Memandangkan sempadan dibuka di seluruh dunia, divaksinasi dan mempunyai kad atau sijil vaksinasi adalah salah satu keperluan yang paling penting untuk pengembara. Berikut ialah beberapa soalan lazim tentang sijil vaksinasi.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Pada hari ini, sijil vaksinasi adalah dokumen perjalanan penting yang perlu dibawa bersama dengan pasport anda beserta dengan dokumen-dokumen lain, terutamanya jika anda ingin mengembara dan melancong ke luar negara.
Untuk mengelakkan penularan COVID-19 daripada bertambah buruk dan memberi kesan kepada lebih ramai orang, negara-negara di seluruh dunia telah menggembleng tenaga untuk memastikan setiap rakyat mereka mendapat vaksin supaya dilindungi daripada virus tersebut.
Selain itu, mereka juga menggunakan vaksin yang telah dikaji secara teliti oleh banyak syarikat farmaseutikal yang beroperasi di seluruh dunia.
Setelah mendapatkan suntikan vaksinasi, sijil khas akan dikeluarkan sebagai bukti bahawa anda dilindungi daripada COVID-19 dan kini mempunyai risiko yang lebih rendah daripada dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Ini penting kerana virus tersebut mudah merebak kerana sifatnya yang mudah tersebar melalui udara.
Oleh itu, dengan mempunyai sijil ini, ia akan memberikan jaminan kepada pihak berkuasa bahawa anda dalam keadaan yang baik dan cukup sihat untuk melancong atau memasuki negara mereka.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Untuk dapat melancong ke luar negara pada hari ini, bukti vaksinasi kini diwajibkan dan mesti sentiasa ada untuk dikemukakan jika perlu. Jika tidak, pengembara mungkin berisiko daripada dilarang masuk ke negara yang mereka ingin lawati.
Lazimnya, rakyat Malaysia yang mendapat suntikan vaksin akan diberikan sijil digital dalam aplikasi MySejahtera masing-masing.
Ini sahaja sudah cukup untuk digunakan untuk melancong dalam negara serta dijadikan sebagai bukti vaksinasi di beberapa negaralah, termasuk Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, negara lain mungkin memerlukan syarat-syarat tambahan seperti memuat turun aplikasi tambahan dalam telefon mudah alih masing-masing dan melengkapkan maklumat yang diperlukan serta menyerahkan bukti dalam aplikasi untuk tujuan simpanan.
Sebagai contoh, negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) mempunyai Sijil Digital COVID EU mereka sendiri yang berasingan dan ia perlu oleh diisi para pengembara melawat negara-negara tersebut.
Negara-negara lain mungkin mempunyai peraturan yang berbeza. Oleh hal yang demikian, sila semak sebelum memulakan perjalanan ke negara yang ingin anda lawati dan pastikan anda patuhi peraturan pensijilan vaksinasi mereka.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil vaksinasi, seseorang mesti melengkapkan jumlah suntikan vaksinasi yang diperlukan.
Keperluan ini mungkin berbeza antara satu pembekal vaksin dengan pembekal yang lain. Sebagai contoh, Pfizer dan AstraZeneca memerlukan dua dos untuk dikira sebagai dos yang lengkap, manakala Johnson & Johnson hanya memerlukan satu dos dan ia dikira sudah lengkap.
Dos juga berbeza untuk kanak-kanak berumur di bawah 11 tahun, dengan dos yang lebih sedikit berbanding dengan orang dewasa. Suntikan penggalak juga diperlukan apabila mereka mencapai umur 12 tahun.
Namun, dengan penyebaran varian Delta dan Omicron yang jauh lebih bahaya dan senang merebak, ditambah pula dengan kemungkinan lebih banyak varian pada masa hadapan, suntikan penggalak telah diwajibkan di Malaysia.
Terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas serta sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas yang telah mengambil suntikan SinoVac.
Bergantung pada kadar penyebaran wabak COVID-19, mandat suntikan penggalak akan disemak dari semasa ke semasa, seterusnya memberi kesan kepada kelayakan sijil vaksin. Hal ini demikian kerana seseorang perlu melengkapkan dos untuk layak mendapat sijil.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Pada peringkat awal usaha vaksinasi seluruh negara, kerajaan Malaysia telah meluluskan vaksin daripada Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca sahaja. Malah, ketiga-tiga pembekal ini telah berusaha gigih untuk menyediakan bekalan kepada negara ini sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk.
Hal ini membuka ruang kepada pelancong untuk masuk ke negara ini. Oleh itu, lima lagi pembekal vaksin telah diluluskan, termasuk SinoPharm, CanSino, Bharat Biotech, Moderna dan juga Johnson & Johnson.
Ini bermakna, kini vaksin ini sudahpun boleh digunakan di Malaysia, dan setelah selesai dos, penerima akan layak untuk menerima sijil vaksinasi. Namun, setakat ini hanya Pfizer-BioNTech sahaja telah diluluskan untuk digunakan dalam kalangan kanak-kanak.
Gambar oleh Premium Photo dari Canva
Semasa sedang melancong, terdapat tiga cara untuk membuktikan bahawa anda telah divaksin. Cara yang pertama ialah dengan mengemukakan sijil digital vaksin COVID-19 yang boleh dilampirkan pada dompet digital.
Cara kedua ialah dengan menunjukkan sejarah imunisasi dengan butiran lengkap vaksinasi yang diambil termasuk suntikan penggalak, jika ada.
Akhir sekali, pelancong boleh mengemukakan sijil vaksinasi antarabangsa yang telah diiktiraf.