Tempat Menarik di Penang - Penang merupakan antara destinasi kepulauan yang menarik di Malaysia. Walaupun ia nampak kecil sebab ia sebuah pulau, namun, bila anda melepasi jambatan ikonik itu, anda akan terpegun dengan apa yang ada di sana.
Anda nak makanan? Pernah cuba nasi kandar Penang? Tak ada nasi kandar tempat lain yang boleh lawan nasi kandar Penang. Nak pergi tempat bersejarah? Seperti Melaka, Penang juga merupakan hab sejarah yang menarik untuk didalami. Nak tempat untuk aktiviti lasak dan adrenalina tinggi? Pergi ke Penang, pasti takkan rugi.
11 tempat menarik yang kita akan tengok hari ini ialah:
Gambar olehMatthew Brodeur dariUnsplash
Batu Ferringhi merupakan tempat idaman untuk mereka yang sukakan pantai. Kepada mereka yang suka melihat matahari terbenam, bermandi-manda, melakukan aktiviti air dan menikmati keindahan alam, memang ke sinilah destinasi mereka.
Walaupun ia jauh ke dalam dan terpencil dari kawasan bandar di Penang, terdapat banyak pilihan hotel-hotel menarik untuk membolehkan anda dan pantai berpisah tiada. Jangan risau, hotel-hotel ini mempunyai variasi harga yang akan menepati keperluan anda.
Maklumat lokasi:
Gambar olehstephen njau dariUnsplash
Jika anda mencari satu tempat yang ada pelbagai tarikan berdekatan, Bukit Bendera namanya. Bukit Bendera bukanlah tarikan baru di Penang, ia sudah menjadi lokasi kegemaran pengunjung sejak dahulu lagi.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini seperti menaiki kereta kabel, berjalan di SkyWalk, melawati Muzium Burung Hantu dan banyak lagi. Setiap tempat-tempat ini menawarkan pengalaman yang berbeza.
Maklumat lokasi:
Gambar oleh Mai Singgah
Kampung Agong merupakan tempat untuk mencari ketenangan yang sukar untuk didapati apabila anda hidup dikelilingi dengan kesibukan bandar. Di sini, anda akan dikelilingi oleh padang yang luas dan dihiasi dengan pokok kelapa di bawah langit biru yang indah.
Selain daripada itu, memandangkan namanya sebuah kampung, anda jangan terkejut melihat kewujudan rumah-rumah kampung yang boleh membawa anda kembali ke zaman lampau. Untuk mereka yang tak pernah rasai fasa hidup di kampung dan ingin menikmatinya, jangan melepaskan peluang untuk ke sini.
Maklumat lokasi:
Pulau Jerejak mempunyai sejarah yang agak gelap pada masa dahulu. Ia seakan-akan Alcatraz, iaitu sebuah pulau yang dijadikan penjara pada tahun 1969 sehingga 1993. Malahan, ia memang digelar sebagai Alcatraz Malaysia. Sebelum ia menjadi penjara, sejarahnya agak menyentuh hati kita.
Namun, sekarang, ia dibuka kepada pelancong sebagai tempat yang penuh dengan keindahan sambil memelihara sejarah yang ia ada. Untuk ke sini, anda hanya perlu menaiki feri selama 10 minit dan di pulau itu sendiri ada tempat penginapan kepada mereka yang ingin bermalam di situ.
Maklumat lokasi:
Gambar oleh Malaysia Travel
Satu lagi lokasi kepada mereka yang sukakan hidupan semula jadi. Entopia boleh dikategorikan sebagai syurga rama-rama di Penang. Ia merupakan satu bangunan besar yang sangat unik seni binanya dan di dalam, anda akan terpegun dengan habitat rama-rama yang menjemput anda.
Di taman rama-rama terbesar di Malaysia, terdapat lebih 15,000 ekor rama-rama yang berterbangan bebas di sekeliling premis bangunan ini. Kepada mereka yang ada fobia terhadap rama-rama, ini mungkin tempat yang akan menguatkan lagi fobia itu, tapi untuk mereka yang suka dengan rama-rama, ini merupakan tempat yang anda takkan ingin pulang apabila tiba waktunya.
Maklumat lokasi:
Anda pernah tengok unta dengan lebih dekat? Atau mungkin bermain-main dengan arnab comel? Selamat datang Audi Dream Farm, sebuah ladang mini yang dipenuhi dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Di sini juga anda boleh berbasikal di sekeliling kawasan yang mempunyai banyak rumah-rumah kampung untuk memberi anda perasaan seperti balik ke kampung halaman. Ia sememangnya sangat cantik, kawasannya sangat tenang dan indah, serta haiwan-haiwan yang ada di situ semuanya dijaga dengan baik.
Maklumat lokasi:
Baiklah, kita beralih daripada menikmati alam semula jadi kepada menikmati karya-karya seni yang terdapat di Penang. Khususnya, di Armenian Street. Armenian Street merupakan sebuah laluan di tengah-tengah bandar George Town yang mempamerkan lukisan seni yang menarik.
Di sepanjang jalan itu, anda akan dihujani dengan lukisan-lukisan unik yang mempunyai ceritanya sendiri. Kepada mereka yang meminati seni, terutamanya seni lukisan seperti yang tersedia di Armenian Street ini, anda pasti akan tersentuh dengan ketelitian yang diberikan oleh artis-artis misteri ini. Jangan ketinggalan untuk melalui jalan ini apabila anda bersiar-siar di George Town.
Maklumat lokasi:
Gambar oleh My Penang
Jika anda dah bosan melawat taman rama-rama tapi masih belum penat untuk pulang ke hotel, anda boleh bersinggah di Penang Bird Park. Ia sebuah taman burung yang terbesar dan pertama di Penang. Kalau Entopia buat anda kagum dengan habitat rama-ramanya, Penang Bird Park akan buat anda tergamam.
Terdapat lebih 3,000 burung daripada sekitar 150 spesies yang berbeza. Antara spesies burung yang terdapat di sini termasuk (dan semestinya tak terhad kepada) burung hantu, burung kakak tua, burung unta dan banyak lagi.
Maklumat lokasi:
Inginkan pengalaman yang tak dapat dilupakan? Sebelum anda menghabiskan malam anda di Penang, anda patut ke aras tertinggi bangunan Komtar. Komtar sahaja merupakan lokasi ikonik untuk anda lawati, tapi apa yang tersedia di tingkat atas? Itu satu kejutan yang menarik.
Terletak di tingkat tertinggi Komtar, 18 tarikan menarik umpama taman tema sedang menunggu. Di situ, terdapat Rainbow Skywalk, Jurassic Centre, 7D Discover Motion Theatre, Tech Dome Penang dan banyak lagi. Ada 18! Jadi, ini panggilan kepada mereka yang sukakan taman tema kerana taman tema di Komtar ini akan memberi keseronokan yang tiada tandingannya…kecuali nasi kandar Penang, yang itu sentiasa menang.
Maklumat lokasi:
Gambar oleh The Smart Local
Tempat ini sesuai sekali dengan mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak dan aktiviti di taman tema air. Escape terletak di dua tempat sahaja, iaitu di Petaling Jaya, Selangor dan di Penang. Jadi, ia satu peluang yang tak patut dilepaskan untuk menikmati kesemua 38 tarikan yang disediakan di sini.
Antara tarikan yang disediakan termasuk Dead Sea Pool, Coco Climb, Family Trail, Chairlift, Jumping Jack, Gecko Tower dan banyak lagi. Jika anda keliru dengan nama-nama ini, itu tandanya anda perlu ke Escape Theme Park dan merasainya.
Maklumat lokasi:
Gambar oleh oo_foodielicious
Kalau lawatan ke muzium ini tidak membuatkan anda lapar di penghujungnya, anda mempunyai kekuatan mental yang tinggi kerana ini muzium yang mempamerkan pelbagai jenis makan tempatan dalam skala yang besar.
Bila kami kata besar, kami memaksudkan ia betul-betul besar. Walaupun ia hanya makanan buatan, tapi ketelitian yang mereka letakkan pada setiap makanan yang dipamerkan buat anda kagum dan lapar pada masa yang sama. Makanan tempatan daripada nasi lemak, roti canai, mee, nasi kandar, cendol dan banyak lagi. Anda dah lapar sekarang? Mungkin lebih baik makan dahulu sebelum ke sini.
Maklumat lokasi:
Rancang Perjalanan Anda dengan Traveloka
Apa yang lebih menarik, kalau anda dah pasti ingin melancong ke Penang, anda tak perlu pergi jauh untuk merancang perjalanan anda. Kenapa? Sebab Traveloka kini sudah evolusi menjadi satu tempat untuk semua perkara yang berkenaan dengan penjelajahan.
Anda boleh tempat tiket penerbangan ke Penang dengan mudah melalui aplikasi atau laman web Traveloka. Kami ada koleksi tiket penerbangan yang meluas daripada syarikat penerbangan utama seperi AirAsia, Malaysia Airlines dan banyak lagi.
Anda inginkan tempahan hotel? Traveloka juga mempunyai koleksi hotel-hotel yang pelbagai, daripada hotel mewah lima bintang, kepada vila, homestay dan sebagainya. Di Penang sahaja anda boleh dapat hotel seperti Golden Sands Resort by Shangri-la, DoubleTree by Hilton, Flamingo Hotel dan banyak lagi.
Dengan senarai yang baru diceritakan di atas, anda pasti ingin melakukan kebanyakan aktiviti tersebut. Traveloka juga menawarkan banyak tiket-tiket untuk ke tarikan-tarikan yang dinyatakan dan lebih lagi. Ia pasti memudahkan anda untuk tempat tiket ke Wonderfood Museum, Escape dan sebagainya, bukan?