
Ketahui kedutaan dan konsulat anda apabila anda melancong ke luar negara penting untuk membantu anda apabila berlaku hal-hal kecemasan seperti kehilangan dompet yang mengandungi kad pengenalan, dokumen penting dan pasport anda atau peristiwa global seperti peperangan atau bencana alam.
Oleh itu, anda perlu mengetahui alamat kedutaan anda, nombor telefon mereka, dan alamat e-mel sebelum anda memulakan perjalanan anda ke luar negara.
Terdapat 98 kedutaan dan suruhanjaya tinggi yang terletak di Kuala Lumpur serta satu di Putrajaya. Berikut adalah beberapa kedutaan asing yang berada di Malaysia:
Kedutaan A.S. di Malaysia berfungsi untuk menjaga keselamatan dan kebajikan untuk warga Amerika Syarikat di Malaysia. Ia juga mengeluarkan visa untuk rakyat Malaysia melancong ke Amerika Syarikat.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai kedutaan ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di https://my.usembassy.gov.
Jika anda seorang warganegara Amerika Syarikat dah mempunyai hal kecemasan, sila hubungi kedutaan di KLACS@state.gov.
Kedutaan ini, memerlukan janji temu untuk semua perkhidmatan, dan ia tidak boleh dibuat melalui telefon. Oleh itu, untuk urusan temu janji, anda perlu melawati sistem dalam talian.
Kedutaan Jepun di Malaysia berfungsi untuk menjaga keselamatan dan kebajikan warga Jepun di Malaysia. Pihak kedutaan juga menyediakan banyak maklumat untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Jepun atau memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Makluamt penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai kedutaan ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di https://www.my.emb-japan.go.jp/itprtop_en/index.html.
Untuk visa kemasukan ke Jepun, anda boleh berkunjung ke laman, visa@kl.mofa.go.jp.
Untuk pertanyaan berkaitan permohonan visa Jepun dan kemasukan semula ke Jepun, sila hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel.
Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia berfungsi untuk menjaga keselamatan dan kebajikan bagi warga Republik Rakyat China di Malaysia.
Ia juga menyediakan maklumat tentang China, termasuk pelancongan dan biasiswa untuk rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di Republik Rakyat China.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai kedutaan ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di http://my.china-embassy.org/eng/.
Untuk perkhidmatan konsular, pengunjung boleh menghubungi http://my.china-embassy.org/eng/fwzc/lsyw/ atau hubungi 03-2142 8495.
Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur menjamin keselamatan dan kebajikan warga Singapura di Malaysia. Ia juga menawarkan perkhidmatan lain, termasuk pas kerja, permit, permohonan untuk Kewarganegaraan Singapura dan isu berkaitan pasport.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai suruhanjaya tinggi ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di https://www.mfa.gov.sg/kualalumpur.
Anda boleh menghantar e-mel kepada kedutaan melalui singhc_kul@mfa.sg atau hubungi +60-3-2161-6277 / +60-16-661-0400 (untuk kecemasan/selepas waktu pejabat)
Suruhanjaya Tinggi Australia Malaysia menjaga keselamatan dan kebajikan untuk warga Australia di Malaysia. Ia juga menawarkan perkhidmatan lain, termasuk pas kerja, permit, pelancongan dan isu berkaitan pasport.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur menjamin keselamatan dan kebajikan untuk warga British di Malaysia. Ia juga menawarkan perkhidmatan lain, termasuk pas kerja, permit, pelancongan dan pasport yang berkaitan.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai kedutaan ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di https://www.gov.uk/world/organisations/british-high-commission-kuala-lumpur.
Kedutaan Besar Republik Korea di Malaysia berfungsi untuk menjamin keselamatan dan kebajikan kepada warga Korea Selatan di Malaysia. Ia juga menawarkan perkhidmatan lain, termasuk pas kerja, permit, pelancongan dan isu berkaitan pasport.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai kedutaan ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di https://overseas.mofa.go.kr/my-en/index.do.
Kedutaan Turki di Kuala Lumpur berfungsi untuk menjamin keselamatan dan kebajikan untuk warga Turki di Malaysia. Ia juga menawarkan perkhidmatan lain, termasuk pas kerja, permit, pelancongan dan isu berkaitan pasport.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Maklumat penting:
Untuk maklumat lanjut mengenai kedutaan ini dan aktiviti berkaitan, anda boleh melayari laman web mereka di http://kualalumpur.emb.mfa.gov.tr.
Sehingga hari ini, Malaysia mempunyai 66 kedutaan dan 18 suruhanjaya tinggi yang terletak di seluruh dunia. Kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut bertujuan bagi menjamin keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara. Berikut adalah beberapa Kedutaan Besar Malaysia di luar negara:
Maklumat penting:
Gambar oleh ANTHR_Photoblog from Pixabay
Maklumat penting:
Gambar oleh Adam Derewecki dari Pixabay
Maklumat penting:
Maklumat penting:
Maklumat penting:
Gambar oleh apriltan18 dari Pixabay
Maklumat penting:
Gambar oleh David Mark dari Pixabay
Maklumat penting:
Maklumat penting:






