Dokumen Perjalanan Tambahan Dalam Penjelajahan Norma Baharu

Travel Bestie
06 May 2022 - 2 min read

Bagaimana COVID-19 Mengubah Dunia Penjelajahan

Gambar oleh Daniel Roberts dari Pixabay

Pandemik COVID-19 telah melahirkan cara hidup yang baharu. Pada masa yang sama, ia turut menjejaskan aktiviti penjelajahan di seluruh dunia.

Pada peringkat awal pandemik, disebabkan kekangan ubat-ubatan untuk merawat dan melindungi daripada jangkitan virus, banyak negara telah melaksanakan perintah berkurung. Hal ini telah menghalang orang ramai daripada bertemu secara fizikal. Selain itu, mandat untuk memakai pelitup muka juga dikuatkuasakan.

Aktiviti penjelajahan malah terhenti sepenuhnya dalam beberapa bulan pertama di negara-negara yang mengenakan perintah berkurung. Hal ini mengakibatkan banyak syarikat penerbangan mula mengecilkan kapasiti perniagaan untuk mengurangkan kerugian daripada aliran pendapatan yang berkurangan dengan ketara sekali berikutan aktiviti penjelajahan yang merudum dengan teruk.

Dokumen Perjalanan Baharu Diperkenalkan

Apabila usaha pembukaan kawasan diperkenalkan dan aktiviti penjelajahan mula dirancakkan semula, beberapa langkah berjaga-jaga tambahan turut ditambah seiring dengan peraturan dan dokumentasi perjalanan yang sedia ada.

Skim dokumen perjalanan baharu ini termasuklah juga bukti vaksinasi, rekod ujian COVID-19 dan sejarah jangkitan COVID-19.

Perenggan berikut akan terus memperincikan setiap dokumen yang disebutkan di atas.

Bukti Vaksinasi

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Bukti vaksinasi kini menjadi dokumen wajib untuk dibawa semasa dalam perjalanan bagi para penjelajah.

Ia menunjukkan bahawa anda sudah mengambil suntikan untuk dilindungi daripada jangkitan COVID-19 dan mengurangkan risiko daripada menjangkiti virus kepada orang lain juga.

Ini hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara di mana vaksinasi tersebut diambil.

Di Malaysia, ia biasanya dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan akan muncul dalam aplikasi MySejahtera.

Dalam kes di mana terdapat isu kesihatan yang benar-benar serius yang menghalang seseorang daripada mendapatkan vaksinasi, surat sah daripada pakar perubatan juga wajib sebagai pengganti dan dijadikan bukti bahawa anda tidak layak untuk mengambil vaksin.

Untuk melancong ke luar negara, ada kalanya aplikasi MySejahtera tidak mencukupi.

Negara tertentu akan memerlukan penjelajah untuk melengkapkan dokumen tambahan untuk merekodkan bukti vaksinasi dan pengesahan lanjut.

Ujian COVID-19

Gambar oleh analogicus dari Pixabay

Selain itu, pengembara perlu menjalankan ujian COVID-19 sebelum memulakan perjalanan dan ujian itu diambil kira sebagai dokumen perjalanan. Keputusan negatif diperlukan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

Syarat tambahan ini amat penting untuk tujuan pengesanan, untuk mengetahui sama ada pengembara sudah dijangkiti dari negara asal, dan jika positif, akan diasingkan untuk pemulihan terlebih dahulu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan semula.

Terdapat juga sesetengah negara yang mewajibkan penjelajah untuk membuat ujian sekali lagi apabila tiba di destinasi.

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Hal ini adalah untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan yang berlaku semasa dalam perjalanan udara. Keputusan ujian ini perlu direkodkan juga.

Memandangkan terdapat tempoh rehat yang diperlukan untuk mendapatkan keputusan ujian, biasanya penjelajah akan kuarantin di tempat yang ditetapkan sehingga keputusan ujian keluar dan direkodkan.

Sejarah Jangkitan dan Pemulihan COVID-19

Gambar oleh Premium Photo dari Canva

Akhir sekali ialah bukti jangkitan COVID-19 dan sejarah pemulihan jika penjelajah pernah menjadi pesakit positif COVID-19 pada masa lalu.

Ini merupakan satu lagi dokumen penting bagi pihak berkuasa untuk menentukan sama ada pengembara telah pulih sepenuhnya daripada penyakit COVID-19 dan risiko mereka menjangkiti penumpang lain.

Biasanya, mereka akan melihat tempoh pemulihan sejak diuji positif. Kebiasaannya, atempoh pemulihan adalah sekitar 60 hingga 90 hari sejak jangkitan sudah cukup baik untuk meneruskan perjalanan. Jika anda sudah pulih dalam tempoh lebih awal dari itu, ianya mungkin lebih sulit untuk anda melakukan perjalanan lebih jauh.

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved