia di sekitar premis, TV flat screen, dan paling penting — beraneka snek tempatan percuma untuk dinikmati!

Sementara kebanyakan hotel hanya menawarkan empat bantal, Liu Men memberi tawaran yang lebih up kepada anda dengan ENAM bantal. Jika anda masih tidak dapat tidur lena, tak tahu lah! 🤣

Bilik mandi pula luas dan lapang. Kami suka ruang meja solek bergaya Peranakan di sini yang menonjol dengan jubin hitam putih, membuatkan ia nampak vintaj tetapi masih tidak lapuk dek zaman. Terasa seperti kerabat diraja pula semasa bersiap dalam bilik mandi ini!

Keterperincian yang menyeluruh

Ruang rehat awam ini direka khas untuk para Instagrammer tegar. Setiap sudut yang diterangi cahaya matahari di sini sangat sesuai untuk feed anda, daripada kusyen baldu hijau tua sehinggalah jubin gaya Peranakan yang berwarna-warni (ya, kami sedikit obses dengan @ihavethisthingwithfloors). Tidak dinafikan, keterperincian yang menyeluruh diberikan terhadap hiasannya. Kami tertawan dengan bufet sarapan yang disediakan dalam pinggan mangkuk porselin berwarna biru dan putih, memberikan sentuhan warna yang menyerlah di sebalik keanggunan dunia lama!

Tak suka bangun pagi? Rugi jika anda ketinggalan untuk bersarapan dengan hidangan nasi lemak, roti canai, bijirin, buah-buahan, dan pelbagai roti yang cukup untuk mengisi perut anda sehingga waktu makan tengah hari. Walaupun pilihan di sini tidak sebanyak hotel-hotel ternama, makanannya masih lazat dan memuaskan selera. Kami pentingkan kualiti, bukan kuantiti!

Keputusan: Dipenuhi nostalgia masa silam, dengan lokasi strategik yang memudahkan anda untuk meneroka tempat-tempat terbaik di Melaka sambil berjalan kaki, Liu Men Melaka adalah pilihan penginapan yang tepat. Tempah di Traveloka hari ini!

Tarikan dan Aktiviti

Melaka dipenuhi dengan pelbagai jenis tarikan — daripada tapak bersejarah sehinggalah tempat makan best. Di sini kami kumpulkan beberapa tempat terbaru dan mesti dikunjungi di Melaka!

Belayar sepanjang Sungai Melaka

Penat meneroka Melaka sambil berjalan kaki? Lihat bandar ini sambil belayar pula! Baru-baru ini, Sungai Melaka diberi wajah baru dan rumah-rumah kedai di sini telah dicat dengan mural berwarna-warni yang menggambarkan kepelbagaian aspek sejarah dan budaya Melaka yang kaya-raya. Pelayaran ini mengambil masa 45 minit, sempat untuk anda bergambar sakan!

Untuk lebih jimat, dapatkan tiket pelayaran anda di Traveloka.

Lihat matahari terbenam di The Shore Sky Tower

Atasi ketakutan anda terhadap tempat tinggi di The Shore Sky Tower. Mengalahkan Menara Taming Sari, menara ini berdiri pada ketinggian 163 meter di atas paras jalan dan menawarkan panorama bandar bersejarah ini serta persekitarannya secara 360 darjah. Berjalan di atas lantai kaca lutsinar di sisi bangunan ini di mana anda boleh menikmati pemandangan Melaka dari bawah tapak kaki! Pergi sekitar waktu petang untuk melihat keindahan matahari terbenam.

Tidak perlu lagi beratur dan tempah tiket anda melalui Traveloka!

Cuba Mee Racun di Qasreena Cafe

Suka makan pedas? Kalau ya, anda perlu cuba Mee Racun yang terkenal dengan tahap kepedasan yang mengancam! Satu lagi menu yang perlu dicuba ialah Nasi Goreng Coliseum, yang dinamakan sempena bentuknya yang menyerupai colosseum terkenal di Rom. Lengkapkan hidangan anda dengan segelas Rose Float, minuman smoothie berperisa ros yang ditambah dengan krim putar di atas.

Qasreena Cafe

Kg Tun Razak, Bukit Katil

75450 Bukit Katil, Melaka

Waktu operasi: 12.00 tengah hari – 12.00 malam (Isnin – Sabtu), 12.00 tengah hari – 9.15 malam (Ahad)

________________________________________________________________________
Dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh negara, pasti anda sukar untuk memilih. Jika anda tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved