Ada banyak teori tentang bagaimana Kuching mendapat namanya. Ada satu teori mengatakan kucing mempengaruhi nama disebalik tempat ini, tapi tiada siapa yang pasti tentang ini.
Tapi disebabkan nama unik inilah, bandar Kuching penuh dengan haiwan yang menjadi kegemaran ramai orang ini.
Di merata-rata tempat, anda boleh melihat motif dan simbol dalam segala bentuk, seperti patung hinggalah ke lukisan mural.
Dan sudah tentu kucing liar juga banyak di sini. Jadi jika anda seorang peminat kucing, ini yang patut anda lakukan kalau anda singgah di Kuching.
Sebelum itu, memandangkan kita dalam situasi pandemik, kami sertakan sekali maklumat COVID-19 yang terbaru untuk perjalana ke Kuching, Sarawak.
Untuk kemasukan ke Sarawak, anda perlu:
Kredit: yanatul / Shutterstock
Bersebelahan Bulatan Padungan, dekat dengan bandar Kuching berdirinya patung kucing berwarna putih setinggi 2½.
Kucing ini mengangkat sebelah kakinya seolah-olah mengyapa pelawat. Jangan lupa bergambar dengan kucing terkenal ini.
Ketika musim perayaan atau sambutan Tahun Baru Cina, Kucing Hebat ini akan dipakaikan dengan pakaian tertentu untuk sambutan tersebut.
Anda bukan seorang yang fanatik kucing kalau anda tidak berkunjung ke Muzium Kucing.
Terletak di dalam bangunan Dewan Bandaraya Utara Kuching berada di atas bukit yang tinggi, muzium itu dipenuhi dengan pelbagai jenis peralatan berkaitan kucing, seperti patung-patung porselin, poster-poster "Cats" daripada muzik Broadway dan banyak lagi!
Di sini, anda boleh belajar tentang peranan dan pengaruh kucing dalam sejarah dan budaya di Kuching.
(Nak belajar tentang peribahasa yang berkaitan dengan kucing pun boleh di sini, seperti “bagai kucing di atas tembok” dan bermacam-macam lagi peribahasa menarik.)
Waktu operasi: 9.00 pagi - 5 petang | Bayaran untuk kamera: RM3 (kamera telefon) dan RM5 (kamera video)
Kredit: JeJai Images / Shutterstock
Patung Kucing yang ikonik ini, terletak betul-betul di tengah-tengah pertemuan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Abell yang sibuk. Dan patung ini bukan hanya satu malah sekeluarga. Comel betul!
Bandar Kuching tak lengkap kalau tiada kafe kucing betul tak? Jadi, jom singgah sebentar di Meow Meow Cat Cafe di Sin Yen Garden.
Hanya 10 minit dengan memandu dari Kuching Waterfront, anda boleh bermain sambil menikmati minuman serta snek di sini.
Kafe ini terletak di tingkat atas kedai haiwan peliharaan dan bayaran masuk adalah RM10, termasuk minuman.
Kafe ini beroperasi seperti biasa dan anda boleh makan di dalam atau ingin bungkus, tapi kalau anda akan kehilangan peluang untuk mengamati corak-corak kucing ini!
Kafe ini buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 5 petang, tapi untuk setia hari Ahad, kafe ini akan tutup jam 2:30 petang.
Farell, menunggu untuk diusap oleh pengunjung.
Sementara anda menunggu minuman dan snek anda, anda boleh meluangkan masa dengan bermain bersama kucing di bilik permainan - ada 8 ekor anak bulus yang menjadi penghuni di kafe ini.
Tempat yang popular dikalangan penduduk tempatan dan peminat kucing, kafe ini selalunya sesak pada hujung minggu, tetapi jika anda melawat pada hari kerja seperti yang saya lakukan, kucing-kucing ini semuanya untuk anda!
Kredit: Elena Odareena / Shutterstock
Tak kanlah bandar Kuching hanya ada dua monumen kucing, betul tak?
Sudah tentu tidak - ada banyak lagi patung-patung kucing unik yang berada di mana-mana tempat di Kuching terutamanya tempat awan dan bulatan jalan raya.
Lihat jikaterdapat banyak lagi orang yang bertaburan di tengah-tengah kota, terutamanya di ruang awam dan bulatan ... Lihat jika anda dapat melihat mereka semua!
(Psst, salah satu daripada kegemaran kami adalah di Lebuh Java berhampiran Jalan Gambir, gambar di atas. 😸)
Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman anda di Kuching. Sebelum anda pulang, beli beberapa buah tangan untuk diberik kepada keluarga dan rakan-rakan!
Terdapat banyak tempat di Kuching yang menjual cenderamata dalam bentuk kucing. Anda boleh ke Bazaar Utama, barisan kedai yang menghadap Kuching Waterfront.
_____________________________________________________________________
Teruja tak dengan bandar Kuching? Kalau ya, jom tempah perjalanan anda dengan Traveloka!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali