Anda mungkin pernah dengar tentang almari kapsul - ramai personaliti popular seperti Mark Zuckerberg dan Drew Barrymore telah melakukan cara ini, dan sangat terkenal di kalangan blogger lifestyle dan fashionista.
Almari minimalis yang memudahkan hidup? Saya berminat!
Selain daripada memudahkan urusan harian, anda juga boleh menggunakan idea almari kapsul ketika mengembara atau bercuti, terutama sekali jika anda mengembara secara bajet dan tidak mahu membayar fi daftar masuk bagasi.
Sama ada anda mahu bercuti pada hujung minggu atau bercuti panjang ke pelbagai destinasi, dengan adanya almari kapsul, mengemas beg jadi semudah ABC.
Ini 6 tips almari kapsul bagi pengembaraan anda yang seterusnya:
Pernah dengar orang kata, “kalau tak sakit tak cantiklah”? Tidak semestinya! Tinggalkan semua kasut tinggi anda yang cantik-cantik yang hanya akan menyakitkan kaki anda. Dan baju ketat yang buat anda susah bernafas. Walaupun anda kelihatan cantik dan menawan memakainya, pakaian dan kasut ini patut berada di rumah.
Anda sepatutnya membawa pakaian yang selesa, bermaksud anda boleh dan mahu memakainya dalam apa situasi pun ketika bercuti. Sebelum anda menambah pakaian-pakaian ini ke almari kapsul anda, tanya dulu diri anda: “Anda betul-betul suka memakainya?”
Pastikan anda memilih item yang ringan. Poin ini lebih penting jika anda hanya mahu membawa satu bagasi sepanjang perjalanan anda. Item yang besar dan berat akan hanya mengambil ruang yang lebih dalam beg anda, dan akan menyusahkan anda.
Tukar baju sejuk bulu tebal untuk kardigan nipis, atau pilih baju yang diperbuat daripada bahan nipis. Jika anda pergi ke tempat beriklim sejuk, pilih baju sejuk yang lebih kecil dan ringan serta mempunyai fungsi yang sama seperti baju sejuk yang besar dan hangat.
Buat kajian untuk mengetahui keadaan cuaca di tempat yang anda ingin kunjungi.
Jika anda mengunjungi tempat yang hangat, bawa t-shirt dan seluar pendek atau seluar panjang yang nipis (jangan lupa krim sunblock!); jika cuaca sejuk pula, bawa pakaian yang mudah dilapiskan bersama.
Jika anda mengunjungi tempat yang bersuhu rendah, agak sukar untuk membawa beg yang ringan, kerana anda risau takut sejuk. Jadi, bawa skaf, baju sejuk, legging, dan long john yang ringan, dan akan membuat anda selesa, dalam masa yang sama tidak memakan ruang.
Semuanya tentang serba boleh. Memilih item pelbagai fungsi akan menjimatkan anda anda dalam mengemas baju untuk pengembaraan anda.
Kegemaran di kalangan pelancong kerap, hoodie memang penting - pakaian ini hebat jika anda berasa sejuk, tetapi jika terlalu panas, anda boleh menggulung lengan atau mengikat pakaian ini di pinggang anda. Andda tahu tak ia juga boleh dijadikan sebagai beg komputer riba?
Dapatkan jaket kalis air yang ringan yang tidak hanya akan melindungi anda daripada sejuk, tetapi hujan juga. Dan pashmina boleh digunakan sebagai selendang; Manakala selendang sutera juga boleh digunakan sebagai tali pinggang.
Ketika anda mengembara atau bercuti, anda tidak mahu menarik perhatian orang yang tidak sepatutnya dengan aksesori anda yang berkelap-kelip, jadi pilih aksesori yang biasa dan mudah.
Untuk kasut pula, apa yang anda perlukan hanyalah sepasang kasut yang selesa untuk berjalan, seperti kasut sukan atau kasut tapak rata. Sekiranya anda pergi ke tempat yang sejuk, kasut butialah pilihan yang baik. Begitu jugalah kalau anda ke pantai, pilih selipar untuk keselesaan. Saya tidak syorkan anda membawa lebih daripada tiga pasang kasut.
Anda semestinya mahu bawa item asas yang mempunyai warna neutral seperti hitam, putih, atau Anda akan mahu membawa item asas dalam warna neutral - seperti hitam, putih, atau biru laut, yang mudah dipadankan dengan pakaian lain.
Kegemaran paling unggul ialah seluar jeans yang boleh dipadankan dengan apa saja. Atau baju camisole berwarna hitam dan putih yang sesuai dengan apa-apa saja baju, seperti baju flannel lengan panjang atau baju jarang.
Warna perang, kelabu, dan hijau lumut juga alternatif yang baik. Walaupun warna gelap disyorkan, pilih warna yang kelihatan kena dengan anda!
Untuk memberi sedikit idea tentang almari kapsul untuk perjalanan anda, ini senarai contoh tentang apa yang saya akan bawa untuk perjalanan selama seminggu:
2 pasang jeans
2 camisole (1 hitam dan 1 putih)
3 pakaian ringan dan jarang
2 t-shirt kapas
1 gaun
1 hoodie berzip
1 pasang kasut sukan
1 pasang kasut tapak rata
Sekiranya anda melakukan perjalanan panjang yang mungkin lebih dari satu minggu, anda pasti perlu merancang untuk melakukan dobi. Ia agak mudah untuk mencari dobi di kebanyakan bandaraya, atau di hostel.
Dan itu sahaja! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau petua tambahan untuk almari pakaian kapsul yang sempurna, pastikan anda meninggalkan komen.
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali