Taman tema yang popular ini menempatkan pelbagai pilihan permainan untuk semua peringkat umur. Sekiranya anda datang daripada luar Perak, sebaiknya anda tempah Sunway Lost World Hotel yang terletak benar-benar di kawasan taman tema ini.
Bagi yang ingin beriadah, bermandi-manda, meredah hutan dan seumpamanya, anda boleh pertimbangkan untuk berkunjung ke sini. Ia terletak hanya 5 km dari Bandaraya Ipoh.
Taman rekreasi ini terletak hanya kira-kira 6 km dari Bandaraya Ipoh. Di sini, anda boleh bersiar-siar sambil menaiki bot dan juga beriadah di taman permainan yang disediakan.
Fantasy House Trick Art ini memaparkan lebih 30 lukisan mural yang interaktif sebagai tarikan utamanya. Pengunjung boleh mengambil gambar di mana-mana sudut sambil dengan gaya tersendiri untuk menghasilkan gambar yang menarik dan kelihatan seperti ‘hidup’.
Jika anda ingin merasai seperti berada Penang Street Art, anda boleh berkunjung ke sini. Di sini anda dapat menyaksikan hasil lukisan dan mural 3D hasil karya pelukis terkenal Ernest Zacharevic.
Menara ini dibina sebagai peringatan untuk J.W.W. Birch, penduduk British pertama di Ipoh. Di kawasan belakang menara ini, terdapat foodcourt yang menjual makanan tempatan.
Selain berfungsi sebagai terminal kereta api, stesen ini juga merupakan mercu tanda utama Bandaraya Ipoh. Reka bentuk dan seni bina stesen ini masih lagi mengekalkan seni bina bangunan Inggeris lama.
Memorial ini terletak di bahagian kiri berhadapan dengan stesen keretapi Ipoh. Ia dibina untuk memperingati mangsa peperangan yang terkorban. Memorial ini juga mengenang pemergian rakyat dan banduan perang dalam pembinaan landasan kereta api maut Burma-Siam.
Untuk mencari ole-ole atau barang koleksi peribadi dengan harga yang murah, anda boleh singgah ke pasar malam ini. Apabila datang ke sini, pastikan anda mengeluarkan kemahiran tawar-menawar anda ya!
Pasar Karat yang beroperasi setiap hari pada waktu ini adalah pilihan yang tepat untuk dikunjungi bagi peminat barangan antik dan unik seperti duit lama, setem, hiasan rumah, pakaian, kasut dan sebagainya.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini bagi mendalami sejarah perlombongan bijih timah di Ipoh. Staf muzium akan menjelaskan kepada pengunjung mengenai setiap informasi yang ada di sini.
Untuk mengenali tentang sejarah teh herba di Ipoh pula, anda boleh berkunjung ke muzium yang bersaiz sederhana ini. Terdapat pelbagai informasi menarik serta perkakasan lama untuk menghasilkan teh secara tradisional di pamerkan di muzium ini.
Source: Muzium Yasmin Ahmad from startsomegood.com
Muzium yang terletak di tingkat bawah BookXcess Kong Heng ini wajib dikunjungi oleh peminat filem tanah air yang diarahkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Ruangan muzium ini penuh dengan paparan puisi-puisi, gambar nostalgia, filem-filem dan sebagainya.
Kedai buku ini menjadi tarikan kerana reka bentuk dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri sebuah bank. Siap ada bilik kebal dan kotak deposit keselamatan bank yang telah diubah menjadi rak-rak buku.
Concubine Lane terletak berdekatan kawasan BookXcess Kong Heng. Ia merupakan sebuah lorong yang telah diubahsuai dan menempatkan banyak kafe, restoran dan juga kedai cenderamata.
Di galeri ini terdapat pelbagai koleksi patung atau arca mini yang sangat comel dan halus ukirannya. Lokasi galeri ini juga berdekatan dengan tarikan lain seperti Fantasy House Trick Art dan sebagainya.
Blueblue Playland adalah merupakan sebuah taman permainan dalaman kanak-kanak yang terbesar di Ipoh. Sekiranya cuaca di luar tidak mengizinkan, anda boleh bawa anak-anak untuk berseronok di sini.
X Park Sunway City Ipoh ini sangat sesuai sesiapa yang ingin melakukan aktiviti outdoor atau indoor seperti bermain futsal, go kart, ATV, memanah dan macam-macam lagi. Anda boleh menginap di The Haven All Suite Resort untuk memudahkan anda ke sini.
Masjid yang berusia lebih 100 tahun ini di mempunyai senibina yang dipengaruhi oleh seni bina Moghul dan Chitya India. Lokasi masjid ini sangat berdekatan dengan Hotel Cititel Express Ipoh dan beberapa tarikan lain.
Istana yang popular dengan sejarahnya juga salah satu tempat viral di Ipoh yang mempunyai seni bina Inggeris yang sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk mengambil gambar.
Ini adalah salah satu kedai makan di Ipoh yang menawarkan makanan cina halal. Antara menu terkenal di sini adalah Hong Kong Chee Cheong Fun, mi wonton, cakoi dan sebagainya.
Rugi sekiranya anda tidak merasai tau fu fah yang di kedai yang terkenal di Ipoh ini. Kedai ini telah menjual tau fu fah sejak lebih 60 tahun yang lalu tau!
Bagi yang suka makan lewat malam, anda boleh singgah menjamu selera di sini. Selain menyediakan pencuci mulut seperti ais cukur buah-buahan, terdapat juga pelbagai jenis masakan yang dijual termasuklah makanan Melayu, Cina dan India.
Taman rekreasi ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan. Anda juga boleh bersiar-siar sambil menaiki beca atau basikal. Jangan lupa juga untuk menangkap gambar di sudut-sudut menarik.
Kinta Riverwalk adalah destinasi yang sesuai untuk pasangan menghabiskan masa bersama sambil menikmati pemandangan yang damai dan kehijauan. Pada waktu malam pula, kawasan ini dihiasi dengan lampu berwarna-warni.
Bulatan Amanjaya adalah salah satu lokasi yang anda boleh kunjungi pada waktu malam. Anda boleh menyewa basikal, papan selaju, basikal roda tiga dan melakukan pelbagai aktiviti santai di sini.
Muzium ini wajib menjadi salah satu destinasi untuk dikunjungi dalam ‘bucket list’ anda. Ia merupakan sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan antik dari zaman 40-an sehingga 80-an.
Source: Masjid Muhammadiah Ipoh from wikipedia.org
Keunikan masjid ini ialah, ia mempunyai seni bina tradisional Cina. Selain reka bentuknya yang unik, masjid ini juga sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan. Jangan lupa singgah ya!
Pusat rekreasi ini adalah salah satu tempat percutian di Ipoh yang mempunyai air terjun dan juga kolam air panas yang membolehkan pengunjung datang berehat untuk bermandi-manda. Pengunjung juga boleh ber-bbq dan berkelah secara santai.
Ini lah peluang anda untuk melawat ladang limau bali sambil mempelajari pelbagai info menarik mengenainya. Di ladang ini juga anda boleh menikmati teh herba yang diperbuat daripada buah ini dan membeli hasil produk buah ini.
Seperti namanya, semua barang yang ada di sini dalam keadaan terbalik! Anda boleh mengambil gambar mengikut kreativiti anda dan berseronok bersama keluarga.
Ipoh Town Hall terkenal dengan struktur bangunannya yang dibina oleh arkitek A.B. Hubback. Bangunan kolonial berwarna putih ini sesuai dijadikan latar belakang untuk mengambil gambar dan menghayati seni bina rekaannya yang megah.
Source: Muzium Darul Ridzuan from wikipedia.org
Untuk pengetahuan anda, Muzium Darul Ridzuan ini telah berusia lebih 100 tahun. Anda boleh mengenali sejarah negeri Perak dengan lebih jelas melalui informasi serta pameran yang ada di muzium ini.
Movie Animation Park Studios ini sangat berbaloi untuk dikunjungi bersama anak-anak. Terdapat pelbagai tarikan interaktif di sini yang menampilkan kartun-kartun popular seperti BoBoiBoy 4D Adventure Theatre, Coral Kingdom, Space Face, The Smurf Theater dan pelbagai lagi!
Pastikan anda tidak terlepas untuk berkunjung di foodcourt ini apabila bercuti di Ipoh. Terdapat banyak pilihan gerai makanan yang menjual pelbagai makanan tempatan yang wajib dicuba di sini. Memang rugi kalau tak singgah!
Jika anda tercari-cari tempat menarik di Ipoh untuk menyambut hari istimewa, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di sini. Penginapan ini dikelilingi oleh alam semulajadi seperti bukit batu kapur, gua dan hutan hijau. Kolam air panas pun ada. Anda tidak perlu ke mana-mana lagi. Boleh tempah di sini.
Jangan lepaskan peluang berkunjung ke semua tempat-tempat menarik di Ipoh ini untuk pengalaman percutian yang tidak terlupakan. Jomlah kome bercuti ke Ipoh!
Jika anda ingin membuat tempahan penginapan, tiket penerbangan, dan aktiviti perjalanan, anda boleh mendapatkan harga terbaik dari Traveloka.
Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi: