Sudah pasti ramai yang tak sabar nak balik beraya di kampung kan memandangkan tinggal beberapa hari sahaja Hari Raya Aidilfitri akan tiba.
Yang tinggal jauh di perantauan mesti dah beli tiket kapal terbang sebulan dua lebih awal. Manakala yang menaiki kereta balik kampung pula, anda sudah bersedia nak melalui perjalanan panjang di lebuh raya?
Jom ikuti tips balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 seperti yang disenaraikan di bawah. Semoga tips-tips ini boleh membantu anda sekeluarga menikmati perjalanan balik kampung dengan lebih tenang dan yang paling penting selamat sampai ke destinasi yang dituju terutamanya yang menaiki kereta sendiri.
10 Activity Ideas to Spend Your Hari Raya Aidilfitri Holiday in Langkawi
Activities in Langkawi...
Lihat harga
Apabila anda bercadang untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta, pastikan anda sudah mempunyai perancangan yang rapi dan juga terperinci.
Hal ini adalah agar anda dapat membuat persediaan sebaik mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini apabila berada dalam perjalanan kelak.
Pastikan anda merancang waktu bergerak daripada lokasi anda dan jangkaan waktu sampai ke destinasi, laluan yang anda ingin gunakan beserta laluan alternatif lain sekiranya berlaku kesesakan melampau, tempat berhenti untuk rehat dan solat, lokasi kedai makan dan juga tandas serta yang paling utama, rancang waktu rehat anda sebelum memulakan perjalanan.
Jangan lupa juga periksa keadaan jalan raya termasuk cuaca hari tersebut sebelum memulakan perjalanan anda.
Pastikan jalan tidak ditutup, tidak ada sebarang penghalang atau kerja pembinaan yang sedang berlangsung di jalan raya. Anda boleh gunakan aplikasi tertentu untuk membantu anda mendapatkan informasi terkini berkaitan lebuhraya yang anda ingin lalui dan jangkaan cuaca hari tersebut.
Sentiasalah mengambil berat mengenai berita semasa sama ada melalui media sosial, televisyen mahupun radio. Biasanya pihak media akan sentiasa membuat liputan mengenai keadaan lebuhraya untuk membantu memberi info kepada para pengguna.
Sekiranya cuaca hujan atau berbahaya, ambil langkah keselamatan terlebih dahulu sama ada anda hendak teruskan perjalanan ataupun menunda perjalanan balik ke kampung sehingga cuaca mengizinkan. Tidak mengapa balik kampung lambat, yang penting keselamatan anda sekeluarga.
Sehari sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan keadaan kereta anda dalam keadaan terbaik. Sekiranya perlu, hantar kereta anda untuk diservis. Ini adalah merupakan langkah keselamatan yang sangat penting dan perlu dtitikberatkan.
Jangan lupa periksa pada setiap bahagian kereta, termasuk enjin, tayar dan brek sebelum bergerak ke kampung. Tak nak la kereta rosak di tengah jalan kan?
Selain itu, pastikan juga anda membawa alat ganti & kelengkapan kereta yang penting seperti pembuka tayar, jek dan sebagainya. Sesungguhnya, malang tidak berbau kan. Sekurang-kurangnya apabila berlaku sesuatu anda mempunyai alatan untuk membaiki kereta anda. Minyak pun jangan lupa isi penuh-penuh tau!
Dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, insurans kereta dan sebagainya adalah sangat penting untuk dibawah kemana-mana sahaja termasuklah apabila anda balik ke kampung. Dokumen-dokumen ini akan membantu anda sekiranya berlaku sesuatu sewaktu di perjalanan.
Contohnya seperti, apabila berlaku kemalangan dan anda tidak sedarkan diri, pihak berkuasa boleh mengetahui identiti anda melalui dokumen-dokumen yang anda bawa. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menguruskan kereta anda dengan mudah sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Tambahan pula, apabila tiba musim perayaan, pihak berkuasa biasanya lebih giat melakukan pemeriksaan di jalan raya. Oleh itu, sekiranya anda tidak mahu disaman jangan sesekali tinggalkan dokumen penting anda di rumah.
Walaupun tips ini nampak mudah, namun percayalah apabila terjadi sesuatu di tengah jalan dan cas telefon bimbit anda habis atau tidak ada kredit anda akan merasakan betapa seksanya detik tersebut.
Oleh itu, cas telefon bimbit anda dengan penuh dan isi kredit yang mencukupi. Jangan lupa langgan data internet juga. Data internet ni pun sangat penting terutamanya apabila anda menggunakan aplikasi navigasi yang memerlukan rangkaian internet.
Selain itu, jika anda mempunyai power bank, jangan lupa cas penuh-penuh dan bawa. Power bank ini boleh digunakan apabila bateri telefon bimbit anda habis. Satu lagi, sebaiknya simpan no ahli keluarga yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Set siap-siap di dalam telefon bimbit anda.
Setiap kenderaan wajib mempunyai peralatan kecemasan seperti kit pertolongan cemas, lampu suluh, tayar ganti dan pemadam api. Tak perlu pun peralatan yang kompleks, yang penting ia boleh membantu anda jika berlaku apa-apa kecemasan di sepanjang perjalanan.
Bukan itu sahaja, anda juga mungkin berpeluang untuk membantu orang lain yang tengah kesusahan di jalan raya.
Selain membantu mengelakkan anda tersesat, aplikasi navigasi juga membantu anda untuk merancang perjalanan anda dengan baik. Biasanya aplikasi sebegini akan turut memaparkan laluan yang sesak dan perlu dielakkan.
Muat turun siap-siap sebelum memulakan perjalanan dan sebaiknya pilih aplikasi yang tidak memerlukan rangkaian internet untuk berfungsi.
Bekalan makanan dan minuman yang mencukupi adalah sangat penting ketika dalam perjalanan terutamanya apabila anda mempunyai anak kecil. Ini kerana, tidak semua tempat ada kedai makan yang buka lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.
Sekiranya anda menjangkakan akan berbuka atau bersahur di kereta, jangan lupa bawa bekal siap-siap. Paling penting, bawa air lebih. Selain itu, jangan lupa juga bawa makanan yang boleh membantu menghilangkan rasa mengantuk anda apabila memandu pada waktu malam seperti gula-gula, kekacang dan sebagainya.
Pastikan anda sudah mengenal pasti tempat berhenti berehat yang ada di sepanjang lauan balik ke kampung. Sekiranya tidak ada, berhenti rehatlah di mana-mana tempat yang selamat dan selesa. Anda juga boleh berhenti bermalam semalam di hotel jika perlu.
Apabila berhenti rehat, jangan tergesa-gesa untuk meneruskan perjalanan kembali. Dapatkan rehat secukupnya dan tidur sebentar sekiranya mengantuk. Ingat, biar lambat asal selamat.
Jangan lupa juga untuk ‘membuang’ segala hajat yang perlu apabila berhenti rehat. Ambil masa untuk bawa anak-anak pergi ke tandas, ganti lampin dan sebagainya semasa di kawasan tempat rehat.
Bawa sejumlah wang tunai yang secukupnya untuk kegunaan kecemasan. Jangan lupa bawa duit kecil juga untuk memudahkan anda membayar tol atau untuk membeli apa-apa keperluan semasa perjalanan.
Sekiranya anda membawa wang tunai yang cukup banyak, pastikan anda menyimpannya di beberapa tempat yang berbeza di dalam kereta. Ini adalah tips untuk mengelakkan wang tunai anda lesap semuanya sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
Pastikan pintu kereta anda sentiasa dikunci dan jangan berhenti di mana-mana kawasan yang mencurigakan sebagai langkah berhati-hati.
Sedangkan orang dewasa pun letih dan bosan apabila duduk lama dalam kereta, apatah lagi kanak-kanak. Betul tak?
Oleh itu, untuk mengelakkan anak anda meragam dan kebosanan di dalam kereta, jangan lupa bawa permainan dan sediakan aktiviti untuk mereka. Bermain sambil belajar pun boleh, tak kira main teka-teki, main kad atau main apa-apa permainan sekalipun. Pemandu pun tidaklah mengantuk apabila suasana dalam kereta ceria.
Pakailah pakaian yang sesuai mengikut kesesuaian cuaca dan keselesaan anda. Perjalanan yang jauh mudah menyebabkan anda rimas, jadi pakaian yang sesuai akan membantu anda untuk berasa selasa sepanjang perjalanan.
Elakkan daripada memakai pakaian ketat dan terlalu panas kerana ia boleh mengganggu keselesaan anda dan membuatkan anda mudah letih serta kehilangan mood. Untuk anak-anak pula, sebaiknya sediakan baju ganti di dalam kereta agar mudah diambil sekiranya perlu.
Utamakan keselamatan sentiasa dan pastikan pemandu serta semua penumpan memakai tali pinggang keselamatan dan mengekalkannya sepanjang perjalanan. Jangan ambil mudah tau. Tali pinggang keselamatan boleh membantu menyelamatkan nyawa anda sekiranya berlakunya kemalangan.
Bukan itu sahaja, pastikan juga anak-anak anda yang masih kecil duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak yang khusus. Langkah ini membantu anak anda agar tidak tercampak keluar atau terhentak kuat apabila berlakunya pelanggaran.
Apabila selamat sampai ke destinasi, jangan lupa ucapkan syukur. Nikmati masa-masa berharga anda di kampung dengan sebaiknya dan jangan tergesa-gesa untuk pulang semula.
Lepaskan kepenatan anda dan berehatlah secukupnya sebelum memulakan kembali perjalanan pulang ke rumah anda. Sekiranya perlu, ambil cuti lebih bagi menggantikan hari perjalanan anda ulang-alik ke kampung agar anda dapat berehat sebaiknya.
The Leverage Lite Hotel - Kuala Kedah
•
8.5/10
50, Taman Gunung Indah,Jalan Kuala Kedah
RM 98
RM 96
Dengan mengikuti 14 tips balik kampung tips cuti hari raya aidilfitri 2023 yang disenaraikan diatas, dijamin perjalanan anda akan menjadi lebih lancar dan teratur. Semoga perjalanan anda balik ke kampung selamat dan dapat meraikan Hari Raya dengan seluruh ahli keluarga dengan penuh kegembiraan.
Selamat Hari Raya!
Thu, 17 Jul 2025
AirAsia Indonesia
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 283.45
Thu, 17 Jul 2025
Batik Air Malaysia
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 142.31
Wed, 16 Jul 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Jakarta (CGK) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 212.54