Untuk baucar bertarikh terbuka, tempoh sah baucar biasanya lebih lama daripada 1 hari dan biasanya bagi tempoh beberapa bulan. Baucar anda akan sah bermula dari tarikh pembelian hingga akhir tarikh sah untuk baucar tersebut. Ini bermakna anda boleh menggunakan baucar anda bila-bila masa selagi sebelum berakhirnya tempoh sah. Walau bagaimanapun, walaupun baucar boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut, anda tetap digalakkan untuk menghubungi rakan kongsi untuk membuat tempahan (apabila anda sudah mahu menebus baucar).
Untuk mengetahui sama ada baucar tersebut adalah baucar bertarikh terbuka, ikuti langkah berikut:
1. Dalam senarai pemilihan baucar, anda boleh menemui tempoh sah baucar di bawah nama baucar. Sekiranya tempoh sah bermula dengan "Sah sehingga xx", ini bermaksud baucar anda adalah baucar bertarikh terbuka.
Baucar bertarikh terbuka hampir sama dengan baucar tarikh fleksibel, di mana kesahannya melebihi 1 hari tetapi dengan jangka masa yang lebih lama (biasanya lebih dari 1 bulan).
Dalam contoh di bawah, baucar bertarikh terbuka menunjukkan bahawa baucar tersebut masih sah sehingga 31 Julai 2021. Ini bermaksud bahawa baucar boleh digunakan bermula dari tarikh pembelian anda sehingga akhir tempoh sah (31 Julai 2021).
2. Untuk baucar bertarikh terbuka, anda tidak perlu memilih tarikh kerana anda boleh mengunjungi tempat tersebut bila-bila masa yang anda mahukan, selagi sebelum berakhirnya tempoh sah.
Harap maklum bahawa beberapa tempat mungkin memerlukan anda membuat tempahan sebelum berkunjung, jadi sangat disarankan agar anda memeriksa maklumat tempahan dalam butiran baucar dengan teliti.