<

Pusat Bantuan - Penerbangan + Hotel

Penggunaan StayGuarantee

Mulai sehari sebelum tarikh daftar masuk hotel, butang Perlu Bantuan Daftar Masuk? akan muncul pada baucar hotel anda. Tekan butang ini jika anda memerlukan bantuan semasa daftar masuk.

Selepas menekan butang tersebut, senarai isu daftar masuk akan terpapar. Maklumkan Khidmat Pelanggan kami dengan memilih satu isu yang paling menepati situasi anda. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk menyelesaikan isu anda.

Dalam kejadian yang jarang berlaku, jika anda masih tidak dapat mendaftar masuk, tekan butang Perlu Bantuan Daftar Masuk? supaya kami boleh menawarkan pilihan penginapan alternatif dengan kualiti yang setaraf atau lebih baik untuk anda. Pilih penginapan yang diingini, tanpa sebarang kos tambahan.

Jika anda tidak berpuas hati dengan penginapan baharu, anda boleh membuat tuntutan untuk kupon diskaun yang bernilai sehingga 50% daripada transaksi asal anda. Gunakan kupon ini untuk sebarang tempahan produk Traveloka pada masa akan datang.

Jika anda membuat keputusan untuk tidak menginap di mana-mana penginapan yang ditawarkan, anda boleh menuntut kupon diskaun dan bayaran balik sepenuhnya daripada bayaran asal.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

HUBUNGI KAMI
Butuh bantuan lebih lanjut? Ketuk di bawah untuk hubungi customer service kami.
Hubungi kami

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved