5 aktiviti yang anda mesti lakukan di Kuala Terengganu

Farah Fazanna
03 Jun 2020 - Bacaan 2 minit

Lawati Teck Soon Heritage House

Kuala Terengganu dikenali sebagai gerbang ke pulau-pulau indah di Malaysia. Tapi bandar ini menawarkan lebih daripada itu. Daripada makanan enak hinggalah ke tempat-tempat menarik untuk membeli-belah. Nak berehat pun boleh. Tak jemu anda dibuatnya! Di sini, kami senaraikan lima aktiviti untuk yang boleh anda lakukan di Kuala Terengganu. Jom!

Sebenarnya di Kuala Terengganu, rumah-rumah peranakan bukanlah sesuatu yang asing. Chinatown di sini telah menjadi tarikan pelancong untuk melihat barisan kedai-kedai tradisional dan rumah-rumah tersebut. Jika anda ke sini, jangan lupa singgah di Teck Soon Heritage House yang merupakan sebahagian daripada Teck Soon Trading Company yang cukup popular dahulu. Cari rumah yang dicat berwarna biru menyerlah dan ketahui sejarah dan budaya masyarakat Cina di Kuala Terengganu di sini.

Lihat Pulau Duyung

Kuala Terengganu juga terkenal dengan perkampungan nelayan. Kalau anda nak lihat bagaimana bot-bot nelayan dibuat, singgah di Pulau Duyung. Dekat sahaja kalau anda naik feri dari Kuala Terengganu. Di sini juga, anda akan dapat melihat peralatan yang digunakan untuk membuat bot sejak berkurun lamanya. Seni pembuatan bot yang makin lama ditelan zaman ini pasti menambah pengetahuan anda terhadap budaya dan peninggalan masyarakat Malaysia.

Cubat mencandat sotong

Kalau anda nak tahu, aktiviti mencandat sotong antara aktiviti yang digemari di Kuala Terengganu. Malah, ia menjadi festival tahunan yang dikenali sebagai Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu. Di Kuala Terengganu, aktiviti ini dilakukan dengan cara tradisional tanpa batang pancing. Hanya menggunakan tali pancing dan umpannya sahaja. Nak cuba? Anda tidak perlu menjadi pencandat profesional, cukup dengan mengetahui cara asasnya sahaja.

Cari kupang laut

Jika mencandat sotong agak susah untuk anda, cuba mencari kupang laut pula! Perkampungan di sekitar Kuala Terengganu dengan ladang kupang di mana para pengunjung boleh mengutip kupang. Pergi ke perkampungan di luar Kuala Terengganu seperti Kampung Mangkuk, Seitu atau Kuala Baru. Masa terbaik untuk mengutip kupang adalah antara lewat April hingga awal Ogos.

Naik BAS KITē

Anda pasti setuju cara terbaik untuk melihat destinasi baru adalah dengan menaiki pengangkutan awam. Tapi, ini bukan bas biasa-biasa ya. Bas ini direka untuk menggambarkan konsep rumah tradisional Terengganu dengan bumbung yang tersendiri. Bas ini akan membawa anda menjelajah dan melihat warisan di bandar ini. Anda juga boleh turun dan naik di setiap destinasi. Bas-bas ini mempunyai dekorasi unik seperti batik, songket dan ukiran kayu. Ia seolah-olah anda berada dalam rumah kampung yang bergerak!

_________________________________________________________________________

Dah tak sabar nak melihat tempat orang? Rancang perjalanan anda ke Terengganu dengan Traveloka!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved