Sumber: Shutterstock.com
Ramai orang fikir bercuti itu mahal. Tapi tidak semestinya. Anda boleh menikmati percutian dengan kos yang sangat murah. Apa yang saya beritahu ini berdasarkan pengalaman sendiri.
Sekarang mari kembali ke perkara asas. Apa yang patut anda buat sebelum bercuti? Simpan duit. Lebih banyak lebih bagus!
Lakukan itu dan anda akan dapat menikmati keindahan pantai, atau menerokai destinasi baru. Jika anda mahu bercuti esok, mula merancang hari ini.
Asalkan anda tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan anda dengan baik, saya jamin perjalanan anda akan lebih hebat, dan siapa tahu, anda mungkin boleh menambah tempoh percutian anda!
Source: Shutterstock.com
Terima kasih kepada penerbangan bajet, semua orang dapat terbang ke tempat yang mereka fikir sebelum ini adalah mustahil kerana tiket penerbangan yang mahal. Hari-hari itu telah pergi, dan kita di dalam era di mana terbang dengan murah bukanlah mustahil. Di Traveloka, anda boleh mendapat penerbangan murah ke mana saja anda mahu.
Saya dan kawan-kawan juga bercuti dengan penerbangan murah. Sudah tentu, penerbangan murah ada kelemahannya.
Seperti contoh, anda mungkin tidak dapat menikmati tempat duduk yang selesa, disebabkan tempat duduk yang lebih kecil dan rapat antara satu sama lain. Jika tempoh perjalanan anda pendek, tak jadi masalah lah. Tapi jika anda terpaksa berada dalam pesawat lebih dari 5 jam, saya cadangkan anda menaiki penerbangan yang mahal.
Tapi jangan risau. Anda sentiasa boleh menempah penerbangan ini dengan harga yang lebih murah di Traveloka. Traveloka menawarkan penerbangan bajet sepanjang tahun!
Tip: Rancang perjalanan anda lebih awal. Tempah awal untuk mendapat tawaran yang terbaik. Jika anda mendaftar surat berita Traveloka, anda akan layak mendapat kupon diskaun yang tidak boleh dilepaskan.
Sumber: Shutterstock.com
Satu lagi cara yang bagus untuk menjimatkan wang semasa bercuti ialah dengan memilih penginapan yang betul – sebaik-baiknya yang sesuai dengan bajet anda.
Hotel bajet sangat popular dikalangan pelancong muda dan solo. Kebanyakkan keluarga pula memilih hotel 3 hingga 5 bintang. Sama ada anda bercuti secara solo atau berkumpulan, penting untuk bertanyakan soalan ini kepada diri anda:
Inilah soalan-soalan yang sering saya fikirkan setiap kali saya mengambil keputusan ketika bercuti. Dan sudah tentulah nilai yang saya dapat ketika percutian saya penting juga.
Saya sebenarnya tak kisah untuk berbelanja lebih sedikit untuk bilik hotel jika ia berbaloi. Saya akan tolak terus jika saya terjumpa bilik hotel yang terlalu mahal.
Sumber: Shutterstock.com
Begitu email yang saya terima setiap hari dari penjual yang cuba untuk meyakinkan saya untuk membeli sesuatu. Agak menjengkelkan sebenarnya.
Saya hanya akan buka, baca dan simpan surat berita tentang kapal terbang, hotel atau syarikat pelancongan (juga penulis blog pengembaraan) yang saya langgan sebelum ini. Saya pasti anda pun begitu, kan?
Seperti orang lain, saya sentiasa ikuti syarikat yang menawarkan tawaran yang terbaik. Promosi istimewa dan diskaun itulah yang saya kejar. Apa lagi yang pelancong seperti saya mahukan selain syarikat yang dapat membantu saya berjimat?
Baru-baru ini, saya menggunakan kupon Traveloka untuk menempah bilik hotel dengan harga diskaun. Saya berjaya berjimat sehingga USD20! Aduhai, betul-betul berbaloi.
Sumber: Shutterstock.com
Seronok kalau dapat bercuti ketika musim cuti. Tapi lebih seronok kalau dapat berjimat kerana bercuti pada luar-musim cuti. Biasalah, semuanya lebih mahal kalau memilih musim cuti. Jadi lebih baik elak bercuti ketika masa-masa ini.
Tapi susah kalau tak mengikut orang lain. Contohnya, keluarga lebih suka untuk turut serta masa-masa sibuk ini kerana mereka mahu meluangkan masa bersama. Mahu membawa anak-anak mereka bercuti ketika musim cuti sekolah, dapat berehat sebentar dari kerja di pejabat dan menikmati masa kualiti bersama keluarga. Pada musim perayaan pula, kebanyakkan kita mahu pulang bertemu keluarga. Kita semua lakukan perkara yang sama, kan?
Jika anda mengunjungi laman Traveloka, pelbagai tawaran sentiasa berlangsung untuk anda. Ambil peluang ini untuk mendapatkan diskaun, jadi anda taklah perlu asyik bercuti ketika low seasonuntuk berjimat!
Sumber: Shutterstock.com
Sentiasa bawa kurang barang ketika bercuti. Saya tak suka bawa terlalu banyak barang. Bukan saja bagasi saya berat, saya pun cepat letih. Itulah sebabnya saya tak membawa bagasi tarik.
Sama ada anda melancong dengan hanya bagasi tangan, beg galas atau bagasi tarik, berat bagasi anda perlu sentiasa menjadi perhatian. Bayaran bagasi yang berlebihan akan menjadi terlalu mahal, jadi sentiasa bawa yang perlu saja untuk perjalanan anda.
Sebelum meninggalkan rumah, lebih bagus jika anda dapat menimbang berat beg anda untuk mengelak terpaksa membayar caj bayaran bagasi di kaunter. Mahal tau!
Korkusung/ Shutterstock.com
Kenapa bayar lebih kalau anda boleh dapat yang lebih murah untuk benda yang sama?
Apabila anda berpeluang untuk mencuba makanan tempatan, cubalah makanan yang popular di negara itu; makan seperti orang tempatan! P.S. Makanan tempatan lebih murah dari makanan luar negara. Jadi ambil peluang ini untuk menikmati makanan terbaik negara itu sambil berjimat.
Tapi pastikan dulu makanan itu halal sebelum mencuba ya!
Baca tip mencari makanan halal di Korea ini.
Sumber: Shutterstock.com
Bagus jika anda tahu untuk menyimpan duit. Tapi bagaimana jika saya beritahu yang anda juga boleh buat duit di luar negara?
Jika anda sentiasa mengembara dan perlukan dana untuknya, ada banyak kerja sambilan di luar sana yang boleh anda cuba. Daripada memetik buah sehinggalah bekerja di atas kapal pelayaran, saya pasti ada yang sesuai untuk anda.
Ramai kawan saya yang telah pergi ke negara seperti Australia dan New Zealand untuk memetik buah. Kerja seperti Royal Caribbean manakala kerja-kerja bagi projek sukarela dan menerima sedikit bayaran sebagai pertukaran untuk makanan dan tempat tinggal.
Apa sahaja yang anda perlu untuk mendapatkan wang semasa perjalanan anda, pastikan anda menikmati setiap saat itu.
Berjimat pun berjimat juga, tapi pastikan anda lakukan mengikut kemampuan anda ya. Selamat bercuti!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali