Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Air China ialah satu-satunya syarikat penerbangan kebangsaan China yang ditubuhkan pada tahun 1988. Dengan sebuah ibu pejabat di Daerah Shunyi, Beijing, operasi penerbangan Air China dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital. Menjelang Jun 2016, Air China mempunyai sebanyak 603 pesawat penumpang dan pesawat pengangkut yang terdiri daripada pesawat keluarga jenis Boeing dan Airbus. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangannya ke 377 destinasi, Air China menawarkan empat jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama.
Dengan ruang kaki seluas 24 inci (sekitar 86 cm), penumpang Kelas Ekonomi boleh menikmati perjalanan mereka dengan selesa. Untuk pengalaman perjalanan yang lebih menyeronokkan, Air China telah menyediakan sistem hiburan dalam penerbangan di setiap tempat duduk penumpang yang dilengkapi dengan sepasang fon kepala. Sistem hiburan ini terdiri daripada audio, TV, permainan hingga filem yang baru dikeluarkan dari Amerika Syarikat. Walaupun tidak ada kit kemudahan yang ditawarkan, tetapi penumpang Kelas Ekonomi masih mendapat bantal dan selimut yang dibungkus di dalam plastik untuk memastikan mereka mempunyai rehat secukupnya semasa penerbangan.
Air China bekerjasama dengan 110 syarikat katering untuk memilih bahan-bahan segar, bahan paling sihat dan paling selamat untuk memberikan setiap penumpang pengalaman hidangan yang sempurna. Untuk penerbangan jarak jauh, Air China akan menyajikan hidangan lazat dan bubur panas sebagai sarapan pagi. Penumpang boleh memilih semua jenis daging dan makanan laut dengan nasi atau mi. Untuk perjalanan jarak dekat, penumpang juga boleh menikmati kek gaya Cina, sandwic, hamburger dan lain-lain. Selain itu, Air China juga menyediakan pelbagai yogurt dan buah-buahan untuk dinikmati pada setiap hidangan.
Pada masa ini, Kelas Ekonomi Premium Air China hanya tersedia pada tiga jenis pesawat jarak jauh, iaitu Boeing 747-8, 777-200 dan Airbus A330-300. Dengan tempat duduk berkeluasan 37 inci (sekitar 94 cm), semua tempat duduk dalam kabin ini lebih luas daripada yang tersedia dalam Kelas Ekonomi. Semasa penerbangan, penumpang juga boleh menikmati sistem hiburan dalam penerbangan yang menawarkan banyak pilihan filem, audio dan permainan. Kelas Ekonomi Premium kini ditawarkan pada penerbangan dari Beijing ke Gatwick London, Dusseldorf, Shanghai, Shenzhen dan Hangzhou.
Bekerjasama dengan lebih daripada seratus syarikat katering, Air China menawarkan penumpangnya hidangan yang seimbang dengan menumpukan pada variasi bermusim dan kesegaran. Laluan yang berbeza bermakna peluang untuk mencuba hidangan istimewa yang dipenuhi dengan rasa tempatan daripada semua jenis daging hingga makanan laut dan disajikan dengan nasi atau mi. Setiap hidangan juga disediakan dengan pelbagai yogurt dan buah-buahan.
Semua tempat duduk dalam kabin Kelas Perniagaan bersifat rata sepenuhnya dan terletak sedikit jauh dari lorong, menjadikannya lebih peribadi. Di samping bantal dan selimut yang selesa, setiap penumpang Kelas Perniagaan juga akan mendapat kemudahan lain oleh L'Occitane, yang mengandungi berus gigi, ubat gigi, topeng mata, pelembap bibir, losyen, sikat dan penyumbat telinga. Setelah penumpang berada di tempat duduk mereka, para kru penerbangan akan mengedarkan tuala panas kepada penumpang. Untuk penerbangan jarak jauh, Air China juga menyediakan satu set baju pajama kepada setiap penumpangnya.
Bagi penumpang penerbangan yang berlangsung lebih daripada satu jam setengah dan bertepatan dengan waktu makan (tiga kali sehari), Air China telah menyediakan pilihan hidangan dalam penerbangan. Untuk sarapan pagi, Air China menawarkan Continental Breakfast gaya barat yang terdiri daripada pastri dan buah-buahan. Sementara itu, untuk makan tengah hari dan makan malam, penumpang boleh memilih daripada sekurang-kurangnya tiga menu utama, bersama-sama dengan hidangan pembuka selera seperti roti, mentega, salad, sup, pencuci mulut, keju dan buah-buahan. Selain itu, pelbagai makanan ringan juga boleh didapati di antara hidangan yang disediakan.
Sekiranya penumpang Kelas Pertama mahu tidur semasa penerbangan, kru kabin akan membantu mereka melaraskan tempat duduk mereka ke kedudukan 180 darjah yang rata, meletakkan penutup dan menawarkan selimut yang selesa. Terdapat juga ruang penyimpanan yang agak besar dan sistem hiburan dalam penerbangan dengan banyak pilihan filem, audio, rancangan TV dan permainan. Setiap penumpang juga akan mendapat kemudahan lain oleh L'Occitane, yang sama seperti yang ditawarkan dalam Kelas Perniagaan. Penumpang juga boleh meminta baju pajama sebelum tidur.
Perkhidmatan hidangan penerbangan Kelas Pertama adalah sama dengan yang tersedia dalam Kelas Perniagaan. Menu sarapan menawarkan pastri dan buah-buahan, bubur panas, dan hidangan kegemaran Cina yang lain. Untuk makan tengah hari dan makan malam, penumpang boleh memilih daripada sekurang-kurangnya tiga menu utama, bersama-sama dengan hidangan pembuka selera seperti roti, mentega, salad, sup, pencuci mulut, keju dan buah-buahan. Penumpang juga boleh menikmati wain terbaik dari Chateaux di Perancis. Air China telah bekerjasama dengan perasa wain Perancis yang diperakui untuk memilih lebih daripada 200 wain yang baik dari seluruh dunia.
Bersama-sama dengan syarikat penerbangan Air China System termasuk Shenzhen Airlines, Shandong Airlines, Air Macau, Dalian Airlines, Inner Mongolia Airlines dan Tibet Airlines, Air China telah menganjurkan program penumpang yang dikenali sebagai PhoenixMiles. Di samping menempah penerbangan, penumpang juga boleh mendapatkan miles apabila menggunakan perkhidmatan hotel rakan kongsi Air China, syarikat sewa kereta atau syarikat perbankan. Miles terkumpul boleh ditebus untuk perjalanan percuma, menaik taraf kelas kabin percuma dan lain-lain ganjaran bermanfaat. Terdapat sekurang-kurangnya tiga peringkat keahlian yang ditawarkan oleh PhoenixMiles, iaitu Silver, Gold, dan Platinum.
Ruang Istirahat Lapangan Terbang Air China terletak di Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital. Terdapat dua jenis ruang istirahat lapangan terbang di Terminal 3 yang merupakan Ruang Istirahat Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Ruang istirahat ini dilengkapi dengan kawasan VIP, bilik merokok, ruang makan, pusat hiburan, stesen internet, bilik untuk berehat dan bersantai, bilik persidangan dan kemudahan lain. Walau bagaimanapun, akses ke Ruang Istirahat Lapangan Terbang Air China hanya tersedia untuk penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan sahaja, serta ahli VIP PhoenixMiles dan pemegang kad Star Alliance Gold.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Pakaian seragam pramugari Air China dikuasai dengan warna merah, yang selaras dengan identiti visual syarikat penerbangan itu. Ia mempunyai blazer merah lengan panjang dan skirt merah paras lutut. Mereka juga memakai topi dengan logo Air China bersulam di bahagian depan. Untuk melengkapkan pandangan, pramugari penerbangan Air China memakai skarf di lehernya dan sepasang kasut hitam tapak rata. Walaupun ia mungkin kelihatan sangat ringkas, tetapi ia adalah kesederhanaan yang menjadikan kru penerbangan kelihatan elegan dan canggih.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi | Maks. 5 kg (Dimensi: 55 x 40 x 20 cm) | Maks. 20 kg (Dimensi: 100 x 60 x 40 cm) |
Kelas Perniagaan | Maks. 30 kg (Dimensi: 100 x 60 x 40 cm) | ||
Kelas Pertama | 2 bagasi (maks. 5 kg/bagasi) (Dimensi: 55 x 40 x 20 cm) | Maks. 40 kg (Dimensi: 100 x 60 x 40 cm) | |
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 5 kg (Dimensi: 55 x 40 x 20 cm) | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) (Dimensi: 55 x 40 x 20 cm) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Pertama | |||
Semua penerbangan ke Jepun | Kelas Ekonomi | Maks. 5 kg (Dimensi: 55 x 40 x 20 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) (Dimensi: 55 x 40 x 20 cm) | ||
Kelas Pertama |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Air China boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Air China. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Domestik | 1 jam sebelum berlepas | 45 minit sebelum berlepas |
Antarabangsa | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Air China. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Air China untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Air China untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Air China secara terus.
Ditubuhkan pada tahun 1988, Air China (Kod IATA: CA) dikenali sebagai satu-satunya syarikat penerbangan kebangsaan dan ahli rangkaian penerbangan terbesar di dunia, Star Alliance. Logo korporat Air China menggambarkan burung Phoenix, iaitu burung legenda yang disembah oleh rakyat negara tersebut sebagai simbol nasib dan kebahagiaan. Bagi Air China, Phoenix melambangkan semangat. “Spirit Phoenix” adalah semangat untuk “berkhidmat kepada dunia, memimpin dan bergerak maju ke matlamat yang lebih tinggi”. Penjenamaan syarikat itu adalah “jenama Cina yang profesional, dipercayai dan bersifat antarabangsa yang dihormati yang berkait rapat dengan China”. Selama sembilan tahun berturut-turut dari tahun 2007 hingga 2015, Air China telah tersenarai dalam “Top 500 Global Brands” dan merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Cina yang pernah diiktiraf dalam senarai itu. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangannya, Air China menawarkan empat jenis kelas kabin, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Setiap tempat duduk dalam semua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan yang mengandungi pelbagai filem, rancangan TV, audio dan permainan. Penumpang Kelas Ekonomi boleh duduk di tempat duduk berkeluasan 24 inci, manakala tempat duduk Kelas Ekonomi Premium mempunyai ruang kaki seluas 37 inci (sekitar 94 cm). Bekerjasama dengan lebih dari seratus syarikat katering, Air China juga menawarkan perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang memberi tumpuan kepada variasi musim dan kesegaran. Laluan penerbangan yang berbeza bermakna penumpang berpeluang untuk merasa hidangan istimewa yang dipenuhi dengan rasa tempatan, dari semua jenis daging hingga makanan laut dan disajikan dengan nasi atau mi. Setiap hidangan juga disediakan dengan pelbagai yogurt dan buah-buahan. Selain perkhidmatan di dalam pesawat, semua penumpang juga akan mendapat peruntukan bagasi percuma. Bagi penerbangan domestik, peruntukan bagasi adalah 40 kg untuk Kelas Pertama, 30 kg untuk Kelas Perniagaan dan 20 kg untuk Kelas Ekonomi. Sementara itu, dalam penerbangan antarabangsa atau serantau, peruntukan bagasi untuk penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan ialah dua bagasi biasa, masing-masing beratnya tidak melebihi 32 kg. Dalam kes penumpang Kelas Ekonomi, peruntukan bagasi adalah satu bagasi biasa yang tidak boleh melebihi 23 kg. Mengenai prosedur daftar masuk, kaunter daftar masuk untuk penerbangan Air China akan ditutup 30 minit sebelum berlepas untuk penerbangan domestik dan 60 minit sebelum berlepas untuk penerbangan antarabangsa dan serantau. Pintu masuk untuk semua penerbangan akan ditutup 10 minit sebelum berlepas. Sebagai alternatif, penumpang juga boleh mendaftar masuk dalam talian di laman web Air China, serta memilih tempat duduk sendiri, tetapi jangan lupa untuk mencetak pas masuk tersebut. Terdapat juga kiosk layan diri di lapangan terbang. Dengan mengikuti arahan pada skrin, penumpang boleh memilih tempat duduk dan mencetak pas masuk mereka. Untuk memberi penghargaan kepada penumpangnya yang paling berharga, Air China menawarkan program penumpang kerap yang dipanggil PhoenixMiles. Di samping melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan ini, penumpang juga boleh mendapatkan miles apabila menggunakan perkhidmatan hotel rakan kongsi Air China, syarikat sewa kereta atau syarikat perbankan. Miles terkumpul boleh ditebus untuk perjalanan percuma, menaik taraf kelas kabin percuma dan lain-lain ganjaran bermanfaat. Terdapat sekurang-kurangnya tiga peringkat peringkat keahlian yang ditawarkan oleh PhoenixMiles, iaitu Silver, Gold dan Platinum.
14 tahun selepas Air China ditubuhkan pada tahun 1998, pada Oktober 2002, Air China International Corporation, China Aviation Corporation dan China Southwest Airlines telah bergabung. Syarikat tersebut dipanggil Air China International Corporation. Gabungan ini adalah berdasarkan pelan pembaharuan industri yang dirumuskan oleh kerajaan pusat pada 30 September 2004, Air China International Corporation dijenamakan semula sebagai Air China Limited. Tiga bulan kemudian, tepat pada bulan Disember 2005, Air China Limited menjadi sebuah syarikat awam yang didagangkan di Bursa Saham Hong Kong (SEHK: 0753) dan London Stock Exchange (LSE: AIRC). Pada tahun 2006, Air China menandatangani perjanjian untuk menyertai rangkaian syarikat penerbangan terbesar, Star Alliance. Syarikat penerbangan itu secara rasminya menjadi ahli perikatan tersebut pada 12 Disember 2007. Ini membantu Air China mengembangkan laluan rangkaiannya. Menjelang Jun 2016, Air China mengendalikan penerbangan ke 377 destinasi, termasuk 98 laluan antarabangsa, 16 laluan serantau dan 263 laluan domestik ke 173 bandar di 39 negara dan wilayah, termasuk 61 bandar antarabangsa, 4 bandar serantau dan 108 bandar raya domestik. Tetapi, terima kasih kepada rangkaian Star Alliance, Air China telah memperluaskan kehadirannya ke 1,330 destinasi di 193 negara di seluruh dunia. Pada Julai 2009, Air China memperoleh $ 19.3 juta saham daripada anak syarikatnya, justeru, telah menambah kepentingannya dalam syarikat penerbangan itu daripada 51% kepada 80.9%. Sebulan kemudian, syarikat penerbangan itu membelanjakan US$ 813 juta untuk meningkatkan kepentingannya di Cathay Pacific dari 17.5% hingga 30%, yakni, mengembangkan kehadirannya di Hong Kong. Pada tahun 2010, Air China menyempurnakan peningkatan pegangan saham di Shenzhen Airlines dan menjadi pemegang saham pengendali Shenzhen Airlines. Ini membolehkan Air China meningkatkan kedudukannya di Beijing, Chengdu dan Shanghai serta mencapai rangkaian domestik yang lebih seimbang. Secara keseluruhan, Air China mempunyai kepentingan majoriti dalam Air China Cargo, Air Macau, Shenzhen Airlines, Dalian Airlines, Beijing Airlines, Inner Mongolia Airlines, Import dan Eksport Air China, Perkhidmatan Kejuruteraan Pesawat Chengdu Falcon dan Air China Shantou Air Supplies. Masih pada tahun 2010, tepat pada bulan Disember, Air China berjaya mendapat sekurang-kurangnya dua pencapaian. Pertama, Air China dianugerahkan Plaque for Tourist Merit oleh anugerah industri pelancongan Sepanyol yang paling berprestij. Air China adalah syarikat penerbangan asing pertama yang menerima anugerah itu. Kedua, Air China menjadi syarikat penerbangan pertama China untuk menawarkan tiket gabungan yang termasuk penerbangan domestik dan perkhidmatan bas ulang-alik ke bandar-bandar berdekatan. Tiket bas pengangkut penerbangan gabungan yang pertama menghubungkan Tianjin melalui bas ulang-alik dengan penerbangan domestik melalui Beijing. Sepanjang tahun, Air China sentiasa meningkatkan kualitinya dalam pelbagai aspek. Dedikasi itu tidak dilakukan tanpa disedari. Pada bulan Jun 2016, Air China meraih tempat ke-23 dalam kedudukan China Most Valuable Brands 500 yang dikeluarkan oleh World Brand Lab, lalu, menjadikan Air China sebagai peneraju utama China dalam industri penerbangan awam China. Baru-baru ini, syarikat penerbangan itu juga diiktiraf bersama sebagai China’s Top Ten International Brands oleh Financial Times of Great Britain dan McKinsey Management Consulting Company di Amerika Syarikat. Pada Disember 2015 yang lalu, Air China dianugerahkan dengan Chinese Brand Annual Award No. 1 (Aviation) dan China Annunal Cultural Brand Award untuk tahun kesembilan berturut-turut. Di samping itu, Air China juga tersenarai sebagai Best Chinese Airline, Airline of the Year, Pathfinder Award dan Best Corporate Image Award.
Berikut ialah cara menempah tiket Air China secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Air China anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Air China ialah bukti tempahan penerbangan Air China. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Air China di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.