OK, jom buka cerita: siapa rasa betul-betul malas nak bersenam masa tengah syok bercuti? 🙋
Memang tak hairan kalau sesi jogging pun dah dilupakan sebab nak tidur lagi lama atau nak nikmati makanan yang enak saja masa tengah best bercuti. Tapi tahukah anda, ada caranya untuk maintainsihat dan nikmati percutian pada masa yang sama.
Haa... kalau nak gabungkan elemen bersenam tapi masih nak manjakan diri, kita perlu pastikan percutian kita mempunyai elemen kesihatan untuk menyegarkan badan dan minda semula. Percutian seperti ini lebih dikenali melalui terma “fitcation” sebab ia menggabungkan perkataan “fitness” dan “vacation”. Mari ketahui destinasi-destinasi yang sesuai untuk mendapatkan “fitcation” yang bagus:
Halong Bay adalah Tapak Warisan UNESCO yang kini dikenali sebagai destinasi pengembaraan di Vietnam, terutamanya dengan ratusan pembentukan batu kapur yang mampu menarik perhatian peminat dari seluruh dunia. Pada masa kini, terdapat beberapa operasi pelancongan yang dapat membawa anda ke destinasi mendaki yang popular, termasuklah aktiviti memanjat tebing secara solo.
Walaupun ada saja laluan mudah untuk mendaki bukit, Halong Bay tidak disyorkan bagi mereka yang kurang mahir dengan aktiviti mendaki. Tapi kalau anda tercari-cari cabaran yang baru, ini memang tempatnya. Tambah lagi, pemandangan yang indah di puncak pasti akan membuatkan pengalaman ini sangat berbaloi.
Kebanyakan operasi pelancongan juga berada di Pulau Cat Ba, iaitu tempat yang menarik dengan pantainya yang indah dan gua luas besar seperti Gua Trung Trang.
Keindahan semula jadi Pulau Jeju menyebabkan ia menjadi tarikan popular pelancong tempatan dari Korea Selatan serta pelancong antarabangsa. Pulau yang mempunyai gunung berapi ini sudah wujud beribu tahun dahulu disebabkan oleh aliran lava dari Gunung Hallasan yang tidak lagi aktif kini. Tahukah anda, Gunung Hallasan masih lagi dikenali sebagai gunung tertinggi di Korea?
Aktiviti mendaki Gunung Hallasan adalah aktiviti wajib cuba untuk setiap pelancong tapi kalau anda mencari aktiviti yang lebih santai, boleh saja berjalan kaki di sekeliling pulau juga. Lebih dikenali sebagai Laluan Olle, terdapat 26 laluan pendakian dengan tahap kesukaran serta tempoh pendakian yang berbeza di sini. Laluan Olle ini akan mempamerkan keindahan alam semula jadi Pulau Jeju seperti kampung-kampung kecil, ladang hijau, dan ombak yang menghempas pantai.
Bandar Jeju, bandar terbesar di pulau ini, merupakan bandar yang sentiasa sibuk dengan pelbagai jenis aktiviti. Namun begitu, kebanyakan daripada tarikan semula jadi Pulau Jeju terletak di bahagian selatan, seperti Jusangjeolli yang berbentuk seperti sarang lebah yang menakjubkan. Seongsan Ilchulbong yang terletak di bahagian timur juga mempunyai matahari terbit yang amat cantik sekali.
Dah lama teringin nak meluncur? Bali adalah destinasi yang terbaik untuk aktiviti ini, lagi-lagi dengan pantainya yang indah dan kemudahan meluncur beraneka jenis.
Cuaca paling ‘best’ untuk meluncur di Bali adalah ketika musim kemuncaknya iaitu dari April hingga Oktober. Namun begitu, bagi mereka yang ingin mengelak situasi sesak dan kenaikan harga, datanglah pada musim yang kurang sibuk. Ombak juga bagus cuma mungkin kurang baik dengan hujan yang sedikit).
Untuk meluncur atas gelombang air yang lebih mudah, mari kita ke Kuta dan pantai yang berhampiran dengannya seperti Legian dan Seminyak. Jika anda ingin mencuba tahap kesukaran yang berbeza-beza, pergi ke Canggu. Terdapat juga Bukit Peninsula di daerah selatan – Padang Padang Right sesuai untuk mereka yang masih baru kepada sukan ini. Kalau nak tengok peluncur profesional, anda boleh ke Padang Padang Left.
Marilah mencari ketenangan jiwa di Goa, antara salah satu daripada destinasi yoga paling popular di dunia. Di Goa, anda akan temui pelbagai jenis yoga, daripada Hatha hinggalah Vinyasa, mengikut setiap tahap kesukaran, bagi yang baru bermula hingga ke tahap pakar.
Kesihatan holistik adalah tumpuan utama untuk percutian kerohanian jadi selain daripada yoga, ada juga pelbagai pilihan terapi semula jadi seperti Ayurveda dan program Makan Secara Bersih.
Kebanyakan percutian kerohanian terletak di daerah utara Goa, tapi ada banyak juga pakej percutian yang kini banyak di daerah selatan Goa. Musim kemuncak biasanya dari November hingga Februari kerana sinaran matahari yang cerah dan malam yang dingin.
Stress dengan kerja? Sertai sesi Muay Thai di gim berdekatan untuk melepaskan tekanan. Di mana lagi nak cuba Muay Thai kalau tak di Thailand, bukan?
Seni mempertahankan diri jenis ini memberikan senaman satu badan, terutamanya dengan kombinasi tumbukan, tendangan dan serangan lututnya. Phuket adalah destinasi kegemaran ramai untuk memperbaiki kebolehan mereka dalam arena tinju. Tapi jangan risau – bagi yang baru mencuba, sesi anda yang mudah-mudah saja!
_________________________________________________________________________
Untuk “fitcation” yang dapat menyegarkan minda dan memberikan tubuh badan yang langsing, tempah penerbangan dan hotel anda di Traveloka sekarang!
Diterjemahkan oleh: Shari Jaffri