Wanita Tidak Perlu Takut Mengembara Secara Solo!

Traveloka MY
26 Mar 2017 - 4 min read
girl

Sumber: Shutterstock.com

Mengembara sendirian ialah pengalaman yang indah. Saya bersyukur dapat mencuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ramai kawan-kawan wanita yang bertanya jika saya pernah rasa takut, terutama sekali ketika mengembara di tempat yang terpencil.

Ya, banyak kali saya rasa begitu. Tapi ketakutan itu tidak menghalang saya untuk menjelajah tempat-tempat baru sendirian. Saya mula biasa dan lebih yakin berbanding pertama kali bermula. Sejujurnya, saya menjadi pengembara yang lebih baik.

Saya juga bernasib baik apabila kadang kala pengembara lain menyertai saya. Tapi tentulah, ada masanya saya berseorangan. Jadi ketika itu, saya akan ikuti tip-tip ini!

Tip #1: Berhati-hati dengan keadaan sekeliling

girl listening to music

Sumber: Shutterstock.com

Apabila anda mengembara sendirian, penting untuk sentiasa berjaga-jaga setiap masa. Mendengar muzik tentulah mengasyikkan terutama sekali apabila itu saja hiburan anda. Tapi cuba untuk tidak menggunakan fon telinga sambil berjalan, kerana anda mudah hilang fokus dengan keadaan sekeliling.

Banyak kes terjadi di mana pengembara dirompak kerana mereka kurang peka. Sentiasa berjaga-jaga mungkin dapat menghalang orang asing mengambil kesempatan terhadap anda.

follow your heart

Sumber: Shutterstock.com

Ikuti ini anda pasti tak akan apa-apa. Bila mana anda dalam situasi yang kurang selesa, jangan panik. Bertenang dan selesaikan masalah.

Contohnya, jika orang asing menghampiri anda dengan cara yang pelik dan meragukan, bertenang dan segera berjalan pergi atau berjalan ke tempat yang dipenuhi orang ramai. Mungkin tanggapan anda salah tentang orang itu. Tapi jika naluri anda kata tidak, lebih baik beredar saja.

Tip #3: Tahu di mana hala tuju anda

map

Sumber: Shutterstock.com

Melainkan anda tahu tempat itu, lebih baik buat persediaan dahulu. Bawa buku percutian, peta, duit yang mencukupi, dan buku bahasa. Jika anda sesat, anda boleh bertanya kepada orang tempatan untuk mengetahui hala tuju anda dengan mudah.

Apabila orang tempatan memberi tip, tuliskan ke dalam buku nota kecil. Minta tolong mereka lukiskan peta jalan dalam buku nota anda. Saya lakukan begini di Thailand dan ia menjadi.

Penting: Sentiasa bawa pen bersama! Ingat, jangan malu bertanya. Jika kurang selesa bertanya lelaki, tanya sahaja para wanita ya.

Tip #4: Pakai cincin tipu jika anda masih solo

ring

Sumber: Shutterstock.com

Tip ini diberikan oleh teman pengembara saya apabila saya beritahu kisah saya diganggu oleh lelaki yang agak ‘mesra’. Cara ini mungkin pelik, tapi tak kisah ke mana anda pergi, cincin tipu sangat berguna untuk menunjukkan yang ada telah berpunya.

Cincin jenis apa yang patut anda pakai? Tentulah cincin tiruan tanpaberlian sebenar! Ramai lelaki miang ini tak percaya anda sudah berpunya sehinggalah mereka melihat cincin di jari anda.

Penting:Supaya cerita anda lebih mudah dipercayai, bawa gambar ‘suami’ olok-olok anda. Hei, cuba dulu baru tahu!

Tip #5: Bawa barang sedikit sahaja

Girl watching flight

Sumber: Shutterstock.com

Bawa barang sedikit ialah peraturan penting saya ketika mengembara. Tapi ada yang tidak setuju dengan tip ini. Sebabnya, sedikit barang bukan mudah. Tapi cuba dulu, dan pasti selepas ini anda tidak mahu membawa beg langsung.

Kenapa ini cara yang bagus? Selain menjimatkan ruang, mengembara dengan sedikit barang mungkin akan menyelamatkan anda daripada bahaya, kalau-kalau anda perlu berlari pantas jika ada kecemasan!

Tip #6: Sentiasa berjaga-jaga

girl traveler

Sumber: Shutterstock.com

Apabila mengembara seorang, anda perlu lebih berjaga-jaga. Mengembara secara solo memerlukan anda bergantung sepenuhnya kepada diri anda. Jadi, jika anda berjalan di kawasan yang anda tidak biasa, pastikan anda fokus.

Elakkan terlalu sopan atau baik dengan orang asing kerana orang itu mungkin mudah mengambil kesempatan terhadap anda. Jika berlaku kecemasan, tarik perhatian seperti menjerit jika ada yang cuba melakukan sesuatu yang tak baik kepada anda.

Tip #7: Elak berjalan-jalan pada sebelah malam

walk at night

Sumber: Shutterstock.com

Cuba hadkan aktiviti anda pada sebelah siang. Ada destinasi dan tempat yang selamat untuk wanita solo, tetapi ada banyak juga tempat yang tidak selamat untuk wanita, bahkan lelaki. Jika perlu keluar malam, cuba keluar secara berkumpulan dengan pengembara lain. Jika anda mahu melakukan perjalanan jarak jauh, pastikan anda sampai ke destinasi anda sebelum tengah malam. Anda tak mahu sampai pada jam 3 pagi sambil tercari-cari hotel anda. Tapi jika anda terpaksa sampai lewat, lebih baik sekiranya anda tempah penginapan lebih awal. Tempah penginapan.

Tip #10: Menjelajah secara berkumpulan

bicycle

Sumber: Shutterstock.com

Anda sentiasa mahu menjelajah tempat baru sendirian. Tapi anda takut. Jadi, percaya kata hati anda, jika anda kurang yakin, ambil saja aktiviti secara berkumpulan.

Tapi saya faham, tak ramai yang berminat menjelajah seperti itu. Saya hanya ambil aktiviti berkumpulan jika saya benar-benar perlu. Kalau tidak, saya ajak saja pengembara lain yang mahu buat eksplorasi yang sama.

Tip #11: Jangan percaya orang asing sepenuhnya

beautiful girl at the bar

Sumber: Shutterstock.com

Berbual dengan orang baru memang hebat. Kadang kala anda akan jumpa orang yang baik-baik juga. Namun begitu, sentiasa beringat. Anda tidak kenal mereka. Jadi jangan dedahkan butiran peribadi anda seperti di mana anda menginap.

Penting: Jika anda terjumpa lelaki yang miang, jangan beritahu yang anda mengembara secara solo. Sentiasa bertenang dan tegas dalam menangani situasi yang sukar. Tipu sunat tak mengapa jika ia dapat menyelamatkan anda.

Anda ada tip untuk pengembara solo wanita? Saya nak tahu pendapat anda! Apa-apa pun, kekal selamat dan nikmatilah pengembaraan anda!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved