Pulau Komodo ditutup sementara untuk pemulihan habitat

Traveloka MY
13 Feb 2019 - 1 min read

Salah satu lokasi7 Keajaiban Dunia, Pulau Komodo di Indonesia akan ditutup selama setahun untuk proses pemulihan habitat. Terkenal dengan biawak terbesar di dunia, pulau ini seringkali menjadi tempat persinggahan pelancong – popularitinya hampir setanding dengan Bali!

Jika anda teringin untuk melawat pulau ini, malangnya, anda harus menyimpan hasrat tersebut buat seketika. Kerajaan Indonesia telah mengambil keputusan untuk menutup pulau ini buat sementara waktu. Langkah ini diambil untuk meningkatkan populasi Komodo dan rusa yang kian menurun disebabkan ancaman habitat.

Menurut Governor Nusa Tenggara Timur (NTT) Viktor Bungtilu Laiskodat, saiz biawak Komodo tidak lagi sebesar dahulu. Populasi rusa, yang juga merupakan makanan Komodo, semakin menurun disebabkan ancaman pemburu haram. Penutupan pulau ini diharapkan dapat meningkatkan populasi rusa, dan sekaligus menyelesaikan masalah populasi Komodo. Namun begitu, tarikh penutupan Pulau Komodo masih belum diumumkan.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh melawati pulau-pulau yang berada di dalam Taman Nasional Komodo yang lain seperti Pulau Padar dan Pulau Rinca, serta 26 pulau-pulau kecil yang berhampiran.

Taman Nasional Komodo ini ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melindungi naga Komodo. Pada tahun 1991, ianya telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

_________

Tempah tiket di Traveloka untuk memulakan pengembaraan!

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved