Tempah tiket penerbangan anda dengan mudah melalui langkah-langkah berikut:
1. Tekan Penerbangan di halaman utama Traveloka. Isi bandar asal dan destinasi, tarikh perjalanan, jumlah penumpang, dan kelas penerbangan di kotak carian, dan klik Cari.
2. Pilih penerbangan mengikut kesesuaian anda dan klik Pilih.
3. Isi Butiran Penempah dan Butiran Pelancong. Sila pastikan anda mengisi nama dan butiran yang betul mengikut dokumen perjalanan anda (KTP atau pasport) tanpa tanda baca pada nama anda.
Tatal ke bawah untuk membeli tambahan seperti peruntukan bagasi, pilihan tempat duduk, hidangan dalam penerbangan, dan insurans, kemudian tekan Teruskan. Sahkan butiran tempahan anda dan klik Ya, Teruskan untuk teruskan pembayaran.
4. Pilih dan selesaikan kaedah pembayaran anda. Sila buat pembayaran mengikut jumlah yang betul dan tidak melebihi had masa, jika tidak anda perlu menempah semula.
5. Klik Lihat Status Pembelian untuk melihat status tempahan anda.
Setelah pembayaran anda disahkan, anda akan menerima e-tiket melalui emel.
Sila ambil perhatian:
Artikel-artikel berkaitan: