6 aktiviti lasak Mat Dan & Aina lakukan di dan sekitar Kuala Lumpur (dan makanan enak juga!)

Traveloka MY
25 Apr 2018 - Bacaan 5 minit

Pada episod minggu ini, Aina dan Mat Dan terus mengembara di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di luar KL yang berdekatan.

Dan kami tahu, kalau anda lakukan aktiviti-aktiviti ini, anda tentu nak cari makan dan restoran-restoran yang best.

Jom lihat gelagat mereka dalam video di bawah:

(Psst, jangan lupa untuk melanggan saluran YouTube Traveloka untuk mengetahui lebih banyak tarikan yang menarik!)

1. Batu Caves

Mendaki tangga curam yang popular di Batu Caves’ (terdiri daripada 272 anak tangga - phew!) ialah laluan yang menjadi kemestian untuk pengunjung atau penganut agama Hindu.

Selepas menjelajah Gua Kuil yang lebih besar, pastikan anda ke Gua Kelam. Di sini, anda boleh mengupah juru pandu yang berpengalaman untuk membawa anda dalam lawatan pendidikan selama 45 minit jauh ke dalam gua tersebut.

Hati-hati kerana sesetengah kawasan gelap gelita, tapi jangan risau - anda akan diberikan topi pelindung dan lampu suluh untuk anda melihat flora dan fauna yang unik dalam ekosistem gua ini, seperti kelawar buah dan lipan.

Bayaran Masuk

Pemegang MyKad: RM25

Bukan pemegang MyKad: Rm35

Tempat untuk makan

Rani Vilas

Dikawasan Batu Caves juga, terdapat restoran India yang popular iaitu Rani Vilas yang menyediakan makanan vegetarian. Cuba makanan yang disukai di sini iaitu Nasi Daun Pisang, dengan harga bermula dari RM8, dan juga kegemaran ramai di sini, thosai masala yang rangup, berharga RM4. Jika anda teringin sesuatu yang manis, anda boleh cuba Roti Pisang Coklat, berharga RM7.

2. Air Terjun Kanching

Ke bahagian utara Kuala Lumpur, berdekatan Rawang, ialah Air Terjun Kanching, salah satu air terjun yang mudah diakses dari bandar. Air terjun 7 tingkat ini adalah tarikan yang sesuai untuk hari yang panas kerana anda boleh mandi-manda tanpa bosan.

Jika tingkat bawah agak sesak dengan pengunjung, anda boleh mendaki lebih tinggi - pastikan anda memakai kasut yang bersesuaian.

Bayaran masuk

Pemegang MyKad: RM1

Bukan pemegang MyKad: Rm3

Tempat untuk makan

Kaw Kaw Burger

Terletak di Wangsa Maju, Kaw Kaw Burger menawarkan antara makanan jalanan terbaik KL. Burger di sini semuanya besar-besar, jadi pastikan anda ‘membawa’ selera besar anda bersama. Tak pasti apa nak pesan? Cuba Chicken Permaisuri (RM17.50), salah satu bestseller Kaw Kaw Burger. Patty yang dibuat sendiri ini sangat lembut dibantu dengan rasa sos istimewa yang pasti buat anda mahu datang lagi.

Kalau anda tak mahu makan burger, anda boleh cuba makanan di Stiq, yang bersebelahan. Mereka menyediakan Stik Kaw Kaw, lamb shank (RM40) dan ayam peri-peri (RM16).

3. Skytrex Shah Alam

Anda suka aktiviti lasak, melompat bergayut dan sebagainya? Di Skytrex, anda boleh berhibur sepuas-puasnya tanpa perlu risau.

Terletak di Taman Botani Nasional di Shah Alam, terdapat cabaran dengan 3 halangan yang boleh anda pilih, bergantung pada tahap kesukaran - Little Adventure, sempurna untuk kanak-kanka, Big Thrill untuk yang lebih dewasa, dan Extreme Challenge, bagi yang berani menyahut cabaran.

Taman ini juga mempunyai kemudahan seperti kawasan berkelah, tempat BBQ dan kafe, menjadikan tempat ini sesuai untuk anda luangkan masa. Untu lebih maklumat lanjut, singgah dan bergembira di Skytrex Adventure.

4. ATV Adventure Shah Alam

Mengembara lebih dalam ke hutan Taman Botani Nasional dengan memandu ATV. Lawatan ATV mengambil masa 40 minit hingga sejam ini akan membawa anda ke tasik Air Kuning Dam yang menawarkan ketenangan jauh dari kesibukan kota. Anda juga boleh menjelajah Taman Rempah Ratus dan Minuman serta sawah padi.

Bayaran Lawatan ATV

RM75 seorang

5. Pusat Rekreasi Tasik Putrajaya

Semua orang tahu Putrajaya ialah pusat pertadbiran negara… Tapi anda tahu tak banyak aktiviti rekreasi yang tersedia di bandar terancang ini? Di Pusat Rekreasi Tasik Putrajaya, anda boleh mengikuti lawatan bot tradisional, atau menjelajah tasik dengan sendiri iaitu dengan mengayuh bot atau kayak.

Tapi untuk aktiviti unik yang sukar ditemui di mana-mana sekitar Malaysia, cuba Water Ball. Melalui aktiviti ini, anda boleh cuba mmenguji keseimbangan diri anda dalam bola lutsinar yang terapung di atas permukaan tasik. Aina seronok betul lakukan aktiviti ini!

Tempat untuk makan

Balqis Restaurant

Restoran Yemen di Presint 8 ini bersebelahan sahaja dari tasik. Mereka menyediakan hidangan Timur Tengah dengan beberapa masakan Barat dan Cina yang dicampurkan. Mat Dan dan Aina makan besar dengan memesan hidangan Nasi Mandi Kambing dan Ayam, Tabbouleh dan Manqusha (roti berbentuk perahu roti yang disumbat dengan keju dan bahan lain).

6. Skyrides Festivals Park Putrajaya

Anda peminat rancangan Ninja Warrior? Jika anda teringin untuk menyertai pertandingan ini, cuba bakat anda dalam halangan yang disediakan di Sky Warrior.

Untuk melihat pemandangan Putrajaya dari atas, naik Belon Udara Helium yang menampilkan belon udara helium terbesar di Malaysia. Anda boleh naik sehingga 120 meter di udara dan tentunya dapat melihat pemandangan indah yang mempamerkan struktur moden dengan matahari terbenam sebagai latar belakang.

Apabila matahari terbenam, ketika inilah keseronokan bermula. Anda boleh menaiki beca dengan lampu neon dan basikal tandem yang membuka muzik dengan kuat.

Bayaran masuk

Sky Warrior

RM35

Belon Udara Helium

Pemegang MyKad: RM45 (Dewasa); RM35 (Kanak-kanak)

Bukan pemegang MyKad: RM73 (Dewasa); RM65 (Kanak-kanak)

SkyBeca

RM45 sekali perjalanan

SkyBikes

RM35 untuk 30 minit

Dalam video Traveloka Travel Guide akan datang, kami akan memaparkan tempat makanan lazat yang ada di utara, jadi jangan ketinggalan!

_________________________________________________________________________

Sejauh manakah anda mengenali Malaysia? Uji pengetahuan anda dan ketahui sisi lain negara ini dalam siri video Traveloka Travel Guide. Dalam setiap episod, kami akan menyenaraikan perkara yang boleh dilakukan dan dilawati di destinasi-destinasi popular di Malaysia.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved