Mengapa Vaksin Itu Penting? Kebenaran Tentang Vaksin

Travel Bestie
23 Apr 2022 - Bacaan 5 minit

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Apa itu Vaksin?

Vaksin adalah salah satu cara yang berkesan untuk melindungi manusia daripada penyakit berbahaya. Ia menggunakan pertahanan semula jadi badan kita untuk membina daya tahan terhadap penyakit tertentu dan menguatkan sistem imun kita dengan mencipta antibodi.

Teori Konspirasi tentang Vaksin

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Walaupun vaksin itu telah terbukti berkesan dalam menyembuhkan penyakit yang membawa maut, ramai orang masih mempercayai teori konspirasi dan menganggapnya sebagai berbahaya, membawa maut, dan penipuan.

Ada yang mengatakan bahawa vaksin adalah 'senjata biologi rahsia' yang dibuat oleh 'pertubuhan rahsia' untuk mengawal populasi manusia. Ada yang mengatakan bahawa saintis mencipta vaksin supaya syarikat perubatan gergasi boleh menjana banyak keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.

Faedah Vaksin

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi daripada vaksinasi.

Pertama, ia mengaktifkan "ingatan" sistem imun. Apabila sistem imun kita mengenali penyakit itu, ia akan membentuk antibodi dengan cepat untuk melindungi kita daripada komplikasi teruk daripada penyakit tersebut.

Seterusnya, ia membantu komuniti kita untuk mencapai imuniti kumpulan.

Populasi berisiko, termasuk bayi dan mereka yang sistem imunnya lemah dan tidak boleh mendapat rintangan sendiri, boleh mendapat perlindungan daripada penyakit itu jika seluruh komuniti diberi vaksin.

Kebenaran Tentang Vaksin

Sebelum pandemik COVID-19, vaksin membantu orang ramai dalam membendung banyak wabak utama. Berikut adalah beberapa wabak yang telah dibendung dengan vaksinasi.

1. Wabak Bubonik

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Wabak bubonik juga dikenali sebagai ‘Black Death’. Ia adalah salah satu penyakit maut dan membunuh lebih daripada 25 juta orang pada abad ke-14.

Jangkitan yang membawa maut ini disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis (Y.pestis) yang merebak terutamanya melalui kutu pada tikus dan haiwan lain.

Pada zaman sekarang, tiada vaksin untuk bubonik diberikan kepada orang awam. Walau bagaimanapun, vaksin hanya tersedia kepada orang yang mempunyai pendedahan tinggi kepada wabak kerana pekerjaan mereka.

2. Selesema Sepanyol

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Selesema Sepanyol atau Spanish Flu ialah pandemik selesema yang menyerang pada tahun 1918. Ia dianggap sebagai salah satu jangkitan maut dan menjangkiti hampir satu pertiga daripada populasi Bumi.

Wabak itu dianggarkan membunuh 20 hingga 50 juta orang mangsa. Wabak ini pertama kali diperhatikan di Eropah, Amerika Syarikat, dan Asia sebelum merebak dengan pantas ke seluruh dunia.

Beberapa tahun kemudian, saintis telah membuat pelbagai kajian dan berjaya menemui vaksin yang mampu menghentikan virus tersebut dan menghalangnya daripada merebak sehingga hari ini.

3. Taun

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Taun adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan cirit-birit berair yang teruk. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan juga kematian jika tidak dirawat dengan pantas.

Taun disebabkan oleh minuman atau makanan yang tercemar dengan bakteria ‘Vibrio cholerae’. Bakteria ini mengeluarkan toksin dalam usus yang menghasilkan cirit-birit yang teruk.

Vaksin untuk penyakit ini hanya tersedia untuk orang yang mempunyai pendedahan tinggi kepada bakteria tersebut.

Vaksin untuk Melawan COVID-19

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Pada masa kini, terdapat banyak vaksin untuk COVID-19 yang tersedia. Oleh itu, kita boleh mengurangkan risiko mendapat COVID-19 dan mewujudkan imuniti kumpulan.

Vaksin hanya mengandungi kuman yang terbunuh atau dilemahkan seperti virus atau bakteria, maka ia tidak akan menyebabkan penyakit atau memberi risiko komplikasi kepada anda.

Kerajaan Malaysia telah menyediakan vaksin COVID-19 secara percuma untuk semua rakyat Malaysia. Berikut adalah beberapa vaksin COVID-19 utama yang terdapat di Malaysia:

1. Pfizer-BioNTech

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Pfizer-BioNTech ialah vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh gergasi farmaseutikal AS Pfizer dan BioNTech Jerman.

Ia menggunakan teknologi RNA messenger (mRNA). Vaksin (mRNA) mengajar sel kita untuk membuat protein yang mencetuskan tindak balas imun di dalam badan kita.

Selepas sel kita membuat salinan protein, mereka memusnahkan bahan genetik daripada vaksin. Badan kita menyedari bahawa protein tidak sepatutnya ada dan membina antibodi untuk melawan virus.

Vaksin ini memerlukan dua dos, selang 21 hari. Ia mempunyai kadar keberkesanan 95%.

2. AstraZeneca

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

AstraZeneca ialah vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan syarikat British-Sweden AstraZeneca di United Kingdom.

Ia mengandungi virus (vektor) yang diubah suai untuk mengangkut kod genetik antigen. Kemudian, sel manusia akan menghasilkan protein yang disasarkan, merangsang tindak balas imun manusia.

Vaksin ini memerlukan dua dos, selang 60 hari. Ia mempunyai kadar keberkesanan 62% hingga 90%.

3. Sinovac

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Sinovac ialah vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat China Sinovac Biotech. Ia mengandungi virus yang telah dibunuh dengan menggunakan haba yang tinggi, bahan kimia atau radiasi.

Virus ini digunakan untuk merangsang tindak balas imun manusia. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Vaksin ini memerlukan dua dos, selang 30 hari.

Ia mempunyai kadar keberkesanan 50.4% hingga 91.25%.

4. Moderna

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Anthony Fauci menyifatkan keputusan awal daripada vaksin Moderna sebagai "sangat mengagumkan."

Ia menggunakan teknologi RNA messenger (mRNA). Vaksin (mRNA) mengajar sel kita untuk membuat protein yang mencetuskan tindak balas imun di dalam badan kita.

Selepas sel kita membuat salinan protein, mereka memusnahkan bahan genetik daripada vaksin. Badan kita menyedari bahawa protein tidak sepatutnya ada dan membina antibodi untuk melawan virus.

Vaksin ini memerlukan dua dos, selang 28 hari. Ia mempunyai kadar keberkesanan 94.5%.

Kesan Sampingan Vaksin

Vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan sampingan yang ringan selepas dos pertama atau kedua. Kesan sampingan adalah tanda biasa bahawa tubuh sedang membina perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, kesannya mungkin menjejaskan keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian, tetapi ia akan hilang dalam beberapa hari.

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Beberapa contoh kesan sampingan vaksin ialah:

Rasa sakit, kemerahan dan bengkak pada lengan tempat anda mendapat suntikan.
Di seluruh bahagian badan anda, anda akan berasa letih, sakit kepala, sakit otot, menggigil, demam, dan loya.
Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang serius seperti tindak balas alahan atau masalah pembekuan jarang berlaku.

Untuk mengurangkan kesan sampingan, terutamanya apabila anda mengalami demam, anda boleh minum banyak air. Berpakaian yang tidak terlalu tebal untuk mengelakkan badan anda daripada berpeluh terlalu banyak.

Jika kesan sampingan yang anda alami menjadi semakin teruk, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Cara Mendapatkan Vaksin COVID-19 di Malaysia

Terdapat banyak cara untuk anda mendaftar untuk vaksin anda. Berikut ialah empat cara yang boleh anda pilih:

1.
Anda boleh mendaftar temu janji melalui aplikasi MySejahtera.Buka aplikasi dan klik pada butang 'Vaksinasi COVID-19' pada skrin utama.Ketik pada butang dan pastikan butiran anda (nama, kad pengelanan, nombor telefon) adalah tepat.Setelah butiran anda disahkan, anda akan dimaklumkan apabila fasa vaksinasi seterusnya bermula.Maklumat mengenai pusat vaksinasi dan tarikh yang ditetapkan akan dihantar kepada anda melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau mesej teks.
2.
Anda boleh mendaftar secara online dengan melayari laman web: vaksincovid.gov.my.Klik "daftar sekarang" untuk melengkapkan pendaftaran anda.Anda akan menerima pengesahan anda dalam masa 24 jam jika pendaftaran anda berjaya.
3.
Anda boleh menghubungi talian hotline pendaftaran: 1800-888-828.Anda akan diminta untuk memberikan nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda.
4.
Pendaftaran secara manual di hospital dan klinik.

Kehidupan Selepas Divaksin

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Selepas anda divaksin, anda masih perlu mengikuti semua garis panduan dan SOP yang dibuat oleh kerajaan. Anda masih perlu memakai topeng apabila anda keluar dan menerapkan penjarakan sosial.

Berita baik tentang COVID-19 ialah protein utama yang menjangkiti sel kita adalah sama dalam setiap mutasi COVID-19. Protein tidak berubah, jadi apa jua mutasi COVID-19 yang anda miliki, vaksin akan berkesan dan melindungi anda dari komplikasi yang serius.

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved