7 destinasi anti 'cintan-cintun' bagi yang mahu percutian solo atau dengan kawan-kawan

Traveloka MY
14 Feb 2018 - 8 min read

14 haribulan selalunya yang mendapat perhatian dalam Februari, dan pastinya yang masih sendiri (termasuklah saya), hari ini agak menjengkelkan buat saya. 🙄 Tapi kan, siapa yang perlukan bunga dan coklat atau makan malam romantis kalau anda boleh mengembara ke tempat yang menarik dan berbeza, betul tak?

Nikmati status ‘single’ anda dan raikan Anti Hari Valentine di lokasi eksotik seluruh Asia Tenggara yang sempurna untuk pengembara solo atau dengan kawan-kawan ‘single’ anda:

1. Yogyakarta, Indonesia

Jelajah kuil-kuil Borobudur, Prambanan dan Ratu Boko yang menjadi khazanah purba bernilai di sini. Ketika anda meneroka kawasan ini, anda pastinya akan terpegun dengan keindahan yang masih terpelihara di sini.

Taman Sari adalah tempat bekas taman kerajaan Kesultanan Yogyakarta yang telah ditinggalkan terbiar. Walau bagaimanapun, runtuhan strukturnya yang masih tinggal adalah sebahagian daripada daya tarikannya. Berdekatan adalah Sumur Gumuling (Gumuling Well), sebuah bangunan dengan pelbagai bilik yang pernah berfungsi sebagai masjid.

Kredit: amrlhlm / Instagram

Agak-agak nak berangan ke Eropah atau Amerika Utara, cuba ke Hutan Pokok Pain Mangunan, yang mana suasana di hutan ini akan membuatkan orang yang melihat gambar anda akan terfikir anda mengembara jauh!

2. Wilayah Ifugao, Filipina

Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, Teres Padi Banaue di Ifugao adalah keajaiban buatan manusia yang seperti diukir di Pergunungan Cordillera oleh nenek moyang orang asli lebih dari 2,000 tahun yang lalu. Anda sebenarnya boleh melawat lima buah kampung yang terletak di pergunungan, tetapi yang paling terkenal adalah teres beras Kampung Batad kerana bentuknya yang seperti amfiteater.

Jika anda mahu mendaki, cubauji ketahanan anda dengan mendaki sehingga ke Air Terjun Tappiya. Jejak menuju air terjun ini akan membawa anda melalui laluan sempit sepanjang teres beras, yang sukar untuk dilalui dek kerana kawasannya yang berlumpur dan licin. Tetapi sebaik sahaja anda sampai ke air terjun, semuanya pasti berbaloi.

Kredit: Tunatura / Shutterstock

Jangan hanya mengagumi teres padi dari jauh - lawati kampung orang asli Ifugao dan bertemu dengan keturunan orang-orang yang membina teres padi ini. Sokong masyarakat dan kehidupan mereka dengan membeli kraftangan buatan tempatan seperti ukiran kayu dan kain tenunan tangan.

3. Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Lawati sekitar sambil melihat seni bina kolonial Perancis yang masih terpelihara di bandar ini. Basilika Saigon Notre-Dame, Central Post Office dan Opera House adalah beberapa contoh terbaik.

Terletak di District 1 yang popular dikalangan backpacker dan bersebelahan dengan Chinatown, Pasar Ben Thanh dan kawasan sekitarnya adalah daya tarik yang mesti dikunjungi kerana makanan jalanannya yang enak.

Berehatlah dari jalan-jalan yang sibuk dan hirup udara segar di Zoo Saigon dan Taman Botani. Atau lebih baik lagi, pergi lebih jauh ke kawasan desa Vietnam dan lihat Terowong Chu Chi, yang masih menyimpan sisa-sisa dari Perang Vietnam. Viet Cong menggunakan rangkaian luas terowong bawah tanah ini untuk menjalankan serangan gerila dan bekalan pengangkutan pada zaman peperangan tersebut.

4. Siem Reap, Kemboja

Akar pokok Banyan yang tumbuh menjalar meliputi runtuhan di Beng Mealea.

Tarikan utama yang tidak disangkal lagi iaitu Angkor Wat patut anda terokai.

Lawati tarikan seperti, Banteay Srei, kuil Hindu yang menyerlah dengan tona merah atau Beng Mealea yang diliputi dan ditenggelami oleh hutan, yang juga lebih kurang sama denga Kuil Prohm (kuil Tomb Raider). Jika anda mahu mengelak daripada orang ramai di Ta Prohm, anda patut datang ke Beng Mealea.

Kredit: cesc_assawin / Shutterstock

Kehidupan malam di Siem Reap tidak kurang hebatnya. Bersantai di sekitar Pasar Malam Angkor sebelum ke Pub Street untuk makanan, minuman dan keseronokan.

Rumah terapung di Kampong Phluk di kampung terapung.

Jika anda ingin lihat cara kehidupan orang tempatan, tempah perjalanan ke sini yang akan membawa anda ke perkampungan nelayan tradisional di Tasik Tonle Sap. Anda akan melewati rumah-rumah kayu yang tersusun di Kampong Phluk dan Kampong Khleang dalam bot bermotor, kebanyakan rumah-rumah itu dicat dengan warna-warna perayaan yang cerah.

Pusat Perlindungan Burung Prek Toal, sebuah tapak Ramsar yang dilindungi, adalah rumah kepada pelbagai jenis burung air seperti itik, angsa dan bermacam lagi. Jadi jika anda seorang penggemar burung atau hidupan liar, anda pasti ingin ke sini.

5. Koh Chang, Thailand

Sebahagian besar Koh Chang terdiri daripada hutan tropika yang padat, yang dijadikan sebagai Taman Negara Mu Ko Chang. Pencinta alam pasti menyukai laluan mendaki dan air terjunnya kerana selepas seharian mengembara, percikan air di Air Terjun Klong Plu pasti menyegarkan.

Terdapat juga banyak sudut pandangan di sekitar pulau yang menawarkan panorama Koh Chang dan Teluk Thailand yang tiada tandingannya. Chai Chet Cape di sebelah barat pulau adalah tempat yang hebat untuk melihat matahari terbenam.

Pantai-pantai Koh Chang adalah tarikan yang unik dan pelbagai. Pantai Pasir Putih adalah yang paling indah, manakala Pantai Klong Prao adalah untuk mereka yang mencari kedamaian dan ketenangan. Pantai Lonely tidaklah sesunyi mana kerana pantai ini popular di kalangan backpacker dan terkenal dengan suasana partinya.

6. Yangon, Myanmar

Pagoda bertatahkan emas di Yangon adalah pemandangan yang paling ikonik di sini. Pastikan anda melawat Pagoda Shwedagon dan Pagoda Sule dan amati serta kagumi reka bentuknya yang kompleks.

Chinatown adalah salah satu kawasan tersibuk di bandar ini, terutamanya pada waktu petang apabila penjaja membuka gerai makanan mereka untuk waktu makan malam. Cuba hidangan goreng dan makanan laut panggang.

Istana Karaweik yang memukau di waktu senja.

Berehat sebentar dari bandar yang sibuk di Taman Kandawgyi. Anda juga boleh melihat Istana Karaweik, replika tongkang kerajaan Burma klasik yang terletak di sebelah timur tasik.

Kredit: akedesign / Shutterstock

Suka menaiki kereta api? Cuba naiki Kereta Api Yangon Circle, yang membolehkan anda melihat kawasan luar bandar yang lebih dekat dengan orang tempatan.

7. Luang Prabang, Laos

Kredit: RPBaiao / Shutterstock

Dibina pada tahun 1904, Istana Diraja pernah menjadi kediaman keluarga kerajaan Lao. Sekarang, ia menempatkan Muzium Istana Diraja Kebangsaan yang membolehkan anda mempelajari lebih lanjut mengenai sejarah negara. Wat Xieng Thong adalah kuil Buddha paling terkenal di Luang Prabang dan dianggap salah satu contoh terbaik seni bina Lao tradisional.

Gunung Phousi, bukit yang berketinggian 100 meter berada di pusat bandar lama adalah pemandangan yang sangat jelas kelihatan. Ia dianggap sebagai tapak suci, dan di bahagian paling atas, anda akan mendapat pemandangan 360 darjah yang menakjubkan Luang Prabang, Sungai Mekong dan Sungai Nam Khan, serta bukit-bukau di sekitarnya.

Lawatan anda tidak akan lengkap tanpa ke Air Terjun Kuang Si. Air biru muda yang memukau dan kolam renang bertingkat semula jadi dan air terjun bertingkat yang mengagumkan adalah setiap impian Instagrammer.

Kredit: Thierry Leclerc / Flickr

Laos masih menjadi negara yang mementingkan keagamaan dan kerohanian. Ini dapat dilihat dengan rutin harian Tak Bat. Setiap pagi, penduduk setempat yang beragama Buddha akan beratur di sepanjang jalan-jalan, menunggu dengan membawa beras, buah-buahan atau makanan ringan tradisional, yang kemudiannya ditawarkan kepada para rahib yang berarak.

Pelawat adalah dialu-alukan untuk melihat, tetapi pelawat diingatkan untuk diam sebentar dan berdiri pada jarak tertentu untuk mengelak daripada menganggu ritual. Pelawat juga dinasihatkan untuk memakai pakaian sederhana sebagai tanda hormat.

_____________________________________________________________________

Sedia untuk jelajah? Cepat, tempah hotel dan penerbangan anda di Traveloka untuk bercuti dari suasana 'cintan-cintun'.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved