Ditulis oleh: Raja Nadhirah Raja Hasnan
Terasa macam baru semalam Ramadan bermula, tiba-tiba dah Raya. Sungguh pantas masa berlalu. Menjelang Raya, terkenang kami dengan nostalgia dulu-dulu. Lain rasanya pengalaman berpuasa dan beraya dulu dengan sekarang. Bila dah besar, Raya terasa tak meriah macam dulu-dulu. Atau mungkin juga kerana dulu kita yang diberi duit raya, kini giliran kita memberi pula! 😂
Jadi, kami ingin mengajak anda untuk mengimbau kenangan zaman 90-an melalui siri animasi #KenanganRayaDuluDulu. Mereka yang lahir zaman 90-an pasti masih ingat bagaimana meriahnya Raya disambut dulu kala.
Bila berkumpul ramai-ramai, mulalah macam-macam cerita hantu keluar. Ada saja sepupu atau dua pupu yang nak mengaku pernah ternampak atau terjumpa hantu. 🙄
Kalau menurut kami, cerita hantu paling “legend” mestilah kereta Volkswagen kuning yang bergerak tanpa pemandu di lebuh raya Karak. Saban tahun, cerita yang sama hangat diperkatakan dari mulut ke mulut terutamanya mereka yang balik kampung di Pahang dan Pantai Timur dan melewati lebuh raya itu. Kata orang, jangan memotong kereta tersebut kerana jika kereta itu dipotong, ia akan berada di hadapan semula secara mengejut.
Bila ramai-ramai balik kampung, tak cukup bilik di rumah Atok dan Nenek untuk semua orang. Makanya yang anak-anak akan membentang toto dan tidur beramai-ramai di ruang tamu. Semasa musim perayaan sajalah yang boleh merasa kemeriahan suasana seperti ini.
Teringat zaman dulu-dulu berebut dengan sepupu untuk tempat tidur paling “best”. Siapa cepat, dia dapat. Habis sahaja bentang toto terus berlumba-lumba cop tempat dengan bantal. Yang lambat, alamatnya tidur di sofa sajalah.
Hai, yang lelaki duduk goyang kaki saja ke? Perempuanlah yang mengemas, yang memasak, baju satu family, cik adik kita juga yang seterika.
Lagi-lagi pagi Raya. Yang perempuan mesti pernah merasai pengalaman “orang gaji yang tak berbayar” di pagi Raya. Niat di hati nak jadi yang pertama seterika baju supaya tidak kelam kabut bersiap, alih-alih ramai pula minta tolong seterika sekali. Nasib badan...
Zaman dulu-dulu, malam terakhir Ramadan mesti nak tengok anak bulan ramai-ramai sebab nak tau esok Raya ke tak. Bukan macam zaman sekarang, zaman teknologi ni kalau nak tau Raya ke tak, semua tengok media sosial saja.
Lepas tengok anak bulan, duduk beramai-ramai di depan televisyen untuk menonton pengumuman Raya. Bingit satu rumah kampung dengan sorak-sorai bersama-sama sepupu apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan esok Raya.
Tak cukup beraya di rumah keluarga dan kawan-kawan, rumah jiran pun disapu sekali. Duit raya punya pasal. Yang tak tahu malunya, kadang-kadang jiran yang tak pernah kami kenali pun kami ketuk pintu juga! 😅
Kalau bernasib baik, dapatlah duit raya lebih sikit. Pernah juga dapat 50 sen, tapi zaman dulu-dulu 50 sen itu besar nilainya. Janji boleh beli aiskrim, kami tetap bersyukur.
3D2N Itinerary in Johor Bahru, Perfect for Hari Raya Aidilfitri Long Weekend
Hari Raya Aidilfitri i...
Lihat harga
Manfaatkan cuti Raya sebulan dan penuhkan dengan aktiviti yang menarik. Jom berhari Raya sambil bercuti dengan promosi dan tawaran eksklusif daripada Traveloka.
Thu, 19 Jun 2025
Batik Air Malaysia
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 142.43
Sat, 31 May 2025
Batik Air Malaysia
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 273.34
Sun, 22 Jun 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 132.21