Tarikan di Sekinchan - Sekinchan adalah merupakan kawasan bandar kecil yang terletak di Selangor, Malaysia. Dengan suasana desa yang menenangkan, pemandangan sawah padi yang indah, makanan laut yang murah, serta kewujudan pelbagai tempat tarikan di Sekinchan menjadi pilihan ramai untuk diterokai.
Senarai hotel di Sekinchan untuk percutian
Sekiranya anda bercadang untuk bercuti dua tiga hari di sini, anda boleh tempah hotel yang ada di sekitar Sekinchan.
Nak tahu apa je tempat menarik di Sekinchan? Jom teruskan membaca.
Alamat: Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Untuk pengetahuan anda, Sekinchan adalah merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang utama dan terbesar di Malaysia sekaligus menjadi pengeluar beras terbesar di Malaysia. Memang luas sangat sawah padi dekat Sekinchan ini.
Kawasan sawah padi sering menjadi salah satu tarikan terutamanya buat pengunjung dari bandar dan juga individu yang tidak pernah melihat sawah padi di depan mata. Apabila datang ke sini, mereka pasti teruja!
Bukan itu sahaja, panorama sawah padi di sini juga acapkali menarik perhatian jurugambar sama ada yang amatur mahupun professional. Sawah padi di Sekinchan ini sering menjadi pilihan untuk penggambaran drama TV dan filem.
Anda boleh melawat sawah padi di Sekinchan ini pada bila-bila masak dan tiada bayaran masuk dikenakan.
Alamat: Lot 7260, Jalan Tali Air 5, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang
Sekinchan sememangnya terkenal sebagai salah satu kawasan sawah padi yang terbesar di Malaysia. Bila ada sawah padi mestilah ada kilang pemprosesan padi kan?
Hah, apabila sudah berjalan bersiar-siar dan menenangkan diri di kawasan sawah padi, anda boleh ke kilang pemprosesan padi pula. Trip bersama anak-anak ke kilang padi ini adalah idea aktiviti cuti sekolah yang menarik.
Di kilang ini, pengunjung akan melihat bagaimana padi diproses untuk menjadi beras, proses menuai dan sebagainya. Pengunjung akan menonton video yang menunjukkan satu persatu proses penghasilan beras sebelum berpeluang dibawa melawat ke kawasan kilang dan melihat secara terus melalui kaca pemerhati yang disediakan bagaimana proses tersebut dilakukan.
Selain itu, pengunjung boleh melihat kawasan pameran berkaitan padi dan membeli cenderamata serta beras yang dihasilkan di kilang ini.
Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang
Nama sahaja galeri namun ia sebenarnya merupakan sebuah kilang, muzium, galeri dan juga kedai, 4 dalam 1. Harga tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk anak-anak.
Disini pengunjung akan berpeluang untuk mengetahui pelbagai info menarik mengenai padi dan beras, iaitu makanan asasi rakyat Malaysia. Anda akan diberi tontonan sebuah dokumentari mengenai sejarah padi, perkembangan teknologi dalam penanaman padi dan seumpamanya.
Galeri Padi Sekinchan ini sangat sesuai dikunjungi bersama anak-anak untuk membolehkan mereka mempelajari pelbagai perkara baru.
Alamat: Bagan, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Selain terkenal sebagai kawasan jelapang padi, Sekinchan juga sinonim dikenali sebagai perkampungan nelayan. Sekiranya anda suka memancing, inilah tempatnya. Anda boleh dapatkan tips dan pergi memancing bersama nelayan yang ada di sini. Konfem seronok!
Disebabkan kawasan ini merupakan kawasan perkampungan nelayan, harga makanan laut di sini memang murah-murah. Segar pula tu. Salah satu makanan laut yang terkenal di sini ialah ikan bakar. Anda bolehlah cuba singgah di mana-mana kedai makan yang buka di sekitar sini.
Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan
Waktu beroperasi: 10am-6pm (setiap hari)
Ah Ma’s House akan membawa anda mengimbau kenangan zaman kanak-kanak anda. Hal ini kerana, di rumah kampung tradisional ini terdapat pelbagai jenis barang antik seperti telefon lama, radio, typewriter, peti televisyen lama, perkakasan memasak lama, dan kerusi rotan. Selain dipamerkan, terdapat juga barang antik yang dijual seperti mangkuk tingkat.
Menariknya lagi, di Ah Ma’s House ini anda boleh membeli pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih kapit. Pembuatan kuih Kapit disini masih lagi menggunakan cara dan alatan tradisional. Jadi, rasanya juga cukup asli dan sedap. Terdapat juga makanan yang dijual di kedai runcit zaman 80an dan 90an di sini.
Anda boleh bergambar sepuasnya di sini dengan berlatarbelakangkan suasana rumah tradisional dan barangan antik. Menarik kan?
Alamat: Jalan Jpt, Sekinchan, Selangor, Malaysia
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Sekinchan Wishing Tree adalah merupakan sebuah pokok di Pantai Redang, Sekinchan. Pokok ini dikenali sebagai pokok yang dapat mengabulkan permintaan atau hajat seseorang. Di pokok ini terdapat ribuan riben merah yang diikat sebagai salah satu cara untuk menyatakan hajat. Dibawah riben itu diletakkan logam sebagai pemberat.
Secara tidak langsung, pokok ini telah menjadi salah satu tarikan di Sekinchan. Kepada individu yang percaya, mereka boleh menulis hajat mereka pada riben merah dan mengikatnya dengan pemberat seperti duit syiling lalu melemparkannya ke arah dahan pokok tersebut.
Menurut kepercayaan tertentu, semakin tinggi riben yang dilempar berjuntai pada pokok, maka semakin tinggi peluang untuk permintaan tersebut menjadi kenyataan.
Alamat: Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor
Waktu beroperasi: Bermula 8 pagi (pada waktu pasang surut yang khusus)
Sky Mirror Sekinchan adalah merupakan sebuah tebing pasir atau pulau kecil yang muncul di tengah-tengah perairan. Apabila air surut dan menjadi cetek, barulah kawasan ini akan kelihatan.
Disebabkan itu, waktu berkunjung ke sini adalah mengikut air pasang dan surut bagi membolehkan anda menerokai kawasan ini dan mengambil gambar sepuasnya. Apabila air cetek, ia akan muncul dan menimbulkan refleksi seperti cermin. Biasanya ia hanya terjadi 3-4 jam pada waktu pagi.
Harga tiket masuk adalah RM70 untuk dewasa 17 tahun ke atas dan RM60 untuk17 tahun ke bawah. Anda boleh dapatkan tiket masuk di Traveloka. Tiket masuk ini lawatan ke Sky Mirror dan juga aktiviti ATV selama 3 jam.
Alamat: Lorong Tiga, Site A Kampung Kian Sit, Sekinchan, Selangor, Malaysia
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Salah satu tokong Cina yang terkenal di Sekinchan ialah Tokong Nan Tian. Tokong ini terletak di tengah-tengah sawah padi. Ini menjadikannya sebagai spot terbaik untuk melihat keindahan sawah di sekitar Sekinchan.
Pada setiap bulan Kesembilan Kalendar Lunar, para penyembah akan menyambut hari lahir Sembilan Dewa Maharaja (Jiu Huang Ye atau 九皇爷) selama sepuluh hari. Ia adalah salah satu acara keagamaan terpenting di Sekinchan.
Alamat: Jalan Pantai Redang, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Jeti Pantai Redang ini terletak di Pantai Redang dan menjadi salah satu tempat tarikan di Sekinchan. Apabila berada di jeti ini, anda boleh menikmati keindahan laut sambil melihat bot-bot nelayan datang dan pergi. Ia juga menjadi spot yang baik untuk mengambil gambar dan melihat matahari terbenam.
Alamat: Jalan Pantai Redang, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Pantai Redang adalah merupakan pantai yang sememangnya popular bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah dalam kalangan pelancong luar juga. Pantai ini adalah pantai umum dan tiada bayaran masuk di kenakan.
Untuk makluman anda, di pantai ini anda tidak boleh bermandi manda. Namun usah risau, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti bermain layang-layang, melihat matahari terbenam, bermain pasir, memancing dan sebagainya.
Alamat: Jalan Besar, Tanjung Karang, Selangor
Waktu beroperasi: Rabu & Sabtu (7 pagi hingga 11 pagi)
Pasar Tanjung Karang ini terletak hanya 15 minit daripada Sekinchan. Di pasar ini, pelbagai jenis barangan pasah di jual. Biasanya hasil nelayan di Sekinchan juga akan di bawa dan dijual di pasar ini.
Selalunya, makanan laut yang dijual di sini memang segar-segar dan harganya pun berpatutan. Kalau ada masa, bolehlah anda singgah ke pasar ini selepas berkunjung ke Sekinchan.
Alamat: Lot 7260, Jalan Tali Air 5, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: 7 pagi hingga 7 malam
Sekinchan Nature Park atau juga dikenali sebagai Kuala Selangor Nature Park ini menempatkan pelbagai flora dan fauna. Ia terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu Hutan Hujan Tropika & Hutan Paya.
Pengunjung boleh melihat keseluruhan taman ini melalui tempat pemerhatian dan menara yang disediakan. Terdapat juga chalet untuk mereka yang berminat untuk merasai pengalaman bermalam di hutan belantara.
Bukan sahaja Artikel tentang Tarikan di Sekinchan yang Traveloka menyediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:
Tunggu apalagi, jomlah berkunjung ke Sekinchan dan lawati 12 tempat menarik yang disenaraikan di atas bersama keluarga tercinta. Sebarang tempahan tiket masuk boleh dibuat melalui laman web Traveloka ya!
Sama ada anda mengimpikan percutian pantai yang menenangkan, pengalaman budaya yang mendalam, pendakian gunung yang mencabar, pelayaran mewah, atau percutian bandar yang singkat, EPIC Sale pasti memenuhi keinginan setiap pelancong.
Download aplikasi Traveloka sekarang untuk mendapatkan diskaun terbaik dan tempah percutian impian anda dengan mudah.
Tue, 15 Jul 2025
Scoot
Surabaya (SUB) to Melaka (MKZ)
Harga bermula dari RM 304.84
Tue, 17 Jun 2025
Lion Air
Surabaya (SUB) to Melaka (MKZ)
Harga bermula dari RM 751.59
Sun, 22 Jun 2025
Citilink
Surabaya (SUB) to Melaka (MKZ)
Harga bermula dari RM 1,258.85