10 Tempat Menarik di Kundasang yang Wajib Dilawati Tahun Ini

Traveloka Accomodation
10 Jan 2023 - Bacaan 4 minit

Tempat Menarik di Kundasang - Apa khabar, warga net semua? Semua ok? Kerja ok? Sihat-sihat belaka semua? Okay, sebab hari ini kita nak cerita tentang Kundasang. Kundasang ini dari dulu sampai sekarang masih menjadi destinasi utama orang ramai bila nak fefeeling bercuti overseas. Mana taknya, tempat dia cantik dan orang-orang tempatan pun mesra belaka.

Bila pergi bercuti dekat situ, mesti puas hati. Jadi, apa tempat menarik yang ada di Kundasang sekarang? Kami dah kumpulkan 10 tempat menarik yang wajib dilawati tahun ini untuk travel solo, berdua, bertiga atau satu kampung.

1.
Bukit Maragang
2.
Tugu Peringatan Perang Kundasang
3.
Desa Cattle Dairy Farm
4.
Rumah Terbalik Tamparuli
5.
Hounon Ridge Farmstay & Camping
6.
Pekan Ranau
7.
Timpohon Gate
8.
Mesilou Highliand Strawberry Farm
9.
Kononukan Garden & Camping
10.
Ranau Tandem Paragliding Park

Tempat Menarik Di Kundasang

1. Bukit Maragang

Bukit Maragang - Tempat Menarik di Kundasang

Adakah anda suka mendaki? Bukit Maragang merupakan bukit setinggi 2,232 meter yang membolehkan pengunjung menguji kemampuan mereka ketika berada di sana. Bukit ini memberikan cabaran yang tidak terlalu tinggi, oleh itu, sesiapa yang ingin cuba melakukan aktiviti rekreasi ini boleh melakukannya.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Kampung Mesillou, 89308 Kundasang, Sabah
Kadar bayaran:Pakej A (Normal Trail):Pemandu Pelancong Untuk Dewasa: RM 50 (1 – 5 Pendaki)Bawah 17 Tahun: RM 50 (1 – 2 Pendaki)Pengangkutan: RM 30Pemuliharaan: RM 7 untuk Dewasa | RM 5 untuk Bawah 17 TahunPakej B (Loop Trail):Pemandu Pelancong Untuk Dewasa: RM 80 (1 – 5 Pendaki)Bawah 17 Tahun: RM 80 (1 – 2 Pendaki)Pengangkutan: RM 40Pemuliharaan: RM 7 untuk Dewasa | RM 5 untuk Bawah 17 Tahun

2. Tugu Peringatan Perang Kundasang

Tugu Peringatan Perang Kundasang - Tempat Menarik di Kundasang

Tugu Peringatan Perang Kundasang merupakan sebuah lokasi yang ditujukan untuk tentera Australia dan British yang terkorban semasa menjadi tawanan perang di Kem Sandakan. Ia kini menjadi destinasi utama untuk mereka yang berminat menyelami peristiwa-peristiwa bersejarah di situ.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: 90 KM, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau
Kadar bayaran: RM 2 untuk Pemegang MyKad dan RM 10 untuk Bukan Warganegara
Waktu operasi: 8:30 pagi hingga 5:30 petang

3. Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm - Tempat Menarik di Kundasang

Desa Cattle Dairy Farm terletak di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang. Ia merupakan antara sumber utama penghasilan susu lembu di Sabah dan juga pembuat produk-produk tenusu di negara itu. Menarik, bukan? Tempat ini dibuka kepada tetamu untuk melawati kawasan yang menarik ini.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Desa Dairy Farm, Mesilau
Kadar bayaran: RM 5 untuk Dewasa dan RM 4 untuk Kanak-kanak
Waktu operasi: 8:00 pagi hingga 5:00 petang

4. Rumah Terbalik Tamparuli

Jika anda inginkan aktiviti yang boleh dibuat seisi keluarga, anda boleh ke Rumah Terbalik. Ia pasti akan buat anda terhibur dan mungkin pening kepala untuk beberapa minit. Di sini, dunia anda akan diterbalikkan dengan rekaan rumah terbalik yang meliputi semua perabot rumah yang anda boleh fikirkan.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250
Kadar bayaran: RM 12.70 untuk Dewasa dan RM 5.30 untuk Kanak-kanak
Waktu operasi: 7:00 pagi hingga 7:00 petang

5. Hounon Ridge Farmstay & Camping

Hounon Ridge Farmstay & Camping - Tempat Menarik di Kundasang

Anda takkan percaya pemandangan yang anda akan temui di sini. Ia seperti anda bukan berada di Malaysia. Pemandangan yang berlatar belakangkan bukit dan gunung serta dikelilingi dengan alam semula jadi, ia merupakan escapism yang tiada tandingannya. Di sini, anda boleh buat pelbagai aktiviti lain seperti barbeku, meneroka dan banyak lagi.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Kampung Himbaan, Ranau 89308
Kadar bayaran: RM 40 sehingga RM 200 bergantung kepada jenis penginapan

6. Pekan Ranau

Pekan Ranau - Tempat Menarik di Kundasang

Imej dari Wikipedia-Ranau

Jangan lupa menziarahi Pekan Ranau untuk melihat celoteh kehidupan seharian warga Kundasang di Sabah. Di sini, anda boleh melawat kedai-kedai yang tersedia, berbual dengan orang-orang tempatan, malah mencari aktiviti-aktiviti baru yang mungkin hanya orang tempatan saja yang tahu.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Pekan Ranau, Ranau, Sabah

7. Timpohon Gate

Timpohon Gate - Tempat Menarik di Kundasang

Timpohon Gate merupakan titik permulaan pendaki-pendaki Gunung Kinabalu memulakan pendakian mereka. Oleh kerana trek-trek di sini betul-betul dikelilingi dengan alam semula jadi, ia menjadi peluang keemasan untuk anda menikmati pemandangan alam flora pada masa yang sama.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Timpohon Gate, Taman Negara Kinabalu

8. Mesilou Highland Strawberry Farm

Mungkin buah strawberi di sini lebih menarik daripada di Cameron Highlands? Inilah peluang anda untuk menguji teori itu. Di sini, anda bukan saja boleh melihat tanaman strawberi di kawasan-kawasan tanah tinggi, malah, seperti di Cameron Highlands, anda boleh merasai buah-buah strawberi yang di raih dari tanaman tersebut.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Kampung Mesilou, Ranau
Kadar bayaran: Percuma
Waktu operasi: 8:00 pagi hingga 5:00 petang

9. Kononukan Garden & Camping

Kepada mereka yang berminat dengan aktiviti di luar, anda boleh pergi ke Taman Kononukan dan berkhemah di situ selama beberapa hari. Ia merupakan lokasi tarikan untuk mereka yang suka berkhemah. Antara punca utama ia menjadi lokasi yang digilai ramai adalah kerana pemandangannya yang indah.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Bundu Tuhan, 89300 Tenompok, Sabah
Kadar bayaran:Harga kemasukan: RM 20 untuk Dewasa, RM 15 untuk Remaja dan PERCUMA untuk Kanak-kanakHarga berkhemah: Sekitar RM 30 ke atas semalaman

10. Ranau Tandem Paragliding Park

Ranau Tandem Paragliding Park - Tempat Menarik di Kundasang

Jika ingin mencuba aktiviti yang meningkatkan adrenalina anda, cubalah aktiviti paragliding di Ranau Tandem Paragliding Park. Walaupun anda tidak mempunya pengalaman melakukan aktiviti ini, anda masih boleh melakukannya. Paragliding ini akan melalui kawasan alam flora yang luas melepasi gunung-ganang, kawasan perkampungan dan sawah padi. Ia satu pengalaman yang tak boleh dilepaskan.

Ini perkara yang perlu anda tahu mengenai tarikan ini:

Lokasi: Ranau, Sabah Highlands
Kadar bayaran: RM 190
Waktu operasi: 10:00 pagi hingga 5:30 petang

Fuh, best-best tempat-tempat ini, kan? Kalau korang ada pelan nak pergi bercuti ke Kundasang, Sabah hujung tahun ini tapi tak tahu nak buat macam mana, Traveloka boleh tolong aturkan semuanya. Korang perlu main klik-klik sahaja.

Nak hotel? Tiket penerbanga? Tempahan aktiviti? Semua ada Traveloka ni. Cuba-cubalah, mana tahu berkenan di hati. Jangan lupa pass artikel ni dekat kawan-kawan dan keluarga untuk idea percutian bersama.

Dalam Artikel Ini

• Tempat Menarik Di Kundasang
• 1. Bukit Maragang
• 2. Tugu Peringatan Perang Kundasang
• 3. Desa Cattle Dairy Farm
• 4. Rumah Terbalik Tamparuli
• 5. Hounon Ridge Farmstay & Camping
• 6. Pekan Ranau
• 7. Timpohon Gate
• 8. Mesilou Highland Strawberry Farm
• 9. Kononukan Garden & Camping
• 10. Ranau Tandem Paragliding Park
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved