Daftar Masuk Web

Daftar masuk lebih awal, masa lebih terkawal.

Daftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang dan akses pas masuk dengan mudah melalui Traveloka. Lebih tenang tanpa perlu terkejar-kejar.

Nikmati Hidangan Lazat dalam Penerbangan

Pastikan anda tidak berada dalam kelaparan sepanjang penerbangan, baik waktu pagi, tengah hari atau malam. Lihat menu dan pilih sajian utama, snek, atau minuman semasa membuat tempahan di Traveloka.

*Pilihan hidangan hanya tersedia untuk penerbangan Citilink.

Cara Memilih Hidangan dalam Penerbangan

Go to My Booking

Cari penerbangan anda

Isi butiran penerbangan, kemudian klik Cari Penerbangan. Pilih penerbangan terbaik untuk anda.

Isi butiran penumpang

Setelah penerbangan dipilih, isi butiran penumpang dan teruskan tempahan.

Go to My Booking
Go to My Booking

Pilih hidangan dalam penerbangan

Lihat bahagian Hidangan untuk menyemak menu. Pilih hidangan bersesuaian keperluan anda.

Teruskan dengan pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang diingini dan jelaskan bayaran dalam had masa yang ditetapkan.

Go to My Booking
Go to My Booking

Lihat hidangan pada e-tiket

Setelah bayaran disahkan, e-tiket anda akan dikeluarkan. Buka e-tiket untuk melihat butiran hidangan.


Soalan & Jawapan

Mengenai Hidangan dalam Penerbangan
Kini anda boleh memilih hidangan semasa menempah penerbangan di Traveloka! Dengan pesanan hidangan lebih awal, anda tidak perlu risau akan ketersediaan makanan dan minuman semasa penerbangan.
Jumlah Hidangan Maksimum
Jumlah hidangan maksimum yang boleh dipilih terpapar di halaman pilihan hidangan dan bergantung pada polisi syarikat penerbangan.
Tuntutan Hidangan
Anda boleh menuntut hidangan yang ditempah dengan hanya menunjukkan pas masuk kepada kru kabin.
Pembayaran Balik untuk Hidangan
Pembayaran balik tidak tersedia untuk hidangan dalam penerbangan. Jika anda membatalkan atau menjadualkan semula penerbangan, hidangan yang ditempah tidak dapat ditambahkan ke penerbangan baharu, dan bayaran balik untuk hidangan tidak akan diberikan.

Tempah Hidangan dan Nikmati Keenakan Sajian Makanan Semasa Penerbangan

Ramai berfikir bahawa makanan kurang penting semasa persiapan untuk menaiki pesawat, sedangkan perjalanan pasti akan lebih tenang dengan perut yang kenyang dan hati yang senang.

Kini, syarikat penerbangan popular lazimnya menyediakan hidangan dalam penerbangan sebagai perkhidmatan tambahan kepada penumpang. Syarikat penerbangan premium dengan perkhidmatan penuh seperti Garuda Indonesia dan Batik Air menyajikan satu hidangan percuma bagi penerbangan yang mengambil masa 1.5 jam ke atas. Tetapi, jenis hidangan percuma ini biasanya sudah ditentukan oleh syarikat penerbangan.

Untuk memenuhi selera pelbagai penumpang, kebanyakan syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa menyediakan perkhidmatan tambahan ini secara berbayar. Perkhidmatan ini membolehkan penumpang memilih hidangan bersesuaian selera masing-masing.

Hidangan dalam penerbangan boleh ditempah sebelum perlepasan penerbangan. Contohnya, semasa daftar masuk melalui laman web syarikat penerbangan, penumpang boleh memilih hidangan yang diingini daripada menu yang tersedia oleh syarikat penerbangan. Penumpang juga boleh menempah hidangan semasa membeli tiket penerbangan di Traveloka.

Secara umumnya, pelancong Indonesia beranggapan bahawa Garuda Indonesia dan AirAsia adalah antara syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan hidangan terbaik. Hidangan dalam penerbangan Garuda Indonesia dikatakan memiliki kualiti restoran 5 bintang, terutamanya dalam penerbangan Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan.

Sementara itu, menu AirAsia dilihat paling menyeluruh dalam kalangan syarikat penerbangan tambang murah. Antaranya termasuk Nasi Padang, Nasi Kuning Manado, Nasi Ayam Uncle Chin, dan Nasi Lemak Pak Nasser. Malah, harga hidangannya berpatutan dan selaras dengan pendekatan mesra bajet yang diamalkan oleh syarikat penerbangan ini.

Selain Garuda Indonesia dan AirAsia, Citilink juga menawarkan perkhidmatan hidangan dalam penerbangan. Syarikat penerbangan ini bukan sahaja menawarkan masakan tradisional Indonesia seperti Nasi Kapau Bukittinggi, Sate Ayam, dan Nasi Ulam Jawa, bahkan sajian masakan barat seperti Spaghetti Bolognese dan Garden Salad. Penumpang Citilink juga boleh menempah hidangan dengan mudah di Traveloka bersama tiket penerbangan.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka