Tempat Menarik di Kelantan: Senarai Percutian Paling Best

Traveloka Accomodation
24 Dec 2022 - Bacaan 5 minit

Tempat Menarik di Kelantan - Kalau anda tak tahu, Kelantan atau lebih mesra digelar sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib dilawati. Ia sebuah negeri yang tidak terlalu pesat seperti Melaka atau Pulau Pinang walaupun ia juga dikategorikan sebagai salah satu pusat pelancongan di Malaysia.

Jika anda bergerak dari Kuala Lumpur, anda boleh memandu, menaiki bas atau menaiki kapal terbang. Untuk memendekkan tempoh perjalanan supaya anda boleh menghabiskan lebih banyak masa menerokai Kelantan, kami sarankan menempah tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Jika anda suka konsep roadtrip, oleh itu, memandu lebih sesuai.

Hari ini, kita akan senaraikan tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati sekiranya anda terfikir untuk berkunjung ke Kelantan. Tempat-tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin membeli-belah, membuat aktiviti rekreasi, bersantai dan menikmati keindahan Kelantan secara menyeluruh.

1.
Wakaf Che Yeh
2.
Pantai Cahaya Bulan
3.
Pantai Senok
4.
Gunung Stong
5.
Pasar Siti Khadijah
6.
Pantai Melawi
7.
Min House Camp
8.
Masjid Ar-Rahman
9.
Masjid Kampung Laut
10.
Street Art

Tempat Menarik Di Kelantan

1. Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh - Tempat Menarik di Kelantan

Wakaf Che Yeh merupakan hab membeli-belah yang popular bila kita bercakap mengenai apa aktiviti yang ingin dilakukan di Kelantan. Setiap kali ada pelancong yang datang ke Kelantan untuk bercuti, mereka pasti tak terlepas daripada melawati Wakaf Che Yeh kerana itulah masa terbaik nak membeli-belah pada harga yang murah-murah belaka.

Wakaf Che Yeh buka pada belah siang dan malam tapi apa yang menarik adalah pada belah siang, ia merupakan tempat untuk warga tempatan hadir membeli barangan asas seperti bahan mentah atau barangan rumah, tapi pada belah malam, ia bertukar menjadi pasar malam yang rancak. Anda boleh mendapat aneka makanan tempatan dan barangan-barangan murah seperti pakaian, aksesori dan banyak lagi.

Maklumat lokasi:

Alamat: Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

2. Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan - Tempat Menarik di Kelantan

Source: Instagram @yimiiiin

Siapa yang tak suka pantai, bukan? Jika anda peminat pantai, anda bertuah kerana Kelantan mempunyai banyak pilihan pantai yang menarik untuk dilawati. Pantai Cahaya Bulan merupakan pantai yang terkenal di Kelantan.

Pantai ini sangat popular kerana kawasannya yang luas dan pemandangannya yang menawan. Di sini, anda boleh berkhemah, bermandi-manda dan ada juga yang datang dan bermain layang-layang.

Maklumat lokasi:

Alamat: Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan

3. Pantai Senok

Pantai Senok - Tempat Menarik di Kelantan

Source: Instagram @azwanwithanh

Ada yang panggil Pantai Senok dan ada yang panggil Pantai Nami Bachok. Ia digelar Pantai Nami kerana pantai ini mempunya persekitaran yang unik sehingga disamakan dengan persekitaran Kepulauan Nami di Korea.

Apabila anda berjalan-jalan di pantai ini, anda akan dikelilingi dengan barisan pokok-pokok ru yang tersusun indah. Ia seperti berada di dunia lain. Ia sering menjadi tumpuan untuk pelancong mengambil gambar berlatarbelakangkan keindahan ini.

Maklumat lokasi:

Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan

4. Gunung Stong

Gunung Stong - Tempat Menarik di Kelantan

Source: Instagram @azreenyunus10

Tempat ini pasti membuat penggemar gunung tersentuh kerana ia antara gunung terindah di Kelantan. Gunung Stong in berdiri setinggi 1,422 meter dan ia menjadi cabaran yang digemari oleh para pendaki yang datang ke sini untuk menawan puncak gunung ini.

Jika anda bukan pendaki, itu tak bermakna anda tak patut datang melawat ke sini, malah, di sini juga terletaknya Air Terjun Jelawang, iaitu air terjun bertingkat yang sangat popular. Jadi, anda jangan terlepas untuk menikmati pemandangan flora dan fauna di sini, walaupun jika anda bukan datang untuk mendaki.

Maklumat lokasi:

Alamat: Gunung Stong, Dabong, Kelantan
Harga kemasukan: RM 5 (Untuk mendaki), RM 3 (Untuk melawat Air Terjun Jelawang), RM 10 (Bermalam di Pondok Campsite) dan RM 3 (Untuk menyewa tapak perkhemahan)

5. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah - Tempat Menarik di Kelantan

Pasar Siti Khadijah merupakan pasar terbesar untuk mereka yang ingin mencari barangan dapur seperti sayur-sayuran segar, rempah ratus, kuih-muih dan sebagainya. Ini pasar yang popular dan hampir semua pelancong yang ke Kelantan pasti akan singgah untuk memborong.

Oleh kerana harganya juga sangat berpatutan, ia menjadi penarik kepada orang ramai untuk serbu pasar ini bilamana mereka ada peluang untuk melakukannya. Ia tak terhad kepada barangan makanan, anda juga boleh jumpa barangan kraf tangan, sulaman dan permainan untuk dijadikan buah tangan bila anda balik nanti.

Maklumat lokasi:

Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)

6. Pantai Melawi

Pantai Melawi - Tempat Menarik di Kelantan

Source: Instagram@azieranikli

Selepas kita dah melawat Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Senok, kita ke Pantai Melawi pula. Macam dah kata, Kelantan ada banyak pantai menarik dan cantik-cantik, jadi, ia menjadi satu kerugian untuk tak mencadangkan sebanyak mungkin dalam senarai ini.

Pantai Melawi terkenal kerana pasir putih dan pemandangan lautan yang terbuka serta luas. Sejauh mata boleh memandang punya luas. Sebaik anda pijakkan kaki di atas pasir putihnya, anda akan rasa ketenangan yang tak boleh digambarkan. Ia tempat yang sangat terpencil, sunyi tapi menenangkan.

Maklumat lokasi:

Alamat: Pantai Melawi, Bachok, Kelantan

7. Min House Camp

Min House Camp membuka pintunya kepada mereka yang ingin menikmati kehidupan desa yang sebenar. Sebaik anda memasuki kawasan Min House Camp ini, anda akan terpegun dengan betapa kayanya tempat ini dengan kehadiran flora dan fauna.

Jika anda bernasib baik, anda boleh juga saksikan beberapa spesies hidupan liar berlegar-legar dengan bebas di sekitar premis kem ini. Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini termasuk memancing, berkayak, mempelajari tentang pertanian dan banyak lagi.

Maklumat lokasi:

Alamat: Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, 16150 Kota Bharu, Kelantan

8. Masjid Ar-Rahman

Masjid Ar Rahman - Tempat Menarik di Kelantan

Source: Instagram @chalia92

Antara keistimewaan Kelantan yang tak ramai orang tahu adalah nilai seni bina yang mengagumkan, terutamanya dalam pembinaan masjid. Boleh dikatakan kebanyakan masjid besar yang ada di Kelantan mempunyai bentuk-bentuk yang penuh seni. Masjid Ar-Rahman merupakan salah satu daripadanya.

Jika anda ke Masjid Ar-Rahman, anda akan tersentuh dengan ketelitian yang ditanamkan dalam pembinaan masjid ini. Ia menekankan unsur tradisional tapi dicantikkan dengan unsur-unsur seni bina dari Indonesia, Turki dan Yemen. Apabila anda datang ke masjid ini, anda pasti terpukau sebentar.

Maklumat lokasi:

Alamat: Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan

9. Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut - Tempat Menarik di Kelantan

Masjid Kampung Laut antara masjid yang menunjukkan nilai seni yang sama seperti Masjid Ar-Rahman. Ia betul-betul nampak unik dan membawa kita kembali kepada zaman dahulu kala kerana masjid ini masih menggunakan kayu sebagai bahan utama dalam pembinaannya.

Satu lagi fakta menarik tentang Masjid Kampung Laut adalah ia pertama kali dibina tanpa menggunakan paku pun. Menakjubkan, bukan? Ini menunjukkan betapa kukuh dan hebatnya kaedah pembinaan pada waktu itu sehingga ia mampu bertahan sehingga sekarang. Sebab itu, anda tak patut melepaskan peluang untuk melawatinya.

Maklumat lokasi:

Alamat: Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan

10. Street Art

Kini, kita beralih ke seni pula, iaitu seni lukisan. Jalan Dato Pati di Bandar Kota Bharu akan memukau anda dengan barisan lukisan yang sangat unik dan cantik. Di sini terdapat pelbagai lukisan mural yang sentiasa memberikan aura seperti ia menceritakan sesuatu.

Ia sangat kreatif dan hasil seninya sangat menonjol dengan gabungan warna-warna pelangi, warna-warna terang yang memberi kesan kepada anda bila anda melihatnya. Anda takkan berlalu pergi tanpa rasa kagum dengan bakat mereka yang menghiasi dinding-dinding jalan ini.

Maklumat lokasi:

Alamat: Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Rancang Perjalanan ke Kelantan dengan Traveloka

Apabila dah ada inspirasi untuk bercuti ke Kelantan, anda mesti mula runsing nak fikirkan tentang persiapannya. Terutama sekali jika pergi bercuti bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar. Benda-benda logistik itu pasti rasa melecehkan. Jika ini kali pertama anda merancang percutian sendiri, ia pasti nampak agak sukar, tapi percayalah, ia satu proses yang mudah.

Traveloka tampil dengan jalan penyelesaian kepada masalah ini kerana kini, Traveloka sudah memperkembangkan produknya daripada tiket penerbangan, hotel sehinggalah aktiviti-aktiviti menarik yang ada di Kelantan. Modal perniagaan ini dibina khususnya untuk membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan mudah dan pantas.

Oleh itu, anda boleh terus menggunakan aplikasi Traveloka atau melalui laman web Traveloka untuk menempah tiket penerbangan, bilik penginapan dan tiket kepada tarikan-tarikan menarik pada harga yang berpatutan. Terdapat banyak pilihan yang ditawarkan juga daripada pilihan syarikat penerbangan (AirAsia, Malindo Air, Batik Air, Malaysia Airlines dan banyak lagi), jenis tempat penginapan (hotel, homestay, resort, villa dan banyak lagi) dan pakej untuk aktiviti anda di sana.

Dalam Artikel Ini

• Tempat Menarik Di Kelantan
• 1. Wakaf Che Yeh
• 2. Pantai Cahaya Bulan
• 3. Pantai Senok
• 4. Gunung Stong
• 5. Pasar Siti Khadijah
• 6. Pantai Melawi
• 7. Min House Camp
• 8. Masjid Ar-Rahman
• 9. Masjid Kampung Laut
• 10. Street Art
• Rancang Perjalanan ke Kelantan dengan Traveloka
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved