Perkhidmatan Tambahan Penerbangan

Nikmati keselesaan perjalanan sama ada di lapangan terbang atau di pesawat dengan hanya beberapa klik.


Peruntukan Bagasi Bersesuaian Keperluan

No more rearranging your stuff at the airport to avoid additional baggage charges. Whether you are in the middle of booking your flight or already have an e-ticket, you can now select your preferred baggage allowance at Traveloka. So get that travel checklist out and make sure to pack everything you need.


Choosing Your Baggage Allowance



Apakah berat maksimum untuk bagasi kabin dan bagasi yang didaftar masuk?
Setiap syarikat penerbangan mungkin mempunyai peruntukan bagasi yang berbeza, bergantung pada laluan penerbangan. Maklumat terperinci mengenai peruntukan bagasi boleh didapati pada e-tiket atau halaman hasil carian semasa anda membuat tempahan.
Dalam kes tertentu, maklumat yang anda terima di lapangan terbang semasa daftar masuk mungkin berbeza daripada maklumat yang terpapar pada e-tiket/halaman hasil carian anda. Jika anda mengalami situasi ini, sila maklumkan kami supaya kami boleh membantu anda.
Anda juga boleh membeli bagasi tambahan secara dalam talian semasa menempah penerbangan di Traveloka App atau laman web. mua penerbangan disokong oleh Easy Reschedule. Sila rujuk kepada bahagian Terma & Syarat untuk melihat sama ada penerbangan anda layak untuk Easy Reschedule atau tidak.
Tiket penerbangan saya tidak termasuk bagasi dan saya tidak membayar fi bagasi. Adakah saya masih boleh membawa bagasi?
Ya, anda dibenarkan membawa bagasi kabin. Semua penumpang dewasa dan kanak-kanak yang memiliki tempat duduk boleh membawa sehingga 7 kg bagasi kabin atau bagasi tangan di dalam pesawat. Bagasi ini adalah di bawah tanggungjawab penumpang sepanjang perjalanan.
Berapakah bayarannya untuk bagasi tambahan?
Harga untuk bagasi tambahan setiap kilogram bergantung pada kelas penerbangan, laluan penerbangan dan lapangan terbang perlepasan. Sila hubungi pusat panggilan syarikat penerbangan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga bagasi tambahan anda.



Bawa Semua yang Diperlukan dengan Peruntukan Bagasi Tambahan

Perjalanan jauh untuk tempoh panjang selalu memerlukan lebih banyak bagasi. Ditambahkan pula cenderahati untuk rakan dan keluarga, sudah pasti bagasi yang dibawa balik akan melebihi had berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan.

Pada umumnya setiap penumpang diberikan peruntukan bagasi tertentu secara percuma. Tetapi, jumlah beratnya bergantung pada syarikat penerbangan masing-masing. Sesetengahnya disediakan untuk bagasi kabin sahaja manakala sesetengah lagi boleh digunakan untuk bagasi berdaftar. Peruntukan percuma untuk bagasi berdaftar yang sebanyak 15 – 35 kilogram setiap penumpang juga berbeza mengikut jenis syarikat penerbangan dan laluan penerbangan.

Memandangkan biasanya penumpang memerlukan berat tambahan untuk bagasi, banyak syarikat penerbangan popular menawarkan Peruntukan Bagasi Tambahan agar penumpang tidak perlu membayar caj tambahan yang tinggi untuk lebihan bagasi. Peruntukan bagasi tambahan ini ditawarkan dalam bentuk pakej, oleh itu penumpang boleh membelinya pada harga yang lebih berpatutan jika dibandingkan dengan kadar yang dikenakan untuk setiap kilogram lebihan.

Contohnya, perkhidmatan bagasi AirAsia menawarkan pilihan pakej Peruntukan Bagasi Tambahan sebanyak 15, 20, 25, 30, dan 40 kilogram untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Harga pakej yang tersedia berbeza mengikut laluan, jadual, dan tempoh perjalanan.

Penumpang boleh membeli Peruntukan Bagasi Tambahan dari laman web atau aplikasi syarikat penerbangan, atau melalui platform tempahan tiket dalam talian seperti Traveloka sebelum terbang. Pembelian Peruntukan Bagasi Tambahan boleh dibuat seawal 24 jam sebelum berlepas atau semasa menempah tiket penerbangan, bergantung pada polisi setiap syarikat penerbangan. Tetapi, di Traveloka, penumpang dapat membeli peruntukan bagasi bersesuaian keperluan semasa pembelian tiket penerbangan.

Jadi, jika anda menjangkakan berat bagasi akan melebihi peruntukan percuma yang tersedia oleh syarikat penerbangan, adalah baik untuk membeli Peruntukan Bagasi Tambahan seawal mungkin. Hal ini juga penting agar proses daftar masuk anda tidak terganggu dengan bayaran caj tambahan untuk lebihan bagasi.

Pembelian Peruntukan Bagasi Tambahan sebelum penerbangan membenarkan anda untuk mendaftar masuk dengan lancar dan terbang dengan selesa meskipun membawa bagasi yang banyak.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved