All you need to know about status and policy of flights during Corona Virus Outbreak.

dismiss
Promosi
Jadi Rakan Kami
Simpan
Tempahan Saya
MYR
Log masuk
Daftar
0
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka MY

05 Jul 2019 - 1 min read

Kini, anda boleh menaiki kereta api ‘sleeper’ mewah di Indonesia

Ditulis oleh: Farah Hanan Azahar

Kredit: merdeka.com

Syarikat kereta api milik kerajaan, PT Kereta Api Indonesia (KAI) telah melancarkan perkhidmatan gerabak kereta api mewah yang terbaharu pada bulan lepas. Dinamakan Luxury 2, gerabak sleeper ini tersedia untuk laluan pergi-balik menaiki kereta api Argo Lawu dan Argo Dwipangga (Jakarta - Surakarta), Gajayana (Jakarta - Malang), dan Taksaka (Jakarta - Jogjakarta).

Berbanding gerabak mewah Luxury 1 yang dilancarkan oleh KAI pada tahun lepas dan cuma tersedia untuk laluan Argo Bromo Anggrek (Jakarta - Surabaya) dengan 18 tempat duduk, Luxury 2 merupakan versi tambahan yang lebih hebat. Bezanya, gerabak sleeper Luxury 2 mempunyai 26 tempat duduk dan dilengkapi kemudahan tambahan seperti kawasan minibar dan unit hiburan ekstra, di samping menawarkan lebih banyak laluan perjalanan serata Indonesia.

Kredit: Kereta Api Indonesia

Perkhidmatan eksklusif ini boleh dikatakan setanding dengan pengalaman dalam penerbangan kelas perniagaan. Mengutamakan keselesaan penumpang, setiap kerusi dalam Luxury 2 boleh dibaringkan sehingga 140 darjah, dipusingkan ke beberapa sudut, dan mempunyai tempat sandar kaki. Kelengkapan lain seperti meja makan lipat, bantal, selimut, tuala muka, lampu membaca, TV LCD, power socket, port USB, dan butang servis untuk memanggil pelayan tetamu juga turut disediakan.

Rangkaian KAI yang sistematik di Indonesia menghubungkan banyak bandar utama di pulau Jawa dan Sumatera. Jika anda ingin membuat trip antara bandar Jakarta, Bandung, Solo, Surabaya, Jogja, atau Malang, cara terbaik adalah dengan menaiki kereta api berhawa dingin ini. Bukan sahaja selesa, malah anda dapat mengelak keadaan macet di Indonesia sambil menikmati keindahan pemandangan di sekitar landasan kereta api ini.

Tempahan online untuk tiket Luxury 2 boleh dibuat dalam tempoh 90 hari sebelum perjalanan melalui laman web atau aplikasi mudah alih KAI dengan harga yang berpatutan, bermula dari IDR 750,000.