Percutian Keluarga di Lumut: Panduan Tempat Menarik dan Aktiviti

Traveloka MY
17 Oct 2024 - 4 min read

Lumut adalah sebuah bandar pesisir yang memikat di Perak, Malaysia. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan suasana yang tenang. Dikelilingi oleh pantai-pantai yang cantik dengan pasir putih dan air laut yang jernih, bandar pesisir ni sesuai untuk aktiviti rekreasi keluarga dengan kanak-kanak seperti berenang, snorkeling, dan memancing.

Tarikan lain mcam taman-taman yang rimbun dan kawasan hijau pun ada di Lumut ni. Sesuai untuk aktiviti bersiar-siar atau berkelah dengan orang-orang tersayang. Keunikan Lumut pun terletak pada suasana bandar yang tenang dan damai, jauh daripada kesibukan dan keramaian. Ada pula kedai-kedai kecil dan restoran yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan terutama seafood segar, menjadi daya tarikan tambahan bagi pengunjung.

Lumut pun mempunyai sejarah yang kaya dengan peninggalan bangunan kolonial dan muzium-muzium kecil yang menceritakan kisah perkembangan bandar ini. Dengan suasana yang memikat dan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, Lumut merupakan destinasi yang sesuai untuk Anda yang mencari ketenangan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Tarikan Mesra Keluarga di Lumut

1. Pantai Teluk Batik

Jika percutian yang tenang adalah sebahagian daripada rancangan perjalanan anda, Pantai Teluk Batik mungkin merupakan tempat yang sempurna untuk beristirahat semasa perjalanan anda ke Lumut. Nikmati hari yang santai di pantai dengan air yang tenang, sesuai untuk berenang. Keluarga juga boleh berkelah, membina istana pasir, atau terlibat dalam sukan air. Pantai ini bersih dan selamat, dengan air yang cetek yang ideal untuk kanak-kanak.

2. Lumut Waterfront

Shutterstock.com

Kawasan tepi laut ini mempunyai taman permainan, tempat duduk untuk berehat, dan pemandangan indah ke arah laut. Anda boleh bawa kanak-kanak berkeliling dengan bot untuk menikmati angin laut yang segar. Tempat ni pun sesuai adalah untuk berjalan-jalan santai dengan keluarga dan menikmati suasana tenang.

3. Jeti Lumut

fadhlan mohamad 2021 / Shutterstock.com

Selain menjadi pintu masuk ke Pulau Pangkor, Jeti Lumut adalah tempat yang bagus untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan laut dan kapal-kapal yang berlabuh. Dikelilingi oleh pemandangan indah Selat Malaka, Anda boleh berjalan-jalan di sepanjang jeti sambil menikmati pemandangan laut, kapal-kapal yang berlabuh, serta angin laut yang menyegarkan. Terdapat juga kedai-kedai cenderamata dan gerai makanan yang menarik di sekitar jeti.

4. Pulau Pangkor

Shutterstock.com

Destinasi alam yang menjadi pelancongan utama lainnya di Perak adalah Pulau Pangkor. Pulau ini merupakan pulau terbesar ketiga di Malaysia. Pantainya yang cantik termasuk Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah, Coral Beach, dan Teluk Belanga menawarkan pemandangan menawan. Pelbagai aktiviti sukan air seperti snorkelling, scuba diving, kayaking, memancing, banana boat, jet ski, dan lain-lain turut disediakan. Perkhidmatan sewa kenderaan seperti kereta, teksi, motosikal, dan basikal juga tersedia bagi pengunjung yang ingin menjelajah pulau dengan lebih bebas.

5. Taman Paya Bakau

Taman ini menawarkan laluan pejalan kaki yang mengelilingi paya bakau. Ini memberikan pengalaman pendidikan dan menyeronokkan untuk keluarga, di mana Anda dan kanak-kanak boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dan belajar tentang ekosistem bakau dan memerhati burung yang bermacam-macam. Aktiviti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka meneroka alam sekitar.

6. Pusat Maritim TLDM

Pusat Maritim ini mempamerkan pelbagai pameran yang berkaitan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), termasuk model kapal dan sejarah maritim Malaysia. Ia adalah tempat yang mendidik dan menarik untuk dikunjungi oleh keluarga.

7. Pulau Marina

Pulau Marina berhampiran dengan Lumut. Anda boleh mencapai pulau ini hanya dengan naik feri. Pulau ini terkenal dengan suasana yang tenang, pantai yang indah, serta pelbagai kemudahan rekreasi seperti kolam renang, taman permainan, dan tempat berkelah. Pulau Marina juga menawarkan pemandangan laut yang mempesona

8. Zoo Taiping

Thanwan Singh Pannu / Shutterstock.com

Ingin melihat haiwan-haiwan? Datanglah ke Zoo Taiping! Berjarak hanya 1 jam saja dari Lumut, Zoo Taiping memiliki lebih dari 1200 ekor haiwan dari 140 spesies termasuk harimau, singa, gajah, dan lain-lain. Anda boleh menikmati aktiviti bersama anak-anak dan mempelajari tentang hidupan liar. Selain itu, terdapat pula atraksi Night Safari yang membolehkan pengunjung melihat hidupan liar pada waktu malam tanpa mengganggu ketenteraman. Sebuah pengalaman menarik untuk dinikmati bersama keluarga.

9. Kuil Tua Pek Kong

Kuil ini dibina untuk memuja Tua Pek Kong, dewa yang dianggap sebagai pelindung dan pembawa tuah. Salah satu ciri yang paling menarik di Kuil Tua Pek Kong adalah Pagoda Tujuh Tingkat yang megah. Pelawat boleh menaiki pagoda dan menikmati pemandangan indah bandar Sibu dan Sungai Rajang dari tingkat atas pagoda. Pemandangan ini sangat menarik terutamanya semasa matahari terbenam.

10. Kampung Batu Tiga

Di Kampung Batu Tiga, Anda dapat menemukan rumah-rumah tradisional Melayu yang masih mengekalkan seni bina klasik. Pengunjung yang datang ke sini berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan, menikmati masakan tradisional, dan mengalami sendiri budaya serta tradisi yang diamalkan di kampung ini. Disini, Anda boleh memperkenalkan budaya Melayu yang indah kepada kanak-kanak.

Tips Melawat ke Lumut

EnthusiasticPhotographers / Shutterstock.com

Pilih Waktu yang Sesuai

Disarankan untuk datang ke Lumut saat cuaca sedang cerah agar tidak terhambat hujan. Lumut mengalami iklim khatulistiwa yang panas sepanjang tahun. Disyorkan untuk mengunjungi Lumut antara Jun dan September untuk mengalami keadaan cuaca terbaik. Walaupun begitu, bulan-bulan ini mungkin akan ramai oleh pelancong.

Bawa Barang-Barang Penting

Semasa melancong, bawa barang penting. Gunakan pelindung matahari untuk melindungi kulit Anda dari sinaran matahari yang terik. Terutama, Lumut terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, namun terik. Bawa sunblock, cermin mata hitam dan topi melindungi diri daripada sinaran matahari. Lumut pun mempunyai banyak tempat menarik untuk difoto, jadi bawa kamera atau gunakan telefon bimbit. Sedia power bank untuk mengecas telefon jika baterinya habis. Pastikan Anda sentiasa bersedia dengan barang-barang penting agar perjalanan Anda menjadi lebih selesa.

Pesan Tiket Jauh-Jauh Hari

Mulailah dengan memesan tiket perjalanan Anda jauh sebelum tanggal keberangkatan. Ini memungkinkan Anda mendapatkan tiket dengan harga lebih rendah dan menjamin tempat duduk Anda. Selain itu, ini juga memberi Anda waktu yang cukup untuk merencanakan perjalanan Anda dengan lebih teliti. Anda dapat memanfaatkan penawaran diskon yang tersedia, seperti yang ditawarkan oleh platform Traveloka.

Flight to Kuala Lumpur

Wed, 21 May 2025

AirAsia Berhad (Malaysia)

Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)

Harga bermula dari RM 152.24

Fri, 30 May 2025

AirAsia Indonesia

Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)

Harga bermula dari RM 226.94

Wed, 21 May 2025

AirAsia Berhad (Malaysia)

Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)

Harga bermula dari RM 91.96

Itulah dia beberapa tempat menarik yang patut dikunjungi di Lumut! Mulai dari keunikan keindahan Pantai Teluk Batik hingga Kampung Batu Tiga yang kaya akan budaya Melayu, setiap sudut Lumut memiliki daya tariknya sendiri. Jangan lewatkan kesempatan untuk menjelajahi keindahan Pulau Marina dan Pulau Pangkor, keagungan Kuil Tua Pek Kong, keseronokan berkeliling naik bot di Lumut Waterfront dan kelezatan kuliner tempatan yang menggugah selera. Tunggu apa lagi? Rasakan keseruan berlibur ke Lumut dengan memesan tiket dan pemesanan hotel sekarang juga di Traveloka!

Dalam Artikel Ini

• Tarikan Mesra Keluarga di Lumut
• 1. Pantai Teluk Batik
• 2. Lumut Waterfront
• 3. Jeti Lumut
• 4. Pulau Pangkor
• 5. Taman Paya Bakau
• 6. Pusat Maritim TLDM
• 7. Pulau Marina
• 8. Zoo Taiping
• 9. Kuil Tua Pek Kong
• 10. Kampung Batu Tiga
• Tips Melawat ke Lumut
• Pilih Waktu yang Sesuai
• Bawa Barang-Barang Penting
• Pesan Tiket Jauh-Jauh Hari

Penerbangan yang Disyorkan dalam Artikel Ini

Wed, 21 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 152.24
Tempah Sekarang
Fri, 30 May 2025
AirAsia Indonesia
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 226.94
Tempah Sekarang
Wed, 21 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 91.96
Tempah Sekarang
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved