Keselesaan Sepanjang Penerbangan
Lebih selesa duduk di tepi tingkap, lorong laluan, atau di antara rakan-rakan perjalanan? Lihat susun atur pesawat dan pilih tempat duduk yang diingini agar anda selesa sepanjang masa hingga mendarat.
Cara Memilih Nombor Tempat Duduk
Cari penerbangan anda
Isi butiran penerbangan, kemudian klik Cari Penerbangan. Pilih penerbangan terbaik untuk anda.
Isi butiran penumpang
Setelah penerbangan dipilih, isi butiran penumpang dan teruskan tempahan.
Pilih tempat duduk
Lihat bahagian Tempat Duduk untuk mengetahui tempat duduk yang tersedia. Pilih nombor tempat duduk bersesuaian keperluan anda.
Teruskan dengan pembayaran
Pilih kaedah pembayaran yang diingini dan jelaskan bayaran dalam had masa yang ditetapkan.
Lihat nombor tempat duduk pada e-tiket
Setelah bayaran disahkan, e-tiket anda akan dikeluarkan. Buka e-tiket untuk melihat nombor tempat duduk.
Soalan & Jawapan
Penerbangan apakah menyediakan ciri pilihan tempat duduk di Traveloka?
Buat masa ini, ciri ini tersedia untuk penerbangan antarabangsa dan penerbangan domestik dengan jadual perlepasan melebihi 48 jam daripada tarikh tempahan. Pastikan anda memiliki Traveloka App versi terbaru kerana ciri ini juga akan tersedia untuk penerbangan lain pada masa akan datang.
Adakah tempat duduk pilihan saya terjamin?
Kami akan berusaha memenuhi permintaan anda, tetapi sila ambil perhatian bahawa pilihan tempat duduk tertakluk pada ketersediaan syarikat penerbangan. Untuk tempat duduk berbayar, pastikan anda menjelaskan bayaran dalam had masa yang ditetapkan bagi jaminan tempat duduk.
Pilih Mana-mana Tempat Duduk Yang Paling Selesa untuk Penerbangan Anda
Tempat duduk merupakan penentu kepada keselesaan anda semasa penerbangan. Lokasi tempat duduk yang bersesuaian dengan keperluan dapat memberikan suasana yang lebih selesa dan santai serta membuatkan anda lebih menikmati pengalaman penerbangan.
Secara lazimnya, tempat duduk ditentukan oleh syarikat penerbangan semasa penumpang mendaftar masuk. Tetapi, lokasi tempat duduk yang diberikan kadang-kadang tidak menepati keperluan penumpang.
Untuk perkhidmatan yang lebih baik, kebanyakan syarikat penerbangan menawarkan kemudahan untuk memilih tempat duduk kepada penumpang sebelum berlepas. Contohnya, semasa menempah tiket penerbangan di Traveloka, penumpang dibenarkan memilih nombor tempat duduk yang diingini untuk penerbangan tertentu. Terdapat juga syarikat penerbangan yang menyediakan kemudahan ini semasa penumpang melakukan daftar masuk web, termasuk di Traveloka. Dengan merujuk susun atur tempat duduk pesawat, penumpang boleh memilih tempat duduk terbaik mengikut keselesaan.
Walaupun sesetengah syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan ini secara percuma, sesetengah pula mengenakan caj tambahan jika penumpang ingin memilih tempat duduk lebih awal. Di Traveloka, pembayaran caj tempat duduk boleh dibuat bersama pembayaran tiket penerbangan.
Harga yang lebih tinggi akan dikenakan untuk tempat duduk yang terletak di barisan keutamaan (biasanya di hadapan). Penumpang yang memilih tempat duduk jenis ini akan memiliki ruang tambahan yang luas untuk meletak kaki. Tambahan pula, pintu keluar pesawat lebih mudah diakses dari tempat duduk keutamaan. Hal ini membolehkan penumpang yang memilih tempat duduk ini turun pesawat terlebih dahulu setibanya di destinasi.