Penerbangan murah ke Agimuga (AGI)

Tiket Pesawat Murah ke Agimuga, Indonesia

Agimuga adalah sebuah daerah di Mimika, Papua, Indonesia. Jarak antara di antara Agimuga ke ibu kota Mimika adalah 87.5 km. Agimuga terletak di Wilayah Papuan di bawah daerah Mimika. Ketua daerah di Agimuga ialah Yohanis Piligame. Agimuga mempunyai keluasan seluar 1772 km persegi. Jumlah penduduk di Agimuga adalah 822 penduduk berdasarkan bancian yang dilakukan pada tahun 2010. Daripada bilangan itu, 443 orang daripadanya adalah lelaki manakala 379 daripadanya adalah wanita. Agimuga mempunyai empat buah kampung di dalamnya iaitu Kampung Fakafuku, Kampung Kiliarma, Kampung Amungun dan Kampung Aramsolki. Seramai 268 orang atau pun 32.6 peratus penduduk Agimuga menetap di Kampung Aramsolki. Kampung yang paling kurang penduduk adalah Kampung Kiliarma dengan populasinya hanya 155 orang atau pun 18.86 peratus. Peratusan populasi lelaki lebih banyak daripada perempuan. Agimuga ini bersempadan di Utara dengan daerah Jila, di Barat dengan Mimika Baru, di Selatan dengan Jita dan di Timur dengan daerah Agats.

Lapangan Terbang di Agimuga

1. Lapangan Terbang Agimuga

Lapangan Terbang Agimuga ini merupakan lapangan terbang yang berkhidmat di Agimuga, Mimika, Papua, Indonesia. Lapangan Agimuga ini memiliki satu landasan sahaja. Anda boleh mengambil penerbangan dari lapangan terbang di tempat anda untuk datang ke Agimuga.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Agimuga?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Agimuga. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Agimuga.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Agimuga?

Daerah Agimuga berada di dalam Wilayah Mimika. Jadi, suhu dan iklim di Agimuga dan keseluruhan daerah lain adalah hampir sama. Wilayah Mimika ini termasuk dalam iklim jenis A menurut klasifikasi oleh Schmitd-Ferguson. Mengikut iklim jenis ini, kawasan ini menerima kadar hujan melebihi 100 mm setiap tahun. Mengikut klasifikasi oleh Koppen, Wilayah Mimika ini turut diklasifikasikan di dalam jenis A. Menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik Timika, purata suhu udara minimum di rantau Mimika ini adalah berada sekitar 23 °C pada bulan Mac dan boleh meningkat naik sehingga paras tertinggi iaitu 34.2°C pada bulan Januari. Di daerah lain di Wilayah Mimika seperti di daerah Tembagapura, suhu boleh menjadi serendah 3°C hingga 20°C.
Wilayah Mimika ini mempunyai kelembapan udara secara puratanya adalah 89.25% dengan kelembapan udara tertinggi direkodkan adalah pada bulan Julai. Purata kelajuan angin di Wilayah Mimika adalah sekitar 6.25 knot dengan kelajuan angin tertinggi direkodkan pada bulan Mei, Ogos dan September. Kadar hujan tertinggi di Wilayah Mimika berlaku pada bulan Jun dengan kadar hujan sebanyak 1082.2 mm. Manakala, kadar hujan terendah direkodkan adalah pada bulan Januari iaitu serendah 178.6 mm. Menurut Stesen BMG Timika, Wilayah Mimika ini mempunyai bilangan hari hujan yang banyak iaitu di antara 22 hingga 31 hari hujan. Hujan turun hampir setiap hari di Timika.
Anda boleh memilih masa-masa yang sesuai untuk datang ke Agimuga ini. Anda boleh membuat perancangan untuk datang ke Agimuga ketika penduduk di sana sedang bersiap sedia untuk menyambut sebarang upacara atau perayaan untuk merasai kemeriahan di sana. Antara sambutan perayaan yang diraikan di Agimuga adalah Sambutan Hari Natal, Sambutan Tahun Baru dan juga Perayaan Kemerdekaan Papuan. Anda dicadangkan untuk membuat tempahan hotel dan penginapan dengan lebih awal untuk mendapatkan tawaran harga yang berpatutan kerana pada waktu-waktu ini pelancong akan menjadi lebih ramai dan akan membuatkan harga-harga hotel dan penerbangan menjadi sangat mahal.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Agimuga?

1. Taman Negara Lorentz – terletak di Papua, Indonesia. Taman Negara Lorentz ini dahulunya dikenali sebagai Irian Jaya atau pun Guinea Baharu Barat. Ia mempunyai keluasan kawasan seluas 25,056 km persegi. Taman Negara Lorentz ini adalah taman negara terbesar di Asia Tenggara. Pada tahun 1999, Taman Negara Lorentz ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Taman Negara Lorentz merupakan contoh terbaik bagi sebuah taman negara. Taman Negara Lorentz ini merupakan salah satu taman negara yang mempunyai kepelbagaian ekologi. Ia juga merupakan satu-satunya rizab alam semula jadi di rantau Asia Pasifik yang memiliki kepelbagaian ekosistem yang menyeluruh. Taman Negara Lorentz juga merangkumi kawasan marin, bakau, hutan hujan, gunung berapi dan glasier khatulistiwa. Pada ketinggian 4884 meter, Puncak Jaya yang dahulunya dikenali sebagai Castensz Pyramid adalah gunung tertinggi di antara Himalaya dan Andes. Birldlife International memanggil Taman Negara Lorentz ini sebagai rizab tunggal paling penting di Papua. Taman Negara Lorentz ini mempunyai banyak kawasan yang belum dipelajari dan diterokai. Pastinya terdapat banyak lagi spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diketahui. Taman Negara Lorentz ini dinamakan sempena nama penjelajah Belanda, Hendrikus Albertus Lorents yang melawati kawasan itu pada ekspedisi pada tahun 1909 hingga 1910.
2. Tasik Sentani – terletak di daerah Jayapura. Anda boleh berkunjung ke tasik ini untuk menyaksikan pemandangan indah sekiranya anda berada di Agimuga.
3. Three Kings Cathedral – terletak di ibu kota Wilayah Mimika iaitu Timika. Anda boleh melawat gereja yang terdapat di sini kerana ia merupakan salah satu tarikan pelancong di sana.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Agimuga


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka