Langkawi sememangnya destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dikunjungi. Ia adalah sebuah pulau yang menakjubkan yang menawarkan banyak tarikan termasuk pusat peranginan mewah, tempat membeli-belah bebas cukai, pantai yang menakjubkan dan alam semulajadi yang mendamaikan.
Sebagai sebuah pulau yang indah di Malaysia, semestinya Langkawi mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada semua pengunjungnya.
Untuk artikel kali ini, kami kongsikan beberapa lokasi terbaik di Langkawi beserta waktu operasinya agar anda boleh merancang percutian anda dengan sebaiknya.
Lokasi-lokasi ini sesuai untuk dikunjungi bersama pasangan, keluarga dan mereka yang ingin menikmati hiburan pada waktu malam.
Mari teruskan membaca!
Waktu Beroperasi: 24 jam
Taman Lagenda Langkawi ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Jeti Kuah. Ia juga dikenali sebagai muzium taman terbuka dan menempatkan arca-arca patung, beberapa replika rumah serta bangunan tradisional Melayu sebagai tarikan utamanya.
Di sini, anda dan pasangan boleh mempelajari mengenai budaya dan sejarah Melayu. Terdapat papan tanda yang memperincikan mitos yang dikaitkan dengan arca-arca dan replika yang ada dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris.
Taman ini juga dihiasi dengan pokok-pokok, pelbagai jenis bunga dan tumbuhan hijau yang subur. Selain bersiar-siar sambil mempelajari budaya dan sejarah Melayu, taman ini juga sesuai untuk dijadikan tempat berkelah dan bersantai di bawah pohon bersama pasangan.
Sekiranya anda penat berjalan kaki untuk bersiar-siar di taman ini, anda boleh menyewa ‘buggy’ untuk membawa anda menerokai taman ini dengan santai.
Terdapat juga pameran kraftangan yang dihasilkan dengan kreatif oleh penduduk tempatan. Kraftangan ini juga dijual sebagai cenderahati untuk pengunjung menjadikannya kenangan berkunjung ke sini.
Jangan lupa juga untuk mengambil gambar bersama pasangan anda dengan latar belakang landskap alam semulajadi, arca buatan dan di depan pintu masuknya.
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (09:30 pagi - 7 malam)
Harga Tiket: Dewasa RM6 | Kanak-kanak RM4.
Untuk pengalaman yang agak mencabar bersama pasangan, anda boleh pergi ke Langkawi Sky Bridge ini. Langkawi Sky Bridge adalah salah satu jambatan gantung melengkung yang terpanjang di dunia. Terletak pada ketinggian 2,170 kaki, jambatan ini tergantung di antara dua gunung.
Jambatan ikonik ini menawarkan pemandangan pulau-pulau di sekitarnya dan Laut Andaman yang menakjubkan. Pengunjung boleh berdiri di atas panel lantai perspex yang lutsinar untuk melihat alam semulajadi dengan lebih dekat dan juga merasai ketinggian jambatan ini. Inilah masanya untuk mencabar diri anda atau pasangan!
Anda juga boleh membeli tiket menaiki Sky Cab ke stesen teratas untuk melihat pemandangan dari atas. Jangan lupa bawa kamera anda untuk merakam semua pemandangan indah di sekeliling anda melalui tingkap lutsinar kereta kabel.
Waktu Beroperasi: 7 pagi - 6 Petang
Untuk merehatkan diri dan berinteraksi dengan alam, anda boleh bawa pasangan pergi ke Air Terjun Telaga Tujuh. Keunikan air terjun ini ialah ia mempunyai 7 kolam kecil yang dikatakan sebagai tempat puteri-puteri kayangan mandi apabila turun ke bumi. Sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. Cerita ini popular dalam kalangan penduduk tempatan dan orang-orang lama.
Untuk sampai ke kawasan air terjun, anda perlu melalui laluan yang agak mencabar. anda perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai. Bergantung pada stamina masing-masing.
Tipsnya, pastikan anda bawa air mineral secukupnya. Sekiranya anda membawa makanan, sila letak di dalam beg bukannya beg plastik. Hal ini kerana, disini terdapat monyet-monyet liar yang sentiasa bersedia menunggu kedatangan anda untuk merampas makanan anda!
Waktu Beroperasi: 24 jam (Masuk Percuma)
Dataran ini menempatkan sebuah patung helang yang besar dan beberapa mercu tanda lain yang menjadikannya tempat yang popular untuk pasangan mengabadikan gambar bersama.
Bertentangan dengan dataran ini, terdapat Kompleks Jetty Point, terminal feri utama Langkawi dan pusat membeli-belah bersaiz sederhana. Anda boleh singgah membeli-belah di pusat beli-belah bebas cukai ini setelah puas mengambil gambar dan berjalan di sekitar Dataran Lang ini.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan bersama pasangan di sini ialah, melihat patung Helang melalui bot, mengambil gambar di mozek berbentuk bintang di dataran ini, membeli coklat dan ais krim dari kedai berdekatan, dan sebagainya.
Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah pada awal pagi. Hal ini kerana, matahari terbit menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Selain itu, pada waktu pagi biasanya pengunjung masih belum ramai lagi. Anda boleh mengambil gambar di semua sudut tanpa gangguan.
Waktu Beroperasi: 24 jam (namun, ada kawasan pantai yang privasi hanya boleh diakses sehingga 5.30 petang sahaja)
Pantai yang indah ini sesuai dijadikan sebagai destinasi untuk pasangan bercuti dan berbulan madu.Pantai ini termasuk dalam senarai 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN tau!
Jika dibandingkan dengan Pantai Cenang, pantai ini lebih privasi dan kurang pengunjung. Di pantai ini tidak terdapat banyak aktiviti yang tersedia.Pendek kata, biasanya pengunjung hanya bermandi-manda dan berehat di tepi pantai sambil menikmati senja. Memang sesuailah untuk anda meluangkan masa berduaan bersama pasangan.
Selain itu, anda boleh menginap di hotel-hotel mewah yang berhampiran pantai ini seperti Four Seasons Resort Langkawi dan Tanjung Rhu Resort.
Terdapat juga beberapa restoran dan bar berdekatan untuk anda mengisi perut dengan suasana pantai yang romantis. Pantai ini memang ideal untuk anda habiskan masa bersama pasangan tanpa keriuhan pengunjung lain.
Waktu Beroperasi: 8.30 pagi - 5 Petang
Untuk lokasi percutian yang mesra keluarga dan kanak-kanak, Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise adalah pilihan terbaik. Taman ini terletak di Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, Pulau Langkawi.
Di taman ini, kanak-kanak boleh berinteraksi secara langsung dan memberi makan pelbagai jenis burung yang ada. Memang seronok sangat. Inilah yang menjadikan Taman Hidupan Liar Langkawi dan Syurga Burung berbeza dan patut dikunjungi.
Terdapat lebih kurang 2500 burung dan lebih 150 spesies haiwan ada di taman ini. Untuk memastikan semua burung dan juga haiwan dalam keadaan yang terbaik, taman ini direka persis habitat mereka di alam semulajadi.
Setiap habitat direka secara unik untuk setiap jenis spesies burung. Laluan sehala diwujudkan di tengah-tengah taman jni sebagai laluan untuk memudahkan pengunjung.
Selain itu, taman ini juga menampilkan air terjun buatan manusia dengan ketinggian 15 meter. Di taman ini juga terdapat kedai runcit bebas cukai yang menjual makanan haiwan serta kedai cenderamata.
Waktu Beroperasi: 9.30 pagi - 7 Petang
Percutian bersama keluarga di Langkawi pasti bertambah seronok sekiranya anda berpeluang membawa anak-anak dan ahli keluarga untuk merasai pengalaman menaiki kereta kabel Langkawi ini. Pengalaman ini perlu anda rasai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Untuk pengetahuan anda, kereta kabel Langkawi atau juga dikenali sebagai Langkawi Skycab ini adalah merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Langkawi. Memang beratur pengunjung nak naik kereta kabel ini.
Kereta kabel ini akan membawa anda ke puncak Gunung Mat Cincang, di mana anda boleh menikmati pemandangan panoramik pulau itu. Menariknya, lantai dan juga dinding kereta kabel ini diperbuat daripada kaca. Kalau anda seorang yang gayat, anda pasti merasakan sebuah penantian yang sangat lama duduk dalam kereta kabel ini!
Dari segi keselamatan, anda tidak perlu risau. Kereta kabel buatan Swiss ini memiliki ciri-ciri keselamatan yang boleh dipercayai dan menggunakan teknologi yang canggih.
Waktu Beroperasi: 9.30 pagi - 7 Petang
Langkawi Eco Marine Park adalah merupakan taman tema laut interaktif yang pertama di Asia. Di taman tema laut ini, pengunjung berpeluang untuk menerokai keindahan dunia bawah laut sambil berseronok.
Taman tema air yang mesra keluarga ini menempatkan pelbagai jenis tarikan yang sesuai untuk setiap peringkat umur termasuk kanak-kanak. Anda boleh dapatkan tiket masuk di sini dengan harga yang berpatutan.
Antara tarikan yang ada di Langkawi Eco Marine Park ini ialah kolam air dalam, kolam snorkeling, kolam jerung, kolam infiniti, kolam kanak-kanak dan pantai buatan manusia.
Semua kolam air laut di taman tema, kecuali kolam kanak-kanak, didiami oleh ribuan hidupan marin eksotik yang berasal dari seluruh dunia!
Waktu Beroperasi: Setiap hari (10 pagi - 6 petang), Cuti Sekolah / Cuti Umum (09:30 pagi - 6:30 petang)
Underwater World Langkawi adalah salah satu akuarium terbesar di Malaysia dengan lebih kurang 4,000 spesies hidupan akuatik.
Antara tarikan utama di Underwater World Langkawi ini ialah terowong raksasa sepanjang 15 meter yang menempatkan jerung, pari gergasi, kerapu, penyu hijau dan pelbagai lagi. Anak-anak anda pasti teruja melihat hidupan laut bergerak-gerak bebas melalui terowong ini.
Lawatan ke Underwater World tidak lengkap sekiranya anda tidak melawat Penguinarium, iaitu bahagian penguin. Pastikan anda mengambil banyak-banyak gambar bersama penguin. Untuk dapatkan tiket masuk dengan harga yang rendah, anda boleh tempah melalui laman web Traveloka di sini.
Source: Ilustration of Thirstday Bar & Restaurant (E X. J.)
Waktu Beroperasi: 24 jam
Pantai Cenang mempunyai beberapa bar dan kelab malam yang buka sehingga lewat malam, salah satunya ialah Thirstday Bar and Restaurant. Ia adalah merupakan tempat yang menarik untuk pengunjung berhibur pada waktu bersama rakan-rakan.
Waktu Beroperasi: 6 petang - tengah malam
Monsoon Sky Bar menawarkan pemandangan Laut Andaman yang menakjubkan. Salah satu tarikan di sini ialah minuman koktel istimewa mereka. Pengunjung boleh menikmati angin malam di kawasan terbuka bar sambil berborak kosong sepanjang malam bersama rakan-rakan.
Source: Ilustration of Kalut Bar (Dr. Sridhar Ch)
Waktu Beroperasi: 11 pagi- 1 pagi, setiap hari
Bar ini agak sepi pada waktu siang hari tetapi sangat meriah pada waktu malam. Di sini biasanya terdapat pertunjukan api, parti dan sebagainya untuk menghidupkan suasana malam.
Waktu Beroperasi: 3 petang - 1 pagi, setiap hari
Rhu Bar boleh dikatakan destinasi hiburan malam paling menarik kerana lokasinya terletak eksklusif dalam Four Seasons Resort Tanjung Rhu. Bar berinspirasikan Timur Tengah ini menghadap ke Pantai Rhu yang tenang.
Source: Ilustration of Horizon Bar (David Laffan)
Waktu Beroperasi: Rabu hingga Ahad (12 tengahari - 11 malam)
Ini adalah antara bar dengan pemandangan paling indah di Langkawi. Sebaik sahaja anda masuk, anda akan melihat laut Andaman terbentang luas. Anda boleh merasakan angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati minuman anda dengan santai pada waktu malam.
Sesungguhnya, Langkawi adalah sebuah pulau yang sangat indah dan sesuai untuk dikunjungi sama ada bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan. Pulau ini menyediakan pelbagai jenis tarikan untuk semua lapisan dan golongan pengunjung.
Apalagi, jomlah rancang percutian di Langkawi bersama Traveloka untuk merasai pengalaman percutian yang terbaik dalam hidup anda!
Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi: