Nature Staycation Selangor - Percutian pendek atau staycation merupakan salah satu pilihan warga ibu kota untuk melarikan diri dan rehat sebentar daripada hiruk-pikuk kota dan bebanan kerja di pejabat. Sejak kebelakangan ini, staycation di alam semula jadi seakan-akan menjadi sebuah trend bagi para pengunjung untuk menikmati percutian sambil beristirahat di alam semula jadi.
Kebiasaannya, orang ramai lebih cenderung untuk memilih destinasi staycation yang tidak melibatkan perjalanan jauh untuk sampai ke destinasi. Hal ini adalah untuk mengelakkan perjalanan yang memenatkan sekaligus membuang masa cuti di jalan raya.
Jadi, untuk individu yang menetap di Selangor dan kawasan berhampiran yang sedang mencari lokasi staycation yang menarik dan istimewa bertemakan alam semula jadi di dalam negeri Selangor, artikel ini untuk sememangnya untuk anda!
Jom teruskan membaca.
Walaupun Selangor terkenal sebagai negeri yang padat dengan pembangunan, namun ia tidak menafikan bahawa terdapat beberapa lokasi alam semulajadi yang menakjubkan di tengah-tengah kota yang sibuk ini.
Untuk itu, berikut kami kongsikan 5 idea staycation bertemakan alam semula jadi di sekitar Selangor yang bakal memberikan anda pengalaman staycation yang unik dan tidak dapat dilupakan!
Hutan Lipur Sungai Tua merupakan salah satu hutan simpan dan rekreasi Taman Negeri Selangor. Hutan simpan dan rekreasi ini terletak dalam Hutan Simpan Hulu Gombak yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Lokasi hutan simpan ini adalah di Ulu Yam-Gombak.
Keistimewaan hutan lipur ini adalah sungainya, iaitu Sungai Tua yang mempunyai batu-batan yang agak unik. Selain itu, Kawasan hutan lipur ini terkandung pelbagai flora, fauna serta herba yang dapat digunakan untuk perubatan dan penawar. Kawasan ini dilengkapi dengan kawasan khas untuk berkelah, trekking dan jogging.
Selain itu kemudahan-kemudahan asasi yang lain seperti tandas, bilik mandi serta surau pun ada. Justeru, kawasan ini sangat lengkap dan sesuai bagi anda yang datang bersama keluarga. Kebiasaannya, pada hujung minggu hutan lipur ini agak ramai. Air sungainya tidak terlalu dalam dan arusnya tidak terlalu deras. Ada beberapa kawasan yang agak sesuai untuk merendamkan seluruh badan dan berehat.
Aktiviti yang biasa dilakukan di sini adalah berjalan-jalan menikmati alam sekitar, piknik seta memancing. Bayaran masuk untuk datang ke hutan lipur ini adalah RM3 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.
Place to Stay
•
8.6/10
Gombak, Selangor
RM 461
RM 346
Jika anda tidak membawa khemah untuk bermalam, hotel atau resort yang terdekat dan boleh dijadikan tempat penginapan adalah Mercure Selangor Selayang. Hotel ini terletak di Selayang, Gombak dan terletak hanya 20 minit dari kawasan hutan lipur.
Salah satu hutan lipur yang mempunyai air terjun yang menarik adalah Hutan Lipur Kanching. Hutan Lipur Kanching ini terletak 35 minit jauh dari pusat bodnar. Hutan Lipur Kanching ini merupakan terletak berhampiran Rawang Bypass sekitar Jalan Rawang. Di dalam hutan ini terdapat sebuah air terjun 7 tingkat yang dikenali ramai dengan nama Air Terjun Kanching atau Air Terjun Kapor.
Kawasan ini sangat luas dan sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Kawasan ini juga sesuai untuk membuat Family Day. Selain bermandi-manda, anda boleh merancang untuk berkelah atau membuat jungle trekking di sini. Terdapat banyak tumbuhan yang menarik di sini.
Jika bertuah, anda mungkin dapat menyaksikan Pokok Giam Kanching atau Merawan Kaching yang merupakan antara pokok atau tumbuhan terancam. Jangan risau kerana laluan bersimen ada disediakan untuk jungle trekking di tingkat 1 sehingga 4. Manakala tingkat 5 dan 7 pula boleh didaki menggunakan laluan yang telah disediakan. Hanya di tingkat 7 sahaja memerlukan sedikit tenaga untuk naik dan memanjat laluan berkenaan.
Untuk kemudahan seperti surau, tandas, bilik persalinan makanan dan kedai makan juga ada disediakan. Kadar bayaran masuk ke Hutan Lipur Kanching adalah berbeza pada hari biasa dan pada hujung minggu. Kadar bagi dewasa dan kanak-kanak pada hari biasa adalah RM1.00. Manakala pada hujung minggu adalah RM2.00.
Place to Stay
•
7.8/10
Rawang, Selangor
RM 146
RM 145
Setelah penat mendaki dan berenang, anda bolehlah menginap di hotel yang berhampiran seperti The Leverage Business Hotel Rawang yang terletak hanya 10-14 minit dari Kawasan hutan berkenaan.
Air Terjun Sungai Pisang terletak di daerah Gombak, dan hanya 20 minit daripada kota raya. Air terjun Sungai Pisang ini terletak berhampiran kawasan Perkampungan Orang Asli, UIAM dan UNIKL, Gombak. Tapi sebelum itu, para pengunjung dikehendaki memohon permit di Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5 per kepala.
Lokasi ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin trekking dan beriadah sebelum sampai ke Air Terjun berkenaan, kerana sedikit trekking diperlukan untuk sampai ke tempat berkenaan. Untuk memulakan trekking, para pengunjung bolehlah meletakkan kenderaan di Alang Sendayu atau kawasan berhampiran. Jangan lupa bergambar di depan terowong berkembar yang menjadi signature Sungai Pisang.
Para pengunjung boleh memilih untuk melalui jalan darat dan menaiki tangga simen atau melalui laluan air untuk sampai ke air terjun. Bagi mereka yang sukakan alam sekitar, pasti terpegun melihat pemanandangan menarik sepanjang laluan itu.
Place to Stay
Setapak, Kuala Lumpur
Lihat harga
Air terjun Sungai Pisang sangat menarik kerana ia hasil dari lencongan ara sungai pada kira-kira 45 darjah dan menjadikan air terjun ini terletak betul-betul di hujung laluan. Kemudahan asas di kawasan ini sedikit terhad. Oleh itu, untuk keselesaan bagi mereka yang datang dari jauh untuk menempah hotel berdekatan. Hotel yang berhampiran di kawasan tersebut adalah seperti Hotel VGO.
Hutan rekreasi Sungai Congkak terletak di Kampung Padang, Hulu Langat. Hanya 40 minit berkereta dari bandaraya merupakan salah satu tempat pilihan bagi orang ramai untuk beriadah dan staycation yang pendek.
Para pengunjung dapat merasai keadaannya yang nyaman kerana hutan rekreasi ini terletak berhampiran kawasan kampung. Jika bertuah dan datang pada musim buah-buahan, para pengunjung dapat melihat dan menikmati pelbagai buah-buahan tempatan di sini seperti durian, langsat, cempedak, manggis dan rambutan yang ada dijual di sepanjang jalan.
Kawasan di hutan rekreasi ini sangat luas, bahkan para pengunjung dapat berkereta masuk ke dalam dan dapat meletakkan kereta berhampiran tepi sungai. Amat sesuai bagi anda yang ingin membawa banyak barang, dan ingin berkelah atau membuka khemah sementara. Bagi kemudahan asas pula, tandas, tempat persalinan pakaian dan surau juga ada disediakan.
Sungai Congkak di Hutan ini agak cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, sentiasa berhati-hati dan berwaspada akan kepala air lagi-lagi Ketika musim hujan. Selain bermandi-manda, anda juga boleh mendaki bukit di kawasan berhampiran, seperti Bukit Batu Kumbang dan Bukit Chenuang. Tetapi, sebelum mendaki, anda perlulah mendapatkan permit jabatan hutan terlebih dahulu.
Menariknya, kawasan sini turut menyediakan pakej Flying Fox bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Bayaran masuk bagi pengunjung dewasa adalah sebanyak RM2.00 manakala untuk kanak-kanak adalah RM1.00. Jika anda ingin membawa kereta masuk, kadar bayaran yang dikenakan adalah RM15.00 per kereta.
Place to Stay
•
7.5/10
Cheras, Kuala Lumpur
RM 172
RM 155
Hotel yang berhampiran bagi kawasan ini adalah 1 Hotel Mahkota Cheras.
Air Terjun Sungai Chiling terletak di rizab proses penyelidikan perikanan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor yang dikenali sebagai Sungai CHiling Fish Sanctuary. Air Terjun Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu dan berhampiran jalan menuju ke Bukit Fraser.
Sungai Chiling mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding sungai-sungai yang lain. Tempat ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Untuk tujuan keselamatan, sebelum mendaki ke air terjun Sungai Chilling, para pengunjung dikehendaki untuk mendaftar di Pondok Jabatan Perikanan. Bayaran dikenakan sebanyak RM1 bagi orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Petugas jabatan perikanan akan membuat taklimat dan memberi penerangan kepada para pengunjung mengenai laluan ke air terjun dan keselamatan semasa semasa berada di sana kelak.
Kawasan perkelahan di Sungai Chiling sangat luas. Kemudahan-kemudahan asas seperti surau, tandas tempat persalinan baju dan pondok rehat juga disediakan. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disana termasuk berkelah, BBQ bahkan Family Day. Bagi anda yang meminati aktiviti lasak, Jungle Trekking juga dibenarkan.
Jika anda ingin melakukan jungle trekking, anda haruslah datang sebelum pukul 3 petang kerana pihak renjer melarang memasuki Kawasan hutan dan air terjun selepas masa itu. Untuk ke air terjun pula mengambil masa 40-45 minit. Anda dinasihati untuk membawa pakaian lebih kerana anda perlu melintasi sungai sebanyak 5 kali dan akan mendaki bukit yang sedikit curam. Walaubagaimanapun, perjalanan untuk sampai ke air terjun sangat berbaloi. Pemandangan di air terjun sangat menakjubkan dengan batu besar yang menghiasi sungai berkenaan.
Sebenarnya, terdapat tiga air terjun di kawasan berkenaan, tetapi para pengunjung perlu melakukan pendakian sedikit. Pemandangan Sungai Chiling merupakan tempat pemeliharaan ikan, sudah tentu terdapat banyak ikan di sini, antaranya seperti ikan kelah. Walaubagaimanapun, para pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan kelah kerana ia merupakan sepsis yang perlu dilindungi. Tetapi, anda dibenarkan untuk memberi ikan makan dengan membeli makanan ikan di tapak perkhemahan.
Place to Stay
•
8.6/10
Hulu Selangor, Selangor
RM 173
RM 165
Hotel atau resort terdekat yang boleh dijadikan tempat penginapan adalah seperti Sarang by the brook yang mengmbil masa selamat 15 minit dari Sungai Chiling.
Tidak perlu pergi jauh, hanya 30 minit sehingga 1 jam sahaja anda dapat menikmati staycation bertemakan alam semula jadi yang mengasyikkan di sekitar Selangor. Selain bersantai dan melihat pemandangan indah flora fauna, anda boleh mencipta kenangan terindah bersama keluarga.
Photo: Azam Muhammad
Sri Damai Resort menawarkan penginapan yang mengusung konsep alam semula jadi, dilengkapi dengan kolam mandi untuk anak-anak dan kolam memancing bagi pencinta ikan spesies langka seperti Kelah dan Baung. Pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan seperti ATV, berbasikal air terjun, ladang rusa, ternakan kambing, dan dusun buah-buahan tempatan turut disediakan.
Sri Damai Resort mula beroperasi pada tahun 2016 di Selangor dan merupakan resort percutian pertama yang menawarkan chalet berasaskan alam semula jadi yang terletak di sepanjang rangkaian Titiwangsa dan Sungai Inki. Terletak di kampung Pasir Putih, hanya 5 KM dari Lebuhraya PLUS melalui Tol Tanjung Malim, resort ini terdiri daripada 8 buah chalet, 7 dormitori, 2 homestay yang dilengkapi dengan kemudahan moden untuk menjadikan penginapan Anda selesa, dan 2 bilik rehat bergaya rumah pohon yang memberikan pengalaman yang mengagumkan.
Sama ada Anda berada bersama keluarga atau mencari ketenangan di tepi sungai yang jernih, kami berharap untuk menjadikan penginapan Anda yang menyenangkan dengan kakitangan kami yang komited untuk memenuhi setiap kehendak Anda. Dengan tanah yang terbuka, resort ini sesuai untuk acara luar seperti barbeku, majlis pertunangan atau perkahwinan, sambutan ulang tahun, program latihan, dan hari keluarga.
Alamat: 44000 Kerling, Selangor
Photo: Taman Eko RImba Komanwel
Taman Eko Rimba Komanwel & Resort terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, hanya kira-kira 30 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3 km dari Bandar Rawang. Taman ini menggabungkan hutan yang lebat, taman landskap dengan pemandangan yang menakjubkan ke tasik kami, tapak perkhemahan, chalet, trek mendaki, ATV (kenderaan semua medan), ladang lebah kelulut, dan kemudahan lain untuk memberikan pilihan yang ideal dan menyeronokkan bagi pengunjung yang ingin melarikan diri ke alam semula jadi yang menakjubkan.
Dikelolakan oleh Jabatan Perhutanan Selangor, ia adalah hutan dipterokarp rendah yang meliputi kawasan lebih daripada 620 hektar, dengan sebahagian besar kawasan ini dikhaskan sebagai hutan rekreasi. Ideal untuk beraktiviti kayak dan berkhemah - terdapat empat zon perkhemahan yang menawarkan sehingga 51 tapak perkhemahan yang terletak berdekatan dengan dua sungai dan pintu masuk utama.
Selain berkhemah, mereka yang ingin menginap semalaman boleh mencuba Resort Taman Rimba Komanwel yang diuruskan secara swasta, terletak di tenggara taman. Mampu menampung kumpulan besar, resort ini menawarkan BBQ dan aktiviti memasukkan bot, dan terdapat juga kafe yang menyajikan makanan tempatan, pizza, kopi, dan kek.
Alamat: Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000, Rawang, Selangor
Photo: Carpe Diem Orchard Home Serendah
Carpe Diem Orchard Home adalah pilihan utama untuk menikmati penginapan yang istimewa di Serendah. Dengan kamar-kamar yang dilengkapi penyejuk udara, pengunjung dapat menikmati keselesaan yang tak tertandingi di tengah suasana yang memikatkan. Lokasinya yang hanya beberapa kilometer dari Serendah, dengan akses mudah melalui Rawang Bypass dan Lebuhraya Utara-Selatan, menjadikannya destinasi yang nyaman dan mudah dijangkau dari Kuala Lumpur, hanya dalam 45 minit perjalanan.
Suasana kampung yang hangat dan pesonanya, serta hamparan kebun buah seluas 18 ekar, memberikan pengalaman menginap yang unik. Dengan tujuh bilik/chalet yang indah, pengunjung dapat menikmati ketenangan alam dan keasrian lingkungan. Kolam renang luar ruangan dan fasilitas BBQ menambahkan nilai tambah kepada pengalaman penginapan, membolehkan pengunjung menikmati waktu santai di tengah pemandangan yang hijau dan segar. Selain itu, terdapat restoran Triple Round yang menyajikan hidangan iga lezat, memberikan cita rasa kuliner yang tak terlupakan.
Carpe Diem Orchard Home juga menjadi pilihan yang ideal untuk acara keluarga, bulan madu, atau pertemuan bersama teman-teman. Kesederhanaan dan kehangatan kampung, bersama aksesibilitas yang mudah, menjadikan tempat ini tempat yang mengundang untuk berkumpul, bersantai, dan menikmati momen-momen istimewa di Serendah. Dengan keunikan pengalaman inapnya, Carpe Diem Orchard Home memastikan setiap kunjungan menjadi kenangan yang berkesan dan penuh keceriaan.
Alamat: 803, Main Road, Kampung Sungai Choh, 48200, Serendah, Selangor
Photo: Heart Patrick
Satu tempat menarik yang perlu Anda cuba adalah Tanah Larwina Retreat, destinasi percutian alam semula jadi dan ladang yang menakjubkan, terletak di Hulu Langat, hanya beberapa minit memandu dari Kuala Lumpur. Terbentang di atas tanah seluas 3 ekar, kotej Kendiri ini menawan dengan lokasinya yang indah di tebing Sungai Larwin, mewujudkan suasana santai di rumah ringkas ini jauh dari kesibukan kota.
Sesuai untuk percutian keluarga dan perjalanan bersama rakan-rakan, Anda boleh menghabiskan hujung minggu di Rumah Tebing yang boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Kemudahan yang disediakan termasuk kawasan barbeku luar dan kawasan memasak, dapur yang serba lengkap dengan peralatan yang baik dan tapak perkhemahan untuk menikmati marshmallow panggang di sekitar unggun api.
Tempat percutian alam semula jadi dan ladang seluas 3 hektar ini terletak di pinggir Kuala Lumpur, menawarkan kotej unik Kendiri yang direka untuk menikmati pemandangan sungai yang mengalir. Menyediakan ketenangan yang bergaya, peluang untuk berinteraksi dengan haiwan ternakan atau meneroka keindahan semula jadi persekitaran dengan kadar yang santai. Kami mengalu-alukan keluarga dan rakan dalam kumpulan 8 hingga 16 orang untuk menikmati penginapan dan berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan di Tanah Larwina!
Alamat: Batu 23, Jalan Sungai Lui, Kampung Paya Lebar, 43100, Hulu Langat, Selangor
Photo: Norsiah Hartanah Premium
River & Glamp Batu Caves menawarkan pengalaman glamping yang unik di tengah keindahan alam. Bagi para pencinta alam, tempat ini menjadi pilihan ideal untuk melupakan kepenatan pekerjaan dan kehidupan di kota, sambil menikmati kemewahan berkhemah yang terbaik. Terletak hanya 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, River & Glamp Batu Caves menyediakan khemah dengan kelengkapan seperti penghawa dingin, kipas, dan tilam, serta memungkinkan pengunjung untuk menikmati BBQ dan berkemah dengan suasana yang menyeronokkan.
Tempat ini tidak hanya menawarkan keselesaan glamping, tetapi juga keindahan alam yang menakjubkan. Dikelilingi oleh kecantikan semulajadi, pengunjung dapat menikmati aktiviti bersama keluarga seperti bersantai di tepi sungai yang memikat hati. River & Glamp Batu Caves merupakan tempat yang penuh estetika, dengan khemah-khemah yang indah terletak di tepi sungai, menciptakan suasana yang damai dan menarik.
Lokasinya yang strategis, hanya 45 minit dari pusat Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves, Selangor, menjadikan River & Glamp Batu Caves pilihan menarik untuk pelancong yang ingin merasai glamping di tepi sungai. Dengan pakej yang meriah, termasuk 3 kali makan dalam gaya glamping, tempat ini menyediakan peluang untuk tidur di alam terbuka, menikmati pemandangan luar biasa, dan mengalami pengalaman unik yang tak terlupakan.
Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100, Batu Caves Selangor
Photo: Skycamp by Skytrex
SkyCamp by Skytrex merupakan pengembaraan hutan terbaik di Malaysia yang membawa pengalaman pengembaraan di hutan ke tahap yang lebih tinggi dengan pengalaman berkhemah semalaman yang baru. Tempat ini terletak di tanah persendirian yang indah di Sg Lopo, Hulu Langat, menciptakan kenangan yang tak terlupakan bersama keluarga dan rakan-rakan Anda. Inilah tempat untuk mencari suasana baru. Semua pakej keperluan berkhemah telah disediakan, jadi Anda tak perlu khawatir, malahan lengkap dengan pemandu yang memastikan pengalaman berkhemah yang terbaik dan tak terlupakan.
Anda boleh menikmati malam di dalam hutan dengan sambil berkhemah glamor dan bergaya dengan kelengkapan seperti khemah untuk 2 atau 3 orang, tilam yang selesa dengan bantal, beg tidur, lampu berkhemah, dan kipas mini. Anda boleh memilih untuk memiliki makanan yang sudah disediakan atau turut serta dalam persediaan hidangan lezat di dalam hutan, menikmati makan malam di bawah bintang atau di dalam kemah.
Bermalam di sini akan lebih menyeronokkan jika Anda habiskan malam Anda dengan pelbagai aktiviti menarik dan bersantailah dengan rakan baru di bawah kemah terbang hingga pagi, mendengar bunyi muzik hutan atau mencipta muzik Anda sendiri sambil menyanyi sehingga puas hati pun oke pula. Alat-alat untuk pelbagai hiburan telah disediakan untuk keseronokan Anda, termasuk permainan Energizer, permainan kad dan papan, pembesar suara Bluetooth, power bank, pencahayaan, dan kawasan hammock. SkyCamp akan memberikan pengalaman luar biasa di alam semula jadi untuk Anda, keluarga dan rakan-rakan Anda.
Alamat: Lot 3637, Jalan Sungai Lepoh, Kampung Orang Asli 43100, Hulu Langat, Selangor
Photo: The Hid3out
Satu lagi tempat perkhemahan yang mungkin menjadi pilihan untuk Anda dan keluarga mencari ketenangan. Ini adalah The Hid3out, terletak di tebing Sungai Tua, Batu Caves, Selangor, menyajikan pengalaman glamping yang unik di tengah-tengah alam semula jadi. Glamping di sini bukan sekadar perkhemahan biasa, tetapi cara yang lebih menarik dan mewah untuk merasai keindahan alam semula jadi. Pengunjung boleh menikmati keselesaan tinggi dengan peralatan glamping yang disediakan, termasuk tilam yang selesa dan tandas mudah, menjadikan pengalaman perkhemahan lebih santai dan menarik.
Kelebihan utama The Hid3out ialah keselesaan dan kemudahan yang diberikan kepada pengunjung. Semua keperluan glamping telah disediakan, membebaskan tetamu daripada kebimbangan untuk membawa peralatan mereka sendiri. Dengan bilik BBQ, pengunjung boleh menyediakan hidangan lazat mereka sendiri, menambahkan sentuhan keintiman dan kemesraan di tengah-tengah suasana hutan yang indah. Hid3out menyajikan alternatif menarik bagi mereka yang ingin merasai keunikan glamping tanpa kehilangan keselesaan dan kemudahan.
Penginapan di The Hid3out bukan sekadar tempat bermalam, tetapi juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan di tengah alam semula jadi. Suasana tenang di tebing Sungai Lama menambahkan lagi daya tarikan penginapan ini, mewujudkan suasana yang sesuai untuk berehat dan melarikan diri dari rutin harian. Bagi mereka yang mencari kombinasi sempurna keindahan semula jadi dengan keselesaan glamping, The Hid3out ialah destinasi yang patut dipertimbangkan.
Alamat: Hutlista 2 Jalan Ulu Yam - Sungai Tua Sungai Tua Recreational Forest, 68100 Batu Caves, Selangor
Photo: luvfeelin 乐飞翎 (乐飞翎)
Dusun Bonda ialah destinasi Vila Khemah Berbentuk Loceng dan Tapak Glamping yang dihoskan secara persendirian di tengah-tengah kebun, menawarkan pengalaman penginapan selaras dengan keharmonian suasana dan keindahan persekitaran. Terletak di Batang Kali, Hulu Selangor, Dusun Bonda bermula sebagai sebuah vila peribadi kecil sebelum berkembang menjadi destinasi yang turut menyediakan tapak glamping dan kawasan perkhemahan yang tersusun rapi di tengah-tengah perkampungan buah-buahan, mewujudkan penginapan yang menawan dan selesa. Pengembara boleh menikmati ketenangan penginapan dalam suasana semula jadi yang menarik.
Dusun Bonda bukan sahaja menawarkan kemudahan penginapan yang menyenangkan, malah turut memfokuskan kepada keluarga dengan menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak seperti air terjun dan kolam buatan. Keindahan alam semula jadi kawasan ini dan susunan pelbagai aktiviti glamping merupakan aspek penting yang diberi perhatian oleh Dusun Bonda. Ia termasuk pengalaman glamping yang mempesonakan, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai keindahan semula jadi sambil menikmati kemewahan dan keselesaan.
Sebagai destinasi yang menawarkan pengalaman penginapan yang unik, Dusun Bonda memastikan tetamu dapat menikmati detik istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan, mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan di tengah-tengah kehijauan taman buah-buahan yang menenangkan.
Alamat: Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Tidak perlu pergi jauh, hanya 30 minit hingga 1 jam Anda boleh menikmati staycation bertemakan alam semula jadi yang menarik di sekitar Selangor. Selain bersantai dan melihat pemandangan indah flora dan fauna, Anda boleh mencipta kenangan terindah bersama keluarga.
15 Fun Outdoor Activities in Kuala Lumpur and Selangor
Recommendation of thin...
Lihat harga
Semoga idea staycation bersama alam semula jadi di sekitar Selangor yang dikongsikan diatas bermanfaat untuk anda jadikan sebagai rujukan dalam merancang percutian anda. Jangan lupa tempah hotel dan resort berdekatan dengan kawasan berkenaan di Traveloka untuk dapatkan tawaran harga yang terbaik!
Sat, 12 Jul 2025
Firefly
Kota Bharu (KBR) to Kuala Lumpur-Subang (SZB)
Harga bermula dari RM 99.50
Wed, 2 Jul 2025
Batik Air Malaysia
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur-Subang (SZB)
Harga bermula dari RM 240.79
Wed, 2 Jul 2025
Batik Air Malaysia
Pulau Pinang (PEN) to Kuala Lumpur-Subang (SZB)
Harga bermula dari RM 101.97