0

Traveloka MY

10 Oct 2019 - 2 min read

Berita: Terbaharu! Pusat beli-belah lima tingkat dibuka di Chatuchak

Ditulis oleh: Farah Hanan Azahar

Tidak dinafikan, pasar hujung minggu Chatuchak sememangnya syurga beli-belah yang digemari di Bangkok. Tetapi, daripada anda berpanas di sini, baik anda pergi ke pusat beli-belah terbaharu yang lebih berhawa dingin dan selesa di kawasan tersebut.

Kredit: Facebook / Mixt Chatuchak

Mixt Chatuchak yang baru saja dibuka awal September lalu, merupakan pusat beli-belah lima tingkat yang menawarkan lebih daripada 700 buah kedai dalam lapan zon yang berbeza. Berkonsepkan kedai-kedai unik yang dipilih khas, pusat beli-belah ini dikatakan lebih istimewa kerana ia memberi keutamaan terhadap ramai peniaga SME Thai.

Kredit: Facebook / Mixt Chatuchak

Tingkat pertama menempatkan lebih 140 buah kedai, termasuklah beberapa restoran, kedai pakaian baru dan vintaj, serta perkhidmatan pengurup wang. Untuk lebih barangan fesyen, kunjungi tingkat kedua yang menawarkan pelbagai butik istimewa khusus untuk barangan kulit, pakaian dan aksesori bergaya bagi wanita, lelaki, dan kanak-kanak dengan harga yang berpatutan.

Kredit: Facebook / Mixt Chatuchak

Di tingkat ketiga Mixt Chatuchak pula terdapat kedai-kedai yang menjual hiasan rumah, kraftangan unik, cenderahati, serta perkhidmatan spa dan kecantikan. Di sini juga anda boleh menemui sebuah medan selera berkonsepkan makanan jalanan yang menawarkan beraneka pilihan menu lazat dari sekitar Bangkok.

Kredit: Facebook / Mixt Chatuchak

Untuk ke sini, anda boleh menuju ke stesen kereta api terdekat iaitu Stesen BTS Mo Chit (Pintu Keluar 1) ataupun Stesen MRT Chatuchak Park (Pintu Keluar 1). Sekiranya ada dari Pasar Chatuchak, anda boleh berjalan kaki ke Mixt Chatuchak yang hanya terletak bersebelahan tapak pasar tersebut. Ia boleh diakses dari Pasar Chatuchak melalui Seksyen 9, 11, 13, 15, 17, dan 19.

Pusat Beli-Belah Mixt Chatcuchak

Alamat: 8 Kamphaeng Phet 3 Rd, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Bangkok 10900

Waktu operasi: Setiap hari dari 10 pagi – 10 malam

Inilah panggilan anda untuk percutian hujung tahun di Bangkok! 3H2M pun jadi, kerana semuanya boleh dilakukan dengan panduan itinerari yang kami telah sediakan untuk anda. Tunggu apa lagi?

_________________________________________________________________________

Lihat tawaran di Traveloka untuk jimat merancang percutian, supaya anda mempunyai lebih peluang membeli-belah!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved