8 Hotel Best dengan Private Pool di Langkawi

Nikmati Liburan Luar Biasa di Langkawi dengan Menginap di Hotel Best dengan Private Pool
Traveloka Accomodation
21 Jun 2023 - Bacaan 7 minit

Melancong ke Langkawi - Anda ingin menikmati percutian di pulau yang indah? Tidak perlu pergi jauh, terdapat banyak pilihan pulau-pulau terbaik yang ada di Malaysia untuk diterokai termasuklah Pulau Langkawi.

Bagi menambah keseronokan percutian anda lagi, apa kata anda tempah hotel di Langkawi yang mempunyai private poolnya tersendiri. Sudah pasti ia menjanjikan pengalaman percutian yang luar biasa untuk anda.

Anda boleh rujuk senarai hotel private pool di Langkawi yang menawarkan kemudahan lengkap dan harga berpatutan seperti yang dikongsikan dibawah. Jom baca!

8 Hotel dengan Private Pool di Langkawi

1. The Datai Langkawi

Alamat: Jalan Teluk Datai, Langkawi, 07000 Malaysia
Fasilitas Terkenal: Akses ke pantai, pusat kebugaran, spa, kolam renang, dan pemandangan alam yang indah.

The Datai Langkawi - Melancong di Langkawi

The Datai Langkawi

9.1/10

Kedah, Malaysia

RM 4,099

RM 3,074

The Datai Langkawi adalah merupakan hotel mewah bertaraf 5 bintang yang cukup terkenal dan sering menjadi pilihan pengunjung terutamanya pada musim cuti.

Hotel yang terletak di Jalan Teluk Datai, Langkawi, Malaysia ini menawarkan penginapan yang luar biasa dengan pakej bilik yang mempunyai kolam renang peribadi, akses ke pantai persendirian, spa, gym dan pelbagai kemudahan lain.

Pengunjung boleh memilih untuk menempah pakej bilik dengan kolam peribadi yang dikelilingi oleh alam semula jadi (hutan hujan) ataupun yang betul-betul menghadap pantai persendirian hotel ini. Selain itu, pengunjung juga boleh meluangkan masa berenang di kolam umum yang berukuran 10 meter!

Dengan harga bermula RM 1300 semalam, pengunjung dapat merasakan pengalaman menginap di bilik yang luas, selesa dan cantik dengan persekitaran luaran yang memukau. Layanan staff pun sangat professional, memang puas hati!

2. The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi

Alamat: Jalan Teluk Datai, Langkawi, 07000 Malaysia
Fasilitas Terkenal: Pantai pribadi, pusat kebugaran, spa, dan kolam renang dengan pemandangan laut yang indah.

The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi - Melancong ke Langkawi

The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi

9.2/10

Kedah, Malaysia

Lihat harga

The Andaman, Luxury Collection Resort, Langkawi ini terletak Jalan Teluk Datai, Langkawi dan sangat berdekatan dengan hotel The Datai Langkawi.

Hotel ini menawarkan bilik dan juga suite yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden serta dekorasi dan perabot mewah. Harga bilik pula bermula hanya RM800 sahaja untuk semalam.

Untuk pengetahuan anda, setiap bilik menawarkan pemandangan yang menakjubkan sama ada pemandangan Laut Andaman ataupun kehijauan hutan hujan tropika. Anda boleh memilih pemandangan kegemaran anda semasa menempah bilik.

Keunikan hotel mewah ini adalah, di satu sisi anda boleh menikmati keindahan pantai peribadi yang bersih, manakala di sisi lain hotel anda boleh menyaksikan kehijauan hutan hujan yang sudah pun berusia lebih kurang 10 juta tahun!

Dari segi kemudahan, hotel ini menawarkan 6 pilihan tempat makan, kolam renang peribadi yang luas, spa berkualiti tinggi, akses ke pantai dan tarikan alam semula jadi. Bilik pun luas, selesa dan mewah. Dijamin anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sepanjang menginap di sini.

3. The Danna Langkawi

Alamat: Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Fasilitas Terkenal: Akses ke pantai, pusat kebugaran, spa, dan pemandangan indah.

The Danna Langkawi - Melancong ke Langkawi

The Danna Langkawi

8.9/10

Kedah, Malaysia

RM 1,498

RM 1,378

Satu lagi pilihan hotel di Langkawi yang serba mewah dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah kolam renang peribadi tidak lain tidak bukan adalah, The Danna Langkawi. Ia terletak di Teluk Datai, Langkawi, Kedah, Malaysia.

Hotel ini adalah merupakan pilihan tempat penginapan yang tepat sekiranya anda mencari hotel yang terletak jauh daripada kesibukan orang ramai namun berdekatan dengan lokasi tarikan utama Pulau Langkawi seperti kereta kabel Langkawi.

Ia menawarkan beberapa jenis pakej bilik yang anda boleh pilih bermula dari harga RM 1,114 semalam. Sekiranya anda ingin menempah bilik dengan kolam renang peribadi anda boleh pilih pakej suite ataupun pakej villa. Menariknya, setiap bilik mempunyai tingkap-tingkap yang besar untuk menyajikan pengunjung dengan keindahan pemandangan di luar hotel.

Antara kemudahan yang menjadi tarikan utama di hotel ini selain kolam renang peribadi ialah, spa dengan layanan professional, dobi, pusat kecergasan, restoran yang tersedia dan juga perkhidmatan bertaraf global.

Selain itu, memandangkan hotel ini terletak kaki gunung dan mempunyai pantai peribadinya sendiri, pengunjung boleh ke pantai tersebut pada bila-bila masa. Seronokkan?

4. Four Seasons Resort Langkawi

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Fasilitas Terkenal: Kolam renang pribadi, pusat kebugaran, spa, pantai pribadi, dan pemandangan indah.

Four Seasons Resort Langkawi - Melancong di Melawi

Four Seasons Resort Langkawi

8.8/10

Kedah, Malaysia

RM 2,365

RM 2,223

Four Seasons Resort Langkawi, yang terletak di Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, Kedah ini dikelilingi oleh hutan dan dengan pantai peribadi sepanjang 1.8 kilometer terbentang di sepanjang Pantai Andaman.

Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan, namun sekiranya anda inginkan pakej bilik dengan kolam renang peribadi, anda boleh menempah pakej villa.

Pakej villa ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan boleh memuatkan antara tiga hingga lapan orang. Jadi, sekiranya anda mencari tempat penginapan yang berorientasikan keluarga, Four Seasons Resort Langkawi sememangnya adalah pilihan terbaik.

Untuk pakej villa, anda boleh pilih pakej yang mempunyai pemandangan taman ataupun laut serta terdapat juga beberapa villa yang mempunyai akses terus ke pantai. Harga bilik untuk semalam bermula serendah RM2,500. Memang berbaloi sangat dengan kemudahan, perkhidmatan dan kemewahan yang ditawarkan hotel ini.

Apabila menginap di hotel ini, pengunjung berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan alam. Terdapat juga kemudahan resort seperti gimnasium dan spa harian yang disediakan.

5. The Westin Langkawi Resort & Spa

Alamat: Jalan Pantai Dato Syed Omar, Kedah, 07000 Langkawi, Malaysia
Fasilitas Terkenal: Pantai pribadi, pusat kebugaran, spa, kolam renang, dan pemandangan laut yang menakjubkan.

The Westin Langkawi Resort & Spa - Melancong di Langkawi

The Westin Langkawi Resort & Spa

8.7/10

Kedah, Malaysia

RM 3,452

RM 2,589

Terletak hanya beberapa minit memandu dari bandar utama Pulau Langkawi (Jalan Pantai Dato Syed Omar, Langkawi) dan juga berhampiran dengan jeti utama, The Westin Langkawi Resort & Spa adalah pilihan tempat penginapan yang sesuai untuk pengunjung yang suka berjalan-jalan keluar resort, makan di luar serta membeli-belah.

Seperti beberapa hotel mewah yang lain, The Westin Langkawi Resort & Spa ini juga menawarkan pakej bilik dengan kolam renang peribadi. Setiap pakej villa yang ditawarkan juga lengkap dengan ruang tamu yang luas, bilik mandi dan juga bilik tidur. Memang terasa seperti berada di rumah sendiri!

Kawasan luaran dan persekitaran resort juga sangat cantik. Terdapat banyak kemudahan umum turut disediakan antaranya ialah pantai persendirian 500 meter, empat kolam renang umum, gimnasium, spa, pelbagai restoran dan bar.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti sukan air, skuasy dan tenis dan sebagainya. Untuk kanak-kanak, terdapat kelab kanak-kanak yang pengunjung boleh sertai.

Dari segi harga pula, resort ini menawarkan harga bilik serendah RM800 untuk satu malam. Jangan lupa buat tempahan awal untuk dapatkan harga yang lebih rendah tau!

6. Tanjung Rhu Resort

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Fasilitas Terkenal: Kolam renang pribadi, pantai pribadi, pusat kebugaran, dan pemandangan indah.

Tanjung Rhu Resort - Melancong ke Langkawi

Tanjung Rhu Resort

8.5/10

Kedah, Malaysia

RM 780

RM 701

Tahukah anda, di Tanjung Rhu terdapat sebuah resort mewah yang tidak kalahnya dengan penginapan di Teluk Datai, iaitu Tanjung Rhu Resort.

Resort mewah ini terletak di Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, Kedah, Malaysia. Lebih kurang 25 minit pemanduan dari lokasi tarikan utama seperti Pantai Cenang, lapangan terbang dan Bandar Kuah.

Untuk kemudahan, anda tidak akan kecewa kerana terdapat banyak kemudahan mewah disediakan antaranya ialah pakej bilik dengan kolam renang peribadi, spa, pusat sehenti (experiential center), perpustakaan, kafe, pusat sukan untuk menyewa kelengkapan aktiviti sukan, litar ATV, perkhidmatan penjagaan bayi dan macam-macam lagi.

Pantai utama di hadapan resort terbentang luas sekaligus memberikan pengunjung privasi tanpa had di sepanjang pantai. Dengan harga serendah RM700 untuk semalam, anda pasti tidak akan menyesal menginap di resort ini. Berbaloi sangat!

7. The Frangipani Langkawi Resort & Spa

Alamat: Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Fasilitas Terkenal: Kolam renang, akses ke pantai, pusat kebugaran, spa, dan pemandangan indah.

The Frangipani Langkawi Resort & Spa - Melancong ke Langkawi

The Frangipani Langkawi Resort & Spa

8.6/10

Kedah, Malaysia

Lihat harga

Seterusnya, penginapan yang menarik di Pulau Langkawi yang anda boleh pertimbangkan ialah The Frangipani Langkawi Resort & Spa. Resort ini terletak di Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, Langkawi, Kedah, Malaysia.

Apabila menginap di sini, anda berpeluang untuk menikmati keindahan Pantai Tengah serta kehijauan alam semulajadi di sekelilingnya. Untuk pengetahuan anda, resort ini dikenali sebagai resort terhijau di Malaysia dan merupakan resort pertama yang melaksanakan amalan hijau untuk memelihara alam sekitar.

Dengan harga bilik bermula serendah RM300/malam, anda sudah boleh menempah sebuah bilik yang cukup luas dan selesa. Semua bilik mempunyai kemudahan moden termasuk balkoni atau teres peribadi, penghawa dingin, dan sebagainya. Terdapat juga pakej bilik dengan kolam peribadi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar resort ini seperti sukan air, berehat di jakuzi luar atau bermain golf di padang golf berdekatan. Kemudahan umum seperti spa, gym, kolam renang, dobi dan lain-lain turut di sediakan.

8. Berjaya Langkawi Resort

Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Fasilitas Terkenal: Pantai pribadi, pusat kebugaran, spa, dan pemandangan alam yang menakjubkan.

Berjaya Langkawi Resort - Melancong ke Langkawi

Berjaya Langkawi Resort

8.5/10

Kedah, Malaysia

RM 843

RM 779

Berjaya Langkawi Resort juga merupakan salah satu resort 5 bintang terbaik di Langkawi. Ia terletak di Burau Bay, Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, Malaysia iaitu, di tengah-tengah hutan hujan tropika dan dikenali sebagai resort yang terpencil dan privasi.

Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan dengan harga bermula serendah RM700 untuk semalam. Resort ini juga mempunyai chalet individu yang luas yang dibina dengan elegan di atas tiang di atas ombak Laut Andaman!

Di resort ini juga terdapat pantai persendirian yang menanti di luar bilik anda. Selain itu, kemudahan lain yang ada termasuk kolam renang gelanggang tenis, bola tampar, taman permainan kanak-kanak, sukan air, kelab kanak-kanak, spa, gym, bilik rekreasi dan sebagainya.

Bukan sahaja Artikel tentang Melancong ke Langkawi yang Traveloka sediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:

Kesemua hotel yang disenaraikan di atas adalah hotel di Langkawi yang terbaik untuk membolehkan anda merasai pengalaman percutian melancong ke Langkawi yang luar biasa. Anda boleh buat tempahan di laman web Traveloka untuk mendapatkan harga promosi yang lebih rendah. Selamat bercuti!

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved