Menunaikan umrah adalah salah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Walaupun ia tidak wajib seperti haji, umrah tetap mempunyai kelebihan besar dari segi ganjaran pahala dan pengalaman rohani.
Namun, agar ibadah ini sah dan diterima, seseorang itu perlu memahami dan menunaikan rukun umrah dengan betul.
Secara ringkas, rukun umrah ialah amalan-asas wajib yang perlu dilakukan oleh setiap jemaah semasa menunaikan umrah. Jika salah satu rukun ini tidak dilaksanakan atau ditinggalkan dengan sengaja, maka umrah tersebut tidak sah dan perlu diulang.
Terdapat lima rukun umrah yang utama dan wajib dipatuhi oleh semua jemaah, iaitu:
Niat ihram ialah rukun pertama dalam umrah. Ia bermaksud berniat untuk mengerjakan umrah dengan memasuki miqat (sempadan tertentu) dalam keadaan ihram. Ihram bukan hanya bermaksud pakaian (dua helai kain putih tanpa jahitan untuk lelaki), tetapi juga keadaan suci diri dan niat ibadah kepada Allah.
Lafaz niat umrah:
"Labbaikallahumma ‘umratan"
(Aku menyahut seruan-Mu ya Allah untuk menunaikan umrah)
Setelah berniat, jemaah wajib menjaga larangan dalam ihram seperti tidak mencabut rambut, tidak memakai wangian, dan lain-lain.
Dalil niat umrah:
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah."
(Surah Al-Baqarah: 196)
Ayat ini menunjukkan bahawa niat menunaikan haji dan umrah adalah wajib. Niat ihram menandakan permulaan ibadah umrah, dan ia perlu dilakukan sebelum masuk ke tanah haram. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang mendapat apa yang diniatkannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari Hajar Aswad secara lawan arah jam. Ini adalah antara rukun utama dalam umrah dan perlu dilakukan dengan tertib dan khusyuk. Syarat sah tawaf termasuklah:
Tawaf menggambarkan kesatuan dan ketaatan umat Islam terhadap Allah.
Dalil Tawaf:
"Dan hendaklah mereka melakukan tawaf di sekeliling rumah yang tua itu (Kaabah)." (Surah Al-Hajj: 29)
Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a.:
"Tawaf di Kaabah, sa’i antara Safa dan Marwah, dan bercukur atau bergunting adalah untuk umrah." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Selepas selesai tawaf, jemaah wajib melakukan sa’i iaitu berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Sa’i mengingati pengorbanan dan ketabahan Siti Hajar mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail a.s. Perjalanan pertama bermula dari Safa ke Marwah dan diakhiri di Marwah.
Jemaah lelaki digalakkan berlari-lari anak antara dua tiang hijau yang dikenali sebagai kawasan raml.
Dalil Sa’i:
"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah. Maka sesiapa yang menunaikan haji atau umrah, maka tidak menjadi dosa baginya untuk bersa’i antara kedua-duanya." (Surah Al-Baqarah: 158)
Meskipun ayat ini menyebut "tidak berdosa", maksud sebenarnya bukan menunjukkan sa’i itu sunat, tetapi merujuk kepada keadaan orang yang ragu-ragu ketika awal Islam. Para ulama sepakat bahawa sa’i adalah rukun umrah berdasarkan perbuatan Nabi SAW.
Rukun ini dilakukan setelah selesai sa’i. Lelaki digalakkan mencukur keseluruhan rambut, manakala wanita hanya perlu memotong sedikit rambut (sekadar satu ruas jari). Ini menandakan selesainya ibadah umrah dan terbebas daripada ihram (tahallul).
Dalil Bercukur:
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan kamu ke dalam Masjidil Haram – jika Allah mengkehendaki – dalam keadaan kamu bercukur rambut dan bergunting." (Surah Al-Fath: 27)
Ini menunjukkan bahawa mencukur atau memotong rambut adalah sebahagian daripada penutup ibadah haji dan umrah. Ia melambangkan penyucian diri dan penamat kepada ihram.
Tertib bermaksud melakukan semua rukun umrah dalam susunan yang betul. Ini penting bagi memastikan semua rukun dilaksanakan mengikut urutan yang ditetapkan oleh syarak. Sekiranya rukun dilakukan secara tidak tertib, maka umrah boleh menjadi tidak sah.
Rukun-rukun umrah ini perlu dilakukan secara tertib, iaitu mengikut susunan yang betul. Dalil tertib tidak disebut secara langsung dalam al-Quran, tetapi difahami melalui perbuatan Rasulullah SAW dan ijmak (kesepakatan) ulama. Para ulama menyimpulkan bahawa jika sesuatu rukun dilakukan tidak mengikut tertib, maka ibadah itu tidak sempurna atau tidak sah.
Perlu diingat, rukun umrah tidak boleh ditinggalkan. Jika tertinggal salah satu rukun, ibadah umrah tidak sah. Manakala wajib umrah seperti memakai ihram di miqat, menjauhi larangan ihram, dan membaca talbiah—jika tertinggal, umrah masih sah tetapi perlu membayar dam (denda) iaitu menyembelih seekor kambing di Mekah.
Rukun ialah perkara-perkara asas yang mesti dilakukan dalam ibadah umrah. Ia adalah elemen yang membentuk keseluruhan ibadah itu sendiri. Jika salah satu rukun tidak dilakukan, maka umrah menjadi tidak sah, dan jemaah perlu mengulang semula umrah dari awal. Ibaratnya, kalau kita bina rumah, rukun adalah seperti tiang utama. Jika satu tiang tidak ada, maka rumah itu tidak stabil dan tidak boleh didiami.
Wajib umrah pula ialah perkara-perkara penting yang perlu dilakukan, tetapi jika tertinggal, umrah masih sah. Namun, jemaah tersebut perlu membayar dam (denda) sebagai tebusan. Umrah tetap sah walaupun wajibnya tertinggal, tetapi mesti menyembelih seekor kambing di Mekah atau bayar dam yang setara jika tidak mampu.
Contoh Wajib Umrah:
Dalam analogi rumah tadi, wajib umrah ibarat cat dinding atau tingkap—kalau tiada, rumah masih boleh digunakan, tapi tidak lengkap atau tidak sempurna.
Seorang jemaah tidak melakukan sa’i antara Safa dan Marwah. Maka, umrahnya tidak sah walaupun dia sudah bertawaf dan bercukur. Dia mesti ulang semula seluruh ibadah umrah.
Seorang jemaah memasuki miqat tanpa berniat ihram, dan hanya berniat setelah berada di Tanah Haram. Umrahnya masih sah, tetapi dia perlu membayar dam (sembelih kambing di Mekah) kerana meninggalkan wajib.
Ramai jemaah kadangkala terkeliru atau tidak tahu mana yang rukun dan mana yang wajib. Akibatnya, ada yang menganggap semua boleh ditebus dengan dam, sedangkan meninggalkan rukun tidak boleh ditebus—umrah tetap batal.
Oleh itu, ilmu ini penting untuk memastikan ibadah kita sah dan sempurna, serta tidak sia-sia setelah jauh merantau ke Tanah Suci.
Setelah memahami dan menjiwai kepentingan Rukun Umrah sebagai asas ibadah suci ini, semoga niat dan kerinduan di hati anda untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci semakin membara. Jangan tangguh lagi impian mulia anda untuk menunaikan Umrah. Untuk merealisasikan perjalanan penuh berkah ini, permudah urusan perancangan anda.
Anda boleh menguruskan keperluan tiket penerbangan, mencari hotel yang sesuai di Makkah dan Madinah, serta menempah kemudahan pengangkutan dengan mudah melalui Traveloka. Mulakan langkah praktikal anda menuju Umrah bersama Traveloka dan fokuslah sepenuhnya pada persiapan rohani anda untuk meraih Umrah yang mabrur.
Semak artikel ini jika anda memerlukan panduan Umrah DIY.
Panduan Umrah DIY: Cara Lakukan Umrah Sendiri Tanpa Agen
Discover how to perfor...
Lihat harga
Sun, 22 Jun 2025
IndiGo
Kuala Lumpur (KUL) to Jeddah (JED)
Harga bermula dari RM 1,078.11
Thu, 17 Jul 2025
Flyadeal
Riyadh (RUH) to Jeddah (JED)
Harga bermula dari RM 188.98
Sun, 22 Jun 2025
Batik Air Malaysia
Pulau Pinang (PEN) to Jeddah (JED)
Harga bermula dari RM 1,270.76