Terdapat banyak cara untuk menjadualkan semula tempahan anda. Pertama, periksa tempoh sah tempahan anda seperti yang tertera pada baucar atau tiket anda. Sekiranya tarikh yang anda ingin jadualkan semula adalah dalam tempoh sah, anda tidak perlu mengubah temapahan anda. Anda hanya perlu hadir pada bila-bila masa pada waktu operasi, selagi mana ianya dalam tempoh sah.
Secara alternatif, ciri Easy Reschedule telah tersedia untuk pelbagai tempat Kecantikan & Spa. Anda boleh meminta untuk mengubah tarikh lawatan yang dirancang dalam tempoh 2 minggu (14 hari) sebelum atau selepas tarikh asal secara percuma.
Daripada menu Tempahan Saya anda boleh memeriksa ketersediaan permintaan penjadualan semula untuk tempahan anda.
1. Klik pada Permintaan Penjadualan Semula,
2. Semak tempahan semasa anda dan polisi penjadualan semula
3. Pilih tarikh lawatan baru dalam paparan kalendar.
4. Pilih slot masa dan penyedia perkhidmatan pilihan anda
5. Tatal untuk menyemak tempahan baru
6. Teruskan ke Hantar Permintaan Penjadualan Semula sekiranya maklumat anda betul.
Sekiranya tarikh lawatan baru anda adalah sebelum atau melepasi tempoh sah, ia tidak boleh dijadualkan semula. Sebaliknya, anda boleh membatalkan tempahan anda (semak Polisi Bayaran Balik terlebih dahulu) dan buat tempahan yang baru untuk tarikh yang anda mahukan. Harap maklum bahawa bayaran akan dikenakan.
Artikel berkaitan: